BAB 2

Drama Completed 919473

SYED Syahmi dilihat menaiki sebuah lif dan menuju ke aras 12. Hati Haura menjadi tidak tenang seolah-olah ada ribut taufan yang melanda di dalam dadanya. Dia juga mula terasa pening serta mual kerana terlalu gemuruh. Ini adalah kali pertama dia mengekori Syahmi secara diam-diam. Haura kemudiannya menaiki lif yang berlainan dan menuju ke aras yang sama. Nombor yang tertera di dinding lif itu bertukar silih berganti menandakan lif tersebut bergerak tanpa gangguan.

Semakin hampir dengan aras tersebut semakin laju detak jantung Haura. Macam-macam persoalan sedang berlegar di benak fikirannya namun dia cuba melawan semua itu. Dia sungguh yakin Syahmi yang dia kenal tak akan pernah menipunya.

Ding!

Bunyi loceng itu menandakan dia sudah sampai di aras yang dituju. Beberapa saat kemudian pintu lif pun terbuka, Haura dengan berhati-hati melangkah keluar sambil matanya melilau mencari kelibat Syahmi. Setapak demi setapak dia melangkahkan kakinya sehinggalah tiba di suatu sudut langkahnya mati.

Haura tergamam seketika apabila dia melihat Syahmi sedang memeluk mesra tubuh seorang wanita yang tidak dikenalinya lalu diusapnya lembut rambut wanita tersebut . Bahasa tubuh mereka berdua menunjukkan mereka sangat rapat dan mesra. Inikah Syed Syahmi yang dikenalinya dahulu? Atau adakah ini diri Syed Syahmi yang sebenar?

Menyedari dirinya sedang berdiri ditengah-tengah alam, lalu sepantas kilat Haura menyorokkan diri disebalik dinding. Tidak mahu kehadirannya itu fisedari oleh Syahmi. Dadanya mula berombak dan matanya pula kian berkaca. Tangannya menggigil menahan rasa yang sedang berkecamuk di dalam hati. Tangan digenggam kuat demi mengawal perasaannya itu.

Haura menarik nafas panjang lalu menhelanya dengan perlahan. Setelah itu dia menoleh sekali lagi ke arah mereka berdua untuk memastikan bahawa orang yang dilihatnya itu adalah Syed Syahmi.Ya! Memang benar itu dia. Jiwa Haura terasa sungguh tersiksa melihat layanan mesra yang diberikan Syahmi terhadap wanita itu. Syed Syahmi kemudian menghadiahkan sejambak bunga kepada wanita itu. Mata Haura terbuntang luas kerana bunga tersebut persis yang dihadiahkan kepadanya tadi.

   "Adakah jambangan itu jambangan yang sama aku terima tadi?" bisik hati kecilnya.

Haura terus memalingkan mukanya dan bersembunyi di sebalik dinding itu semula. Dia mengetapkan bibir serta mengenggam kuat kedua belah tangannya. Kini hatinya benar-benar sudah berkecai. Dia sudah tidak mampu untuk membohongi dirinya lagi. Berbekalkan kekuatan yang ada tanpa berfikir panjang Haura terus mengatur langkah menuju ke arah mereka berdua.


"Betul ke apa yang aku buat ni?"


"Kuatkah aku untuk bersemuka dengan mereka?”

Berkali-kali fikiran Haura di asak dengan pertanyaan itu. Dia sudah tidak dapat berfikir dengan waras lagi. Seluruh minda dan jiwanya terasa sangat kosong. Haura meneruskan langkahnya dengan penuh berhati-hati.


"Syed Syahmi." Tegur Haura ringkas.


"Haura!" Balas Syahmi dengan nada dan riak wajah yang sangat terkejut. Mukanya juga kelihatan agak pucat.


"Wah, tak sangka pula kita akan terserempak dekat sini." Ucap Haura sambil memberikan senyuman yang sangat palsu.


"Siapa ni sayang?" Tanya Soraya


"Sayang?" Dengan nada sinis Haura bertanyakan kepada Syahmi sambil matanya memandang tajam ke mata lelaki itu.

Syahmi yang masih terkejut dengan kehadiran Haura terkedu dan tidak mampu untuk menjawab pertanyaan yang diajukan padanya. Dia dapat merasakan bahang serta api kemarahan yang telah meletus di dalam diri Haura.


"Soraya you tunggu sini. Haura ikut saya sekejap." Akhirnya Syahmi bersuara setelah sekian lama diam membisu sambil menarik tangan Haura kasar.


"Ishh… apa ni Syahmi, sakitlah!" balas Haura sambil merentap tangannya dari genggaman Syahmi.


"Kalau ada apa-apa yang nak awak jelaskan pada saya just bagitahu je dekat sini." Tegas Haura sambil memegang pergelangan tangannya yang digenggam Syahmi tadi.


"Awak buat apa dekat sini?" Bisik Syahmi kasar.


"Eh kejap, awak tanya saya apa yang saya buat dekat sini? Syahmi, saya rasa saya yang patut tanya awak soalan ni. Bukan ke sekarang ni awak sepatutnya ada dengan Naim. Awak sendiri yang bagitahu saya yang kereta Naim rosak,kan? Tapi kenapa awak ada dekat sini? Atau dia ni  "Naim" yang awak maksudkan tadi." Soal Haura panjang lebar. Nafasnya mulai tercungap-cungap menahan perasaan marah yang mula menyelubungi diri.


"Haura, awak relaks sekejap. Tarik nafas dalam-dalam. Bagi saya explain dulu." Pujuk Syahmi. Tangan Haura cuba dicapai namun segera ditepis oleh wanita itu. Soraya sekadar memerhati.


"Apa lagi yang awak nak explain. Saya dah nampak semuanya dengan mata kepala saya sendiri." Balas Haura kasar. Suaranya mulai kedengaran sedikit serak.


"Siapa saya dihati awak selama ini?" Tanya Haura lagi. Suaranya mula terketar-ketar menahan sebak. Haura menggenggam kuat kedua-dua belah tangan sekuat hati dan mengetapkan bibirnya untuk menahan matanya mulai berkaca.


"Selama 10 tahun kita kenal tak pernah sekali pun menduakan awak. Sepuluh tahun tau Syahmi! Bukan 10 hari atau 10 bulan. Saya sayang awak lebih dari diri saya sendiri. Walaupun sebelum ini dah banyak kali kawan saya bercakap pasal awak tapi saya hanya pekakkan telinga saja kerana saya yakin awak bukan orang yang sebegitu. Namun sangkaan saya meleset. Ya Allah bodohnya aku!” Gelora dihatinya yang semakin memuncak membuatkan Haura terhenti berbicara buat seketika. Syahmi yang mendengar luahan hati tunangnya itu diam tak berkutik.


“Ya saya akui saya ini bukan seorang wanita yang sempurna tapi saya tak pernah berhenti memperbaiki diri saya untuk jadi yang terbaik buat awak. Ini ke balasan yang selayaknya saya terima? Pada saya awak adalah lelaki terbaik yang telah Allah hadirkan dalam hidup saya." Tambah Haura lagi. Syahmi menghela keluh yang panjang.

"You apa semua ni?" Celah Soraya sambil tangannya merangkul lembut lengan Syahmi. Dia sedari tadi yang hanya jadi pemerhati mula mengajukan pertanyaan. Haura sempat menoleh ke arah Soraya yang sedang berdiri di sebelah Syahmi. Ekspresi wajahnya yang blur dan terpinga-pinga itu membuat Haura yakin bahawa wanita itu juga telah tertipu seperti dirinya.


"Please sayang tolong bagi saya peluang untuk explain everything pada awak sekali ini je." Rayu Syahmi sambil menggenggam tangan Haura namun ditepisnya sekuat hati. Pelukan dilengan Syahmi dilepaskan perlahan oleh Soraya sejurus dia mendengar panggilan sayang yang terkeluar dari mulut Syahmi. Terpancar riak terkejut di wajah wanita itu.


"Cukuplah Syahmi. Saya rasa saya dah tak perlukan apa-apa penjelasan lagi dari awak. Semuanya sudah jelas terbukti di depan mata. Selama ni saya sangat percayakan awak tapi ini yang awak balas. Apa guna kita meneruskan lagi perhubungan kita ini kalau awak sudah ada pengganti yang lebih baik dari saya. Saya redha dan saya yakin perancangan Allah itu adalah yang terbaik.”


"Sayang please.. Give me one more chance." rayu Syahmi separa sebak penuh penyesalan. Dia mula diselubungi rasa bersalah atas perbuatannya itu.

Haura menarik nafas panjang lalu melepaskan cincin belah rotan yang tersarung dijari manisnya lalu dihulurkan kepada Syahmi. Dia memandang wajah Syahmi dan Soraya silih berganti.


"Saya rasa ini yang terbaik untuk kita buat masa sekarang. Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya dan pernah menyerikannya. Terlalu banyak memori manis kita bersama dan semuanya saya akan simpan erat sebagai kenangan." Ucap Haura kemudiannya berlalu pergi.

Namun langkah kakinya terhenti di sekerat jalan dan berpatah balik ke arah Syahmi. Haura mencapai tangan Syahmi lalu memulangkan kembali telefon bimbitnya. Kemudian matanya tertumpu kepada jam di tangan Syahmi.

"And sorry this is mine, I will take it back." Haura membuka jam tangan pemberiannya di tangan Syahmi dengan kasar lalu mengambilnya semula. Dia sempat melemparkan senyuman pahit sebelum melangkah pergi. Syahmi dan Soraya terdiam kaku seolah-olah terpukau dengan tindakan Haura yang spontan itu.

Semakin lama langkah Haura semakin laju dan dia kemudiannya mula berlari menuju ke pintu kecemasan. Matanya yang berkaca telah menyebabkan pandangannya sedikit terbatas. Tanpa sengaja dia telah terlanggar seseorang yang kebetulan lalu di situ. Dia hanya menunduk beberapa kali tanpa bersuara tanda maaf kemudian terus mempamitkan diri.

Haura menutup erat pintu kecemasan lalu bersandar padanya. Perlahan-lahan tubuhnya yang kecil molek mulai jatuh terduduk dilantai. Matanya yang tadinya berkaca sudah mulai banjir. Mutiara putih mengalir deras membasahi pipinya. Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata betapa kecewa dan sakitnya hati Haura pada ketika itu. Ia terasa seperti ditusuk dan ditoreh dengan pisau yang tajam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience