BAB 73

Drama Completed 919171

Kereta yang dipandu oleh Mikael tiba di lobi hospital. Mikael pelik apabila Haura meminta untuk dihantar ke hospital tersebut.


"Kenapa tiba-tiba je suruh aku hantar dekat sini? Kau tak sihat ke?" tanya Mikael risau. Haura menggelengkan kepala.


"Nak melawat kawan. Dia baru je bersalin dekat sini." balas Haura.


"Sorrylah tak dapat temankan kau hari ni." Mikael berasa sedikit ralat kerana dia tidak dapat menemani wanita itu di sana.


"Awak dah selamatkan saya dari tawanan Rissa tadi pun saya dah bersyukur sangat-sangat." balas Haura nakal. Mikael tertawa.


"Apa-apa hal terus call aku tau." pesan Mikael sebelum berlalu pergi.

Setelah kereta Mikael hilang dari pandangan barulah Haura membuka langkahnya menuju ke kaunter utama hospital tersebut. Ingin bertanya tentang Juita terlalu umum. Di wad yang mana bapanya dimasukkan pun Haura tidak tahu.


"Nak tanya dekat sini ada tak pesakit bernama Zulkifli?" tanya Haura.


"Boleh bagi nama penuh pesakit? Sebab dekat sini ramai pesakit yang nama mereka sama." balas juturawat yang bertugas. Haura menggelengkan kepalanya. Tetapi Haura memberitahu nama Juita sebagai penjaga ataupun waris kepada pesakit tersebut.

Seteleh beberapa minit memeriksa di dalam sistem jururawat tersebut menyenarai pendek nombor bilik pesakit yang dicari oleh Haura.


"Ada dalam 6 pesakit yang bernama Zulkifli di mana penjaganya pula bernama Juita." ujar jururawat sambil menghulurkan sekeping nota kecil kepada Haura. Wanita itu mengangguk.

Tanpa berlengah lagi Haura segera menuju ke semua bilik wad tersebut. Satu persatu bilik dimasuki olehnya namun hampa. Berdiri di hadapan pintu bilik yang terakhir membuatkan Haura berasa sedikit berdebar. Nama Zulkifli terpapar di pintu. Nafas ditarik dalam sebelum mengetuk pintu bilik tersebut.

Beberapa ketika kemudian Haura melangkah keluar dengan wajah yang sugul. Mereka bukanlah orang yang dia cari. Haura buntu. Dia termenung di luar bilik.


"Mana Juita ni menghilang? Nak tanya khabar pun susah. Jangan-jangan dia dah discharge disebabkan bil perubatan tu."

Tiba-tiba sahaja Haura teringatkan tentang bil perubatan bapa Juita yang masih tertunggak. Dia segera meluru ke bahagian pembayaran bil.

Rupa-rupanya ayah Juita baru sahaja keluar dari wad tengah hari tadi. Jumlah bil yang tertunggak masih berbaki beberapa ratus. Tanpa berfikir panjang Haura segera melangsaikan baki tersebut.
Namun dia berasa sedikit kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan wanita itu.

Di saat dia ingin pulang, Haura ternampak kelibat Rosie yang menghantar suaminya keluar. Haura tersenyum lebar. Tidak sangka dia ditemukan sekali lagi dengan wanita itu.

Senyuman diwajahnya itu pudar serta-merta apabila mengenalpasti gerangan lelaki yang sedang merangkul tubuh Rosie itu. Haura diam tidak berkutik. Mulutnya sedikit melopong.


"Huh? Biar betul?" bisik Haura di dalam hati. Matanya diusap beberapa kali untuk cerahkan pandangannya itu agar tidak tersalah pandang.

Setelah lelaki itu berlalu pergi, Haura berjalan mendapatkan Rosie. Kali ini dia dibawa bertemu dengan anaknya yang kian sihat. Haura terpana dengan wad vvip yang didiami oleh anaknya itu. Sungguh mewah untuk seorang bayi yang baru lahir.


"Dekat bawah tadi tu suami akak ke?" tanya Haura untuk kepastian. Rosie sekadar mengangguk. Tangannya ligat memotong buah-buahan segar untuk dihidangkan kepada Haura.


"Bukan main sweet dan romantik lagi ye akak dengan suami." sakat Haura nakal. Rosie tertawa malu. Pipinya merah padam.


"Mengarutlah." balas Rosie pendek.


"Baby belum boleh discharge lagi ke?"


"InshaAllah kalau tak ada aral, lusa dah boleh keluar. Doa-doakan lah anak akak ni cepat sihat. Dah lama sangat berkampung dekat sini. Rindu nak bersantai dekat rumah."


"Boleh percaya ke? Cakap ajelah akak rindu dengan cik abang." Haura berseloroh. Rosie menepuk lembut bahu Haura.

*****

Cerek air berbunyi menandakan air yang dijerang sudah mendidih. Juita berlari menuju ke dapur untuk membancuh air buat ayahnya. Ketika dia ingin menuang air panas tersebut ke dalam cawan, Suri datang menariknya dari arah belakang.

Akibatnya air panas tersebut telah terkena pada lengannya. Juita mengaduh kesakitan. Namun tidak dihiraukan oleh Suri. Wajahnya yang bengis menggambarkan tahap kemarahannya.


"Siapa suruh kau bawa balik orang tua tu ke rumah aku ni! Kau memang dah melampau kan. Kau ingat ni rumah kau ke sesuka hati je nak bawa jantan tu balik ke sini? Ni bukan rumah kebajikan!" tempik Suri. Bergema satu rumah dengan suara nyaringnya itu.

Rambut Juita kemudiannya ditarik dengan kasar. Di tolak wanita itu sehingga rapat ke dinding. Pipi Juita ditampar berkali-kali. Tubuhnya pula dipukul bertalu-talu. Wanita itu menangis kesakitan. Rasa marah dan sakit hatinya pada Haura dilepaskan pada Juita.

Sakit kerana terkena air panas tadi masih kuat terasa ditambah pula dengan pukulan yang bertubi-tubi dari Suri, Juita lemah. Dia tidak berdaya untuk melawan.


"Kak, tolong jangan buat macam ni depan ayah. Juita merayu dengan akak." rayu Juita. Air mata berjurai dipipinya. Suri bagai telah dirasuk hantu. Matanya merah.

"Pergi mampuslah dengan ayah kau tu. Sekarang ni aku nak kau bawa bapak kau keluar dari rumah aku. Sekarang!" Suri menyinga lagi. Berdas-das pukulan diberikan pada Juita.

"Esok. Juita janji esok Juita bawa ayah keluar. Sekarang dah malam. Tolonglah kak bagi kami tumpang tidur dekat sini untuk malam ni je."

Juita melutut. Suri berdengus kasar. Mendengar kekecohan yang berlaku di luar, Zulkifli yang sedang duduk di atas kerusi roda sedaya upaya cuba untuk keluar.


"Juita, dah siap ke air yang ayah minta tu?" laung Zulkifli kurang jelas. Lidahnya itu sudah keras untuk berkata-kata dek penyakit sarafnya itu.

Hampir serentak kedua wanita itu berpaling ke arah bilik dengan riak yang sedikit terkejut. Suri dan Juita saling berpandangan. Belum sempat Suri membuka mulut, Juita segera memotong.

"Kenapa ayah keluar. Tunggu ajelah dekat dalam bilik. Sekejap lagi Juita bawakan." balas Juita sambil mendapatkan ayahnya itu. Di tolak lelaki itu masuk semula ke dalam bilik.

Beberapa ketika kemudian Juita keluar dan menuju ke arah Suri yang sedang duduk di sofa. Sekali lagi dia melutut dan merayu agar diberikan masa sehingga hari cerah.


"Pastikan esok kau keluar dari rumah aku ni. Aku dah taknak tengok muka kau dengan bapak kau yang cacat tu dekat rumah aku lagi." balas Suri kasar sebelum meninggalkan Juita sendirian.

Juita menghela keluh berat. Muka ditekup dengan tangan. Sekali lagi air mata menitis dipipinya. Namun ditelan tangisnya itu supaya tidak didengari oleh ayahnya.

*****

Awal pagi lagi Juita sudah sibuk di dapur. Tidurnya tidak lena. Tangan yang terkena air panas terasa berdenyut dan pedih. Agak teruk juga lecur di tangannya itu. Haura hanya menyapu gel aloe vera untuk meredakan rasa sakit tersebut.

Setelah menyediakan sarapan pagi dan mempersiapkan ayahnya, Juita mula bersiap untuk keluar.


"Ayah, Juita nak keluar sekejap. Ayah duduk dekat dalam bilik ni, jangan keluar. Air semua Juita dah letak dekat atas meja."

Zulkifli mengangguk tanda faham. Juita mencium tangan ayahnya itu serta mencium kedua belah pipinya sebelum melangkah keluar.


"Hello, Nita. Jadi kan kita jumpa hari ni? Pasal bilik sewa tu lah."

Juita menghubungi rakannya yang ingin menunjukkan bilik kosong untuk disewa kepadanya. Sebelum itu dia perlu ke hospital terlebih dahulu untuk merawat lecur di lengannya itu.

Di rumah, suasana menjadi senyap sunyi. Suri yang baru keluar dari biliknya tertanya-tanya adakah dua beranak itu telah keluar dari rumahnya. Dengan perlahan dia menjenguk ke dalam bilik yang dihuni oleh Juita dan juga ayahnya.

Zulkifli dilihat sedang lena di atas katil. Suri mula naik angin. Dia menolak pintu bilik sekuat hati.


"Woi orang tua! Kau tak reti nak berambus dari sini ke?" tengking Suri. Berbekalkan kudrat yang ada Zulkifli cuba bangkit.


"Kau bangun sekarang!" arahnya sambil menyuruh bapa tirinya itu duduk di kerusi roda.

Dengan rasa marah yang memuncak, dia mencapai beg baju lalu mengeluarkan semua pakaian Juita dan ayahnya dari almari. Dimasukkan ke dalam beg baju tersebut.


"Kau sengaja nak sakitkan hati aku kan. Semalam bukan main merayu bagi masa sampai hari cerah. Dusta semua tu. Menyesal aku berlembut hati dengan kau semalam." bebel Suri sendirian. Zulkifli hanya mendiamkan diri.

Suri telah bertindak dengan meninggalkan bapa tirinya itu di depan pagar rumah bersama dua biji beg pakaian tanpa belas kasihan. Di bawah terik cahaya mentari Zulkifli duduk di atas kerusi roda menanti kepulangan anaknya.


"Abang, tu bukan Zulkifli suami arwah Siti. Apa yang dia buat dekat luar pagar tu? Cuba abang pergi tanya dia." salah seorang jiran memanggil suaminya. Mereka segera mendapatkan Zulkifli.

Simpati dengan nasib Zulkifli, meteka membawa lelaki itu ke rumahnya untuk berteduh. Mujurlah ada jiran yang prihatin sudi membawa Zulkifli masuk ke dalam rumahnya sementara menunggu Juita pulang.

Matahari terik di atas kepala. Juita baru tiba di rumahnya sambil membimbit beg plastik yang berisi dua bungkus makanan.


"Assalamualaikum." ucap Juita seraya membuka pintu rumah.

Pintu bilik dikuak. Sekali lagi dia memberi salam. Melihat bapanya tiada di dalam bilik membuatkan Juita hilang arah. Almarinya yang tidak ditutup rapat telah kosong tanpa pakaian. Haura mula berlari mencari ayahnya.


"Ayah!" laung Juita sekuat hati. Perasaan panik mula menyelubungi diri.

Telah dicari di segenap ruang rumah bapanya masih tidak kelihatan. Dia kemudian berlari keluar rumah sambil mulutnya tidak berhenti memanggil ayahnya. Airmata mula mengalir dipipi.


"Ya Allah. Mana ayah dah pergi ni? Mana Suri dah buang ayah." bisik hatinya hiba.

Tiba-tiba datang seorang jiran memberitahu bahawa Zulkifli selamat dan sedang berehat di rumahnya. Tanpa banyak bicara Juita segera mengekori jirannya itu pulang ke rumah. Melihat bapanya yang sedang menonton televisyen membuatkan Juita jatuh terduduk. Dia bersyukur bapanya itu baik-baik sahaja.


"Maafkan Juita sebab tinggalkan ayah sendirian."

*****


"Ada hal apa Mikael panggil aku datang dekat sini. Boleh je bincang dekat tempat biasa."

Luqman yang baru tida di bangunan Khazzan Group memarkir motosikalnya di hadapan pintu masuk. Gaya machonya itu berjaya mencairkan hati ramai wanita di situ. Setiap wanita yang berjalan melepasinya di tegurnya nakal. Dasar buaya!

Tiba-tiba sebuah teksi berhenti di depan pintu masuk bangunan tersebut. Juita keluar dengan wajah yang sungguh ketat. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling dia meluru masuk ke dalam bangunan tersebut.

Lukman yang tidak menyedari kehadiran wanita itu tanpa sengaja telah melanggarnya. Juita mengaduh kesakitan. Lukman melihat ada tompok merah pada balutan di tangan Juita.


"Sorry, saya tak sengaja. Awak tak apa-apa ke?" ujar Lukman separa terkejut. Juita mengangguk lalu berlalu pergi. Lukman berkerut.

Kebetulan Lukman dan Juita menaiki lif yang sama dan menuju ke aras yang sama. Lukman serba salah untuk menegur wanita itu. Dia merasakan ada bom yang bakal meletup bila-bila masa sahaja.


"Awak staff dekat sini ke? Saya kawan Mikael. Datang sini nak jumpa dengan dialah." sapa Lukman mencuba nasib.

Namun dia seperti sedang berbiacara dengan patung. Juita langsung tidak mengendahkannya. Setelah itu dia terus tidak mengeluarkan bicaranya.


"Kak Laila, ada nampak Suri tak?" tanya Juita setelah tiba di ruangan pejabatnya.


"Juita, kamu buat apa dekat sini? Bukan ke kamu cuti hari ni?" tanya Laila kembali.

Belum sempat Juita membalas, kelibat Suri mula memasuki ruang pejabat.


"Suri!" panggil Juita kuat.

Semua pekerja sangat terkejut dengan kelakuan Juita itu termasuk Laila. Suri cerlung memandangnya. Beberapa orang mula berbisik sesama sendiri. Suri tidak senang duduk.


"Puas hati kau sekarang?" Suri terkesiap. Dia tidak menyangka wanita itu berani untuk menyerangnya secara terbuka.


"Apa maksud kau, aku tak faham." balas Suri berpura-pura bingung. Dia berjalan mendekati Juita.


"Kau dah gila ke? Jangan nak buat onar dekat sini. Kau ikut aku sekarang." bisik Suri kasar.


"Kenapa? Kau takut rahsia kau terbongkar ke?" bidas Juita sinis. Suri menjeling ke arahnya. Dia kemudian menarik tangan wanita itu.

Laila dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena telah terjadi antara mereka berdua. Aura kedua-duanya sangat menakutkan. Lukman yang masih terkial-kial mencari pejabat Mikael berselisih dengan Suri dan Juita yang berjalan menuju ke lif. Dia sekadar memerhati.


"Tumpang tanya, bilik Mikael dekat mana ye?" tanya Lukman kepada Laila.


"Lukman? Awak Lukman kan? Kawan Encik Mikael?"

Serentak dengan itu Lukman menoleh ke arah Haura yang menyapanya. Dia mengangguk laju. Haura segera mempelawa Lukman untuk ke bilik Mikael.


"Haura! Suri dengan Juita..." panggilan Laila mematikan langkah Haura. Dia terus meminta penjelasan dari Laila tentang apa yang telah berlaku.


"Kak Laila, minta tolong bawakan Encik Lukman ke bilik Encik Mikael." ujar Haura sebelum berlari keluar.

Laila berkerut. Dia memukul mulutnya yang tak reti duduk diam. Risau jika berlaku apa-apa pada Haura nanti. Lukman juga mengundurkan diri. Dengan pantas dia cuba mengekori jejak Haura tanpa wanita itu sedari.


"Kalau bos tahu ni, naya aku." bisik Laila sendirian. Dia melihat sekeliling pejabat. Semua mata sedang memandangnya.

*****

Ding!

Pintu lif terbuka. Suri berjalan laju menuju ke ruangan parkir kereta. Juita tidak bersuara. Dia sekadar mengekorinya. Setelah melihat keadaan 'clean and clear', Suri mematikan langkah. Dia berpaling ke belakang. Juita turut mematikan langkahnya.

Pang!

Satu tamparan hebat singgah di pipi Juita. Tangan Suri menggigil menahan marah. Juita menjelingnya kembali.


"Apa masalah kau datang buat kecoh dekat sini? Nak jatuhkan air muka aku?" marah Suri.


"Apa yang kau dah buat pada ayah aku? Kenapa kau biarkan dia duduk dekat luar pagar bawah panas terik tu? Mana pergi sifat kemanusiaan kau?" balas Juita lantang.

Suri membuntangkan matanya. Ini kali pertama Juita melawan cakapnya. Hatinya terasa makin panas. Sekali lagi wanita itu dilempang. Rambutnya ditarik kasar.


"Semalam apa yang kau janji dengan aku? Kau cakap hari cerah kau nak bawa bapak kau yang cacat tu keluar dari rumah aku. Tapi apa yang kau buat?"


"Kau dah tahu ayah aku macam tu kau masih tinggalkan dia terkial-kial dekat tepi jalan. Dia tu ayah aku tau dan juga suami pada mak kau!" balas Juita. Sabarnya yang selama ini ditahan sudah mula mebuak-buak keluar.


"Bapak kau bukan bapak aku." sungguh kurang ajar jawapan dari Suri itu. Juita mengetap bibir menahan amarah.


"Menyesal aku rahsiakan semua benda pasal kau selama ni." ujar Juita sebelum berlalu pergi. Suri tersentak dengan kata-kata Juita itu.


"Apa maksud kau?" tanya Suri berbaur cuak. Namun Juita tidak menghiraukannya.

Suri mula naik berang. Dia telah bertindak dengan menarik Juita sehingga jatuh terduduk. Dia mahukan penjelasan dari wanita itu. Juita berkerut menahan sakit di tangannya. Dia menggagahkan diri untuk bangkit demi mempertahankan maruahnya.


"Kenapa? Kau takut?" sindir Juita. Panas telinga Suri mendengarnya.

Tidak mahu dirinya dipijak lagi oleh Suri, Juita mengeluarkan telefon bimbitnya lalu ditunjukkan kepada Suri.


"Aku ada semua bukti pasal kau. Dari kes Laila jatuh tangga sehinggalah cubaan kau untuk membunuh Haura. Semua tersimpan rapi dalam ni. Masa depan kau dah hancur Suri." ujar Juita lantang.

Suri terkejut dengan pendedahan tersebut. Semua bukti dia telah hapuskan. Tidak mungkin Juita mempunyai bukti tersebut. Tangannya menggigil bibirnya juga terketar-ketar.


"K-kau ugut aku ke sekarang ni? Kau ingat aku takut? Aku tahu kau kelentong je semua tu sebab nak sakitkan hati aku. Tak mungkin kau ada semua bukti tu sebab rakaman cctv semua aku dah padam."

Akhirnya terkeluar juga ayat tersebut dari mulut Suri. Tanpa dia sedar dia telah mengaku segala perbuatannya itu. Juita tersenyum. Dia membuka sesuatu di telefonnya lalu ditunjukkan kepada Suri. Mata Suri terbuntang luas.


"Tak mungkin!" bisik Suri di dalam hati.

Dia kemudian telah bertindak dengan menyerang Juita. Dia merampas telefon tersebut. Dipijak telefon Juita itu sehingga hancur.


"Tak semudah tu kau boleh jatuhkan aku. Ni Suri la." ujar Suri sambil kakinya memijak-mijak telefon tersebut. Juita tertawa melihat kelakuan kakak tirinya itu.


"Kau ingat aku ni bodoh macam kau ke? Kau mungkin dah musnahkan telefon aku tapi aku ada berbelas-belas lagi salinan video tu dengan aku dan aku akan serahkan pada pihak atasan untuk siasatan lanjut." balas Juita sambil tertawa.

Kali ini Suri benar-benar terkejut. Matanya merah menahan marah. Kakinya terus berhenti dari memijak telefon di lantai. Tanpa berfikir panjang dia terus menyerang dan memukul Juita bertubi-tubi. Juita pula tidak membalasnya.


"Suri!" jerit Haura lantang. Juita berpaling ke arah wanita itu. Lukman yang sedari tadi sibuk merakam segera mendapatkan Juita lalu membawanya ke tepi.


"Kau dah melampau Suri. Kau cuba bunuh aku dan Kak Laila? Manusia jenis apa kau ni?" ujar Haura. Suaranya terketar-ketar manahan marah.


"Kau jangan jadi bodoh. Jangan percaya cakap perempuan gila tu." balas Suri kembali.

Pang!

Lima jari Haura melekat dipipi Suri. Haura benar-benar terkilan dengan sikap Suri itu. Suri mengusap pipinya yang mula terasa panas.


"Aku tak pekak lah. Tak sangka hati kau sebusuk ni. Lebih busuk dari bangkai binatang."

Terlucut saja ayat itu dari mulut Haura, gilirannya pula ditampar Suri. Haura sudah tidak dapat mengawal api amarahnya. Tangannya digenggam kuat. Dengan sekuat hati dia menghayunkan buku limanya itu.

Suri jatuh terduduk dek tumbukan yang padu dari wanita itu. Melihat keadaan yang semakin tegang Lukman segera berlari menghalang Haura.

Share this novel

norsila
2022-11-09 01:23:33 

cmtulah jadi wanita kuat..asik lembik joo haura ni...mympah jadi wanita lembik ni..huuu.....hehehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience