BAB 37

Drama Completed 919473

Haura dilihat sedang mengambil semangkuk mee kari manakala Mona pula memilih Nasi Arab untuk dimakan pada tengah hari itu. Usai mengambil makanan mereka berjalan mencari meja yang kosong untuk duduk. Puan Sri Normah yang sedang menyapa tetamu yang datang telah melihat sosok Haura dari jauh.


“Dazrin, kamu pergi panggil Haura untuk duduk di meja kita.” Bisik Puan Sri Normah kepada Dazrin yang sedang berdiri di sisinya. Dazrin mengalihkan pandangan ke arah Haura lalu mengangguk. Dazrin kemudian mengundurkan diri untuk pergi bertemu Haura.


“Haura, jomlah duduk dekat sana.” Ajak Dazrin yang tiba-tiba muncul sambil menghalakan tangannya ke arah meja VVIP yang menempatkan Puan Sri Normah sekeluarga. Haura dan Mona berpaling serentak.


“Eh, tak apa Encik Dazrin. Saya dengan Mona boleh makan dekat sini je.” Haura menolak sopan.


“Tapi… tu bukan permintaan saya.” Balas Dazrin sambil tersenyum. Haura berkerut kehairanan.


“Maksud encik?” soal Haura kembali. Mona sekadar menjadi pemerhati.


“Nenek yang minta saya panggil awak berdua untuk join dia makan dekat meja tu.” Ujar Dazrin sambil dia menoleh ke arah puan sri yang sedang beramah mesra dengan tetamu yang ada.


“Oh yeke? Tapi meja tu kan khas untuk family encik je. Apa pulak kata yang lain nanti.” Ujar Haura.


“Betul tapi ni arahan nenek tau. Kalau awak nak reject, awak bagitahulah dia sendiri. Lagipun tak ada sesiapa pun dekat meja tu sekarang.” Balas Dazrin. Dia sengaja berkata begitu kerana Haura tidak akan sampai hati untuk menolak permintaan neneknya itu.

Haura memandang ke arah Mona yang berdiri di sisinya sambil memegang pinggan dan juga gelas minuman. Dia mengangkat kening untuk tanya pendapat Mona. Mona pula hanya menjongketkan bahunya. Haura mengerutkan mukanya. Dia mengeluh perlahan.


“Kalau macam tu, jomlah kita ke sana.” Tutur Haura kepada Dazrin. Mereka bertiga kemudian berjalan menuju ke meja tersebut.

Haura dan Mona agak segan untuk duduk semeja dengan keluarga Puan Sri Normah. Maklumlah, dia hanya pekerja biasa sahaja. Tambahan pula dia sendiri pernah ada perselisihan faham dengan Datin Noreen. Suri yang sedang duduk bersama beberapa rakannya yang lain merenung Haura dengan pandangan yang tajam sekali.


“Duduklah. Nanti sekejap lagi nenek datang. Sementara tu korang berdua makanlah dulu.” Ujar Dazrin kepada Haura dan juga Mona. Dengan segan silu mereka berduduk di salah satu kerusi yang kosong.


“Haura kalau aku cakap ni kau jangan kecil hati tau.” Ujar Mona secara tiba-tiba.


“Pasal apa?” tanya Haura tanpa berpaling ke arah Mona.


“Janji yang kau tak akan marah aku lepas ni.” Ujar Mona lagi meminta kepastian.


“Kau cakap pun belum lagi. Macam mana aku nak buat keputusan. Cepatlah bagitahu aku pasal apa.” Balas Haura.


“Macam ni. Aku rasa, aku ada ternampak kelibat seseorang yang mirip sangat dengan….” Kata-kata Mona terhenti seketika. Dia teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya itu. Matanya sudah beralih ke arah Haura yang masih lagi khusyuk menikmati mee kari di depannya.


“Mirip dengan siapa? Kau ni selalu sangat cakap tak habis tau. Suka berhenti sekerat jalan.” Marah Haura lembut.


“Syahmi.” Balas Mona pendek. Serentak dengan itu tubuh Haura menjadi kaku seketika. Air wajahnya serta merta bertukar menjadi muram. Dia langsung tidak berpaling ke arah Mona. Matanya hanya tertumpu kepada mangkuk mee di hadapannya sahaja.


“Sorrylah Haura kalau kata-kata aku tu dah mengingatkan kau pada dia. Tapi betul tau lelaki tu memang mirip sangat dengan dia. Aku tak tipu.” tutur Mona setelah melihat reaksi yang tidak berapa bagus dari sahabatnya itu. Dia sememangnya tahu bahawa nama itu sudah masuk dalam senarai blacklist untuk di sebut.

Haura masih lagi mendiamkan diri. Entah mengapa mee kari yang sebentar tadi sungguh enak kini terasa tawar dilidahnya. Dia melepaskan sudu dan garfu dari pegangannya. Haura kemudian menghela keluh yang panjang sebelum berpaling ke arah Mona yang sedang menanti jawapan daripada Haura.


“Mona, sebenarnya…” belum sempat Haura menghabiskan ayatnya, Puan Sri Normah telah datang menyapanya di meja. Haura dan Mona bingkas bangun menyapa wanita itu kembali.


“Dah lama ke kamu berdua duduk dekat sini?” tanay Puan Sri Normah.


“Eh, tak adalah puan sri. Kami baru je duduk sini.” Balas Mona mesra. Puan Sri Normah tersenyum simpul. Dia kemudian mempelawa Haura dan Mona untuk duduk kembali di kerusi. Kali ini dia turut serta duduk di situ.


“By the way, happy birthday puan sri. Harapnya saya masih tak terlewat la.” Mona mengucapkan kata selamat itu kepada Puan Sri Normah.


“Alhamdulillah. Terima kasih.” Balas Puan Sri Normah sambil tersenyum.


“Eh, jemputlah makan. Tak payah nak segan-segan dengan saya.”


“Puan sri pun jemputlah makan sekali.” Pelawa Haura. Puan Sri Normah mengangguk.


“Puan sri, maaf saya nak tanya sikit. Hari tu apa yang puan sri nak bagitahu saya.” tanya Haura yang tiba-tiba teringat akan perjumpaannya dengan Puan Sri Normah yang tergendala dek kerana mesyuarat penting.


“Ya Allah, saya terlupa nak bagitahu awak. Maklumlah bila umur dah makin senja macam ni ingatan pun dah tak berapa kuat.” Balas Puan Sri Normah sambil meletakkan telapak tangannya pada dahi.


“Apa yang saya nak bagtahu tu pasal kerja. Tapi tak apalah nanti dekat office saya bagitahu awak semula.” Tambahnya lagi. Haura mengangguk faham.

Soraya dan Syahmi baru sahaja menghantar kedua ibubapa Syahmi ke kereta. Ketika mereka berdua berjalan untuk kembali ke majlis langkah Syahmi tiba-tiba terhenti. Dia melihat Haura yang sedang berbual mesra dengan Puan Sri Normah. Soraya memandang suaminya itu penuh kerisauan di dalam dada.


“Sayang, you okay ke tak ni?” tanya Soraya setelah melihat suaminya itu sedikit teragak-agak untuk meneruskan langkah.


“I tak tahu nak cakap macam mana. I rasa dia memang dah bencikan I.” balas Syahmi sedikit lemah.

“Kenapa you cakap macam tu?” soal Soraya kembali.


“You sendiri nampak kan macam mana reaksi dia bila nampak kita tempoh hari.” balas Syahmi lagi.


“Sayang, kalau I jadi dia I pun terkejut beruk jugak tau kalau tiba-tiba jumpa macam tu.”


“I dah hancurkan kepercayaan yang dia dah bagi pada I. I rasa dia memang benci gila dengan I.” tutur Syahmi. Dia sedar yang dia telah melukakan hati wanita itu.


“Sebab tu kita kena bagi masa pada dia. Take your time sayang. InshaAllah masa akan menyembuhkan segalanya. Tapi you jangan nak push dia pulak.” balas Soraya memberi semangat kepada suaminya itu.

“Dahlah jom kita join dia orang.” ajak Soraya ringkas. Mereka berjalan seiringan menghampiri Puan Sri Normah.


“Tengah borak apa tu?” sapa Soraya ceria.

Mona memalingkan wajahnya ke arah suara berkenan begitu juga Haura. Mata Mona terbeliak apabila melihat lelaki yang ‘mirip’ dengan Syahmi berada di depannya ketika itu. Dengan pantas dia memandang ke arah Haura. Namun Mona sedikit pelik kerana Haura tidak memberikan respon sepertinya.


“Ibu dengan ayah kamu dah balik ke?” tanya Puan Sri Normah kepada Syahmi.


“Dah nek. Kita orang baru je hantar mereka pergi ke kereta.” Balas Syahmi. Puan Sri Normah sekadar mengangguk.


“Eh, duduklah. Boleh nenek kenalkan kamu dengan mereka berdua ni.” Balas Puan Sri Normah sambil tangannya dihala ke arah Haura dan Mona.

Mereka berempat saling berbalas senyuman. Haura cuba mengukirkan senyuman yang manis namun kelihatan kelat di mata Syahmi. Syahmi tahu Haura sedang memaksa diri untuk berdepan dengannya ketika itu.

Mona memandang Haura dan Syahmi silih berganti. Dia masih tidak dapat memastikan lagi bahawa lelaki tersebut adalah bekas tunang kepada sahabatnya itu. Namun kelakuan Haura dan Syahmi sangat mencurigakan. Makanan disuapnya ke mulut perlahan-lahan.


“Haura, kenalkan ini satu-satunya cucu perempuan saya, Soraya Edina.” Puan Sri Normah mula memperkenalkan cucunya.


“Haura ni pekerja baru di Khazzan Group dan dia jugaklah yang menguruskan semua perihal majlis kesyukuran kali ni.” Ujarnya lagi kepada Soraya.


“Oh yeke? Selamat berkenalan. Yang ni pulak…” Soraya bertanyakan tentang Mona.


“Saya Mona, bestfriend Haura. Dia minta saya jadi driver dia hari ni sebab kereta dia rosak.” Gurau Haura selamba. Dia cuba untuk menukar suasana ketika itu yang sedikit suram. Haura dengan cepat mencubit lembut lengan Mona. Puan Sri Normah dan Soraya tertawa kecil. Syahmi sekadar tersenyum.


“By the way, kenalkan ini suami I, Syahmi.” Balas Soraya sambil merangkul manja lengan suaminya itu. Hampir tersembul keluar biji mata Mona mendengarnya. Matanya segera teralih ke arah Haura yang tersenyum tawar padanya. Reaksi Mona itu telah mengundang rasa pelik di hati Puan Sri Normah.


“Kecilnya dunia ni.” Tutur Mona perlahan.


“Sorry? You cakap apa sebab I tak berapa nak dengar. Slow sangat.” Soal Soraya yang tidak jelas dengan kata-kata Mona itu.


“I mean, dulu I pun ada bestfriend lelaki nama Syahmi jugak. Tapi dah beberapa tahun kita orang lost contact. I ingat husbund you ni kawan I yang dah lama menghilang tu.” Balas Mona panjang lebar. Dia sebenarnya sudah tahu yang lelaki itu ada Syed Syahmi tetapi dia tidak mahu merosakkan suasana.


“Seronok betul korang berbual. Korang ni dah saling kenal ke?” sapa Dazrin yang tiba-tiba muncul di situ.


“Abang!” balas Soraya. Mona berkerut kebingungan.


“Dina ni adik saya.” Balas Dazrin ringkas. Mona menganggukkan kepala.

Dengan kehadiran Dazrin di situ telah membuatkan Haura menjadi lebih segar dan ceria. Dia dilihat lebih selesa dan makin petah berkata-kata. Sesekali tawanya juga pecah. dia umpama telah melupakan kisahnya dengan Syahmi. Syahmi berasa sedikit lega melihat keadaan Haura itu.

Mikael yang berjalan untuk menghampiri neneknya mematikan langkah apabila melihat Haura dan Syahmi yang duduk semeja. Tetapi apabila dia melihat keakraban Haura dan Dazrin ada getaran yang melanda dihatinya. Hal itu membuatkan dia membantutkan niatnya untuk mendekati mereka semua. Mikael kemudian berlalu pergi.


“Mika mana nek?” tanya Dazrin kepada Puan Sri Normah. Mata melilau melihat sekeliling. Haura turut sama mencari.


“Entahlah, dari tadi lagi nenek tak nampak batang hidung dia.” Balas Dazrin.

Kring! Kring! Kring!

Tiba-tiba telefon bimbit Haura berdering. Dia meminta diri sebentar untuk menjawab panggilan tersebut. Haura berjalan beberapa langkah menjauhi meja. Nama Hanna tertera di skrin telefon miliknya.


“Hello?” sapa Haura.


“Hello akak!” balas Hanna dengan suara yang tersekat-sekat.


“Kenapa ni Hanna?” soal Haura lagi. Dia mula rasa cemas.


“Opah…” Hanna mula sebak.


“Kenapa dengan opah? Hanna jangan takutkan akak.”


“Opah masuk hospital. Sesak nafas.” Tutur Hanna.


“Ya Allah!” hanya itu yang mampu diucap oleh Haura ketika itu. Dari jauh Mona melihat Haura seperti di dalam kegelisahan.

Selepas mendapat info yang lebih jelas Haura mematikan panggilan tersebut. Baru sahaja dia ingin kembali ke meja tersebut Mona telah pun berdiri di belakangnya.


“Kau okay ke tak ni Haura?” tanya Mona setelah melihat air muka sahabatnya itu sedikit berubah.


“Kunci kereta kau mana?” tanya Haura tanpa menjawab soalan Mona itu.


“Kenapa dengan kau ni, bagitahulah aku.” Mona mula risau melihat Haura.


“Kunci kereta kau mana? Bagi aku cepat. Aku tak ada masa nak explain pada kau sekarang. Please Mona.” Balas Haura cemas. tanpa banyak tanya Mona mengeluarkan kunci tersebut dari beg tangannya. Haura menyambar kunci tersebut lalu bergegas ke kereta. Mona terpinga-pinga. Dia kemudian kembali ke meja.


“Haura nak ke mana tu? Rushing semacam je saya tengok.” Tanya Dazrin kepada Mona.


“Saya pun tak tahu. Dia tak cakap apa-apa pun.”

Suri yang sekian lama memerhati telah mengekori Haura. Dia telah menghalang Haura dari meneruskan perjalanannya. Saat itu sememangnya telah dinanti-natikan oleh Suri sejak pagi tadi lagi.


“Mana kau nak lari? Bukan main berlagak lagi kau dengan aku. Mentang-mentang puan sri panggil kau makan semeja dengan dia, kau ingat kau boleh kurang ajar dengan aku ke?” ujar Suri angkuh. dia sebenarnya cemburu apabila Puan Sri Normah lebih memilih Haura daripada dia.


“Suri aku minta maaf sangat-sangat dengan kau. Aku tak ada masa untuk gaduh dengan kau sekarang ni. Tolong ke tepi.” Balas Haura sambil menahan sabar di dada. dia tidak mahu mencetuskan perbalahan dengan wanita itu. Namun Suri berdegil dan masih lagi menghalangnya.


“Kau ingat kau siapa nak arah-arah aku macam tu?” ujar Suri lagi sambil tangannya menolak bahu Haura berkali-kali. Dek tolakan yang agak kasar itu menyebabkan Haura sedikit terundur ke belakang. Haura sudah tidak dapat menahan marahnya lagi. Sepantas kilat dia merentap tangan Suri lalu dikilasnya ke belakang.


“Aduh! Sakitlah!” Suri mengaduh kesakitan Dia tidak sangka Haura akan bertindak seperti itu.


“Aku dah bagi warning dekat kau kan tapi kau degil. Nak jugak cabar aku untuk bertindak kasar dengan kau. Memang ini ke yang kau tungu-tunggukan selama ni?” Bisik Haura di telinga Suri. Suri cuba sedaya upayanya untuk meloloskan diri dari genggaman Haura namun sia-sia. Tangan Suri masih lagi digenggamnya erat.


“Woi sakitlah. Kau lepaskanlah aku.” Jerit Suri.


“Ni last warning aku bagi pada kau. Ini baru sikit tau. Lepas ni kalau kau ganggu aku lagi aku takkan teragak-agak untuk bantai kau lebih teruk dari yang ini.” Ujar Haura sebelum melepaskan tangan Suri. Dia kemudian bergegas ke keretanya. Suri memegang pergelangan tangannya yang terasa sungguh sakit itu. Dia menjeling tajam ke arah Haura.


“Ish. Mona ni tak boleh jauh lagi ke parking kereta. Geram pulak aku.” Bebel Haura sendirian. Dia sudah tiba di pintu pagar utama kediaman Puan Sri Normah. Mona telah meletakkan keretanya di luar pagar kediaman tersebut.

Dalam keadaannya yang tergesa-gesa dia telah berlaga dengan Mikael yang datang dari arah bertentangan. Dek pelanggaran itu Haura hampir terjatuh ke lantai jalan namun dengan laju Mikael merangkul tubuh kecil molek itu daripada terjatuh. Mereka berdua saling berpandangan. Waktu seakan-akan terhenti seketika.

Dup dap! Dup dap!

Degupan jantung mereka berdua saling berbalas irama. Namun realiti telah membangkitkan mereka. Haura kemudian membetulkan kedudukannya. Dia mengusap dadanya yang berdegup kencang itu. Mikael pula merendahkan diri mengambil kunci kereta yang telah terjatuh ke lantai. Dia cuba mengawal perasaannya itu.


“Bak kunci tu, saya dah lewat ni.” Tutur Haura cemas. Dia mula teringat akan neneknya yang telah dimasukkan ke hospital.


“Kau tergesa-gesa ni nak pergi mana?” soal Mikael.


“Bak la sini kunci tu. Awak tak payah sibuk la.” Balas Haura. dia kemudian merampas kunci dari tangan Mikael. Dia berlari anak menuju ke keretanya dan meninggalkan Mikael sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience