BAB 12

Drama Completed 919581

Dazrin menguak pintu bilik kediaman Puan Sri Normah. Dia kemudian memimpin neneknya masuk ke bilik dan membantunya duduk di kerusi. Wanita itu mula memicit perlahan kakinya. Dazrin kemudian menawarkan diri untuk mengurut kaki neneknya itu.


"Kaki ni kamu picit perlahan-lahan sikit ye." Bagitahu Puan Sri Normah sambil memegang lututnya yang cedera.


“Kenapa dengan kaki nenek ni? Masa nak balik tadi pun Dazrin perasan nenek berjalan macam terhincut-hincut je.” Tanya Dazrin ingin tahu.


“Nenek terjatuh pagi tadi. Masa nenek keluar ambil angin.”


“Yeke? Teruk ke kaki nenek tu? Meh sini Dazrin tengok. Kenapa nenek tak bagitahu Dazrin?” tutur Dazrin dengan nada yang risau.


“Luka sikit je, takde apa yang teruk pun. Mujurlah tadi ada hamba Allah yang baik hati dah bantu nenek.”


“Teruk lebam ni nek. Mikael dah tahu ke? Mesti dia akan membebel kalau dia tahu nanti.” balas Dazrin selepas dia melihat kaki serta tangan neneknya itu ada kesan lebam.


“Dah kenyang dah pun nenek makan bebelan dia tadi. Inilah salah satu sebab kenapa nenek tak nak bagitahu kamu berdua pasal perkara ni. Dah macam teruk sangat luka nenek ni.”


“Macam mana kalau keadaan nenek teruk tadi? Nasib baik sangat takde apa-apa serius. Kami cuma risaukan keadaan nenek je.”


“Iya nenek faham. Nenek tahu cucu-cucu nenek ni semuanya sayang pada nenek.” balas Puan Sri Normah sambil menggosok bahu Dazrin yang duduk disisinya.


“Mikael tu okay ke tak nek? Tadi Dazrin tengok air muka dia macam sesuatu sangat. Padahal semalam mood dia okay je.” Dazrin menukar topik. Dia mula bertanya tentang Mikael.


“Dah lama Dazrin tak tengok Mika macam tu. Kali terakhir Dazrin tengok dia macam ni rasanya sebelum dia berangkat ke luar negara.” sambungnya lagi.


“Mungkin ada sesuatu yang tengah bermain fikiran dia sekarang ni. Apa-apapun kita berdoa ajelah yang terbaik untuk dia. Semoga Mika cepat pulih dan kembali seperti dahulu.” Balas Puan Sri Normah ringkas.


“InshaAllah nek.” Balas Dazrin pendek.

Walaupun hubungan antara keluarga mereka tidak berapa baik tapi mereka berdua masih mengambil berat antara satu sama lain. Jauh di lubuk hati Dazrin dia sangat kasihan akan sepupunya itu. Kejadian yang menimpa Mikael 5 tahun yang lalu masih segar di ingatannya. Peristiwa itu juga telah memberi impak yang besar kepada mereka sekeluarga.

*****

Setibanya mereka di bilik Haura membantu Mona untuk duduk dikerusi sebelum bergegas mengambil kotak kecemasan yang berada di dalam kabinet. Sedang Haura khusyuk mencuci luka tiba-tiba Mona menjerit kemudian membaling telefonnya ke atas tilam. Mona mencapai kedua belah tangan Haura dan menggenggamnya erat.


“Kau ni dah kenapa Mona? Tiba-tiba menjerit tak tentu pasal macam orang kena sergah dengan hantu.” Marah Haura. Sungguh dia terkejut dan geram dengan kelakuan sahabatnya itu. Dia menarik kasar tangannya dari genggaman Mona.

Haura kemudian bingkas bangun dan menuju ke almari untuk mengambil tuala yang bersih. Mona ke hulu ke hilir berjalan mengekori Haura. Berkali-kali Haura memintanya untuk duduk diam-diam di kerusi supaya darah tidak menitik ke lantai namun tidak diendahkan oleh Mona. Luka dikakinya itu seolah-olah sudah tidak terasa sakit lagi.


“Kali ni kau kena tolong aku Haura.” Mona membalas dengan nada yang serius sambil mencapai tangan Haura sekali lagi. Haura menghentikan langkahnya.

Haura dapat merasakan Mona sekali lagi telah melakukan sesuatu tanpa pengetahuannya. Dia mula menarik kasar tangan Mona untuk duduk semula di kerusi. Mona sudah dapat merasakan dirinya bakal disoal siasat oleh wanita itu.


“Kau bagitahu aku sekarang apa yang kau dah buat kali ni.” Soal Haura tegas.


“A-a-aku sebenarnya…..” Mona tergagap-gagap menjawab soalan Haura itu. Dia tahu Haura akan berleter panjang padanya nanti.

Mona menarik nafas yang dalam sebelum dia berterus-terang dengan Haura tentang apa yang telah dia lakukan. Haura menggelengkan kepalanya beberapa kali setelah mendengar pengakuan Mona itu. Tanpa rasa bersalah Mona telah meminta Haura membantunya. Haura dengan minda yang waras, telah membantah dan menolak usul tersebut bulat-bulat tanpa berfikir panjang.


“Please Haura, kali ni je. Lepas ni aku janji aku dah takkan buat benda macam ni lagi.” Rayu Mona.


“Tak, masalahnya sekarang ni yang kau pergi bagitahu dia yang kau ada dekat sini tu dah kenapa?”

“Manalah aku tahu dia pun ada dekat sini jugak. Malaysia ni luas tau.”


“Orang cakap ni menjawab pulak. Habis tu kau nak aku buat apa sekarang ni.” Soal Haura lagi.


“Okay macam ni. Kau tolong pergi jumpa dengan mamat tu bagi pihak aku, boleh? Aku baru je terserempak dengan mak ngah aku tadi, kalau dia nampak aku duduk dating berdua-duaan dengan mamat tu dekat sini confirm di canangnya pada keluarga aku. Kau pun tahu mak ngah aku tu macam mana, kan? Masak aku nanti Haura. Lagipun kau tengoklah kaki aku ni.” Rayu Mona panjang lebar sambil membuat mimik muka sepuluh sen. Haura menarik nafas dalam cuba menahan dirinya supaya kekal bertenang setelah mendengar rancangan Mona itu.


“Tahu pun takut. Sebelum buat benda ni takde fikir pulak semua ni. Kau ni memang tak pernah nak berubah tau. Gemar betul main benda-benda yang mengarut macam ni. Lepastu aku yang jadi mangsa kau. Teman lelaki pun silih berganti, ilmu apa yang kau pakai eh?” Leter Haura yang sudah mula berasa geram dengan perangai Mona yang masih tak berubah.

Hampir disekeh kepala sahabatnya itu. Mona bertindakbalas dengan mengerutkan muka dan menggerakkan badannya sedikit ke tepi untuk mengelak dari terkena ‘serangan’ Haura.


“Kali ni lain sikit Haura, kau tolong aku eh. Please.” Rayu Mona lagi dengan harapan Haura akan menolongnya.


“Ini kali terakhir aku tolong kau, lepas ni kau jangan nak libatkan aku dengan permainan kau yang mengarut dan entah apa-apa ni.”


“Thanks Haura. Kaulah penyelamat aku. Nanti aku whatsapp kau details and location. Jangan lupa pakai lawa-lawa sikit nanti.” Balas Mona sambil memeluk tubuh kecil Haura. Dia kemudian mencapai telefon bimbit yang dibalingnya sebentar tadi sambil tersengih. Haura mengetap bibir dan matanya dikerling tajam pada Mona sebelum menyambung menyapu ubat pada kaki wanita itu.

*****


“Uih, tak bertenang langsung jantung aku ni, rasa macam sikit lagi nak meletup. Dia punya gemuruh tu, mak aih macam first time nak pergi interview.” Rungut Haura sambil meletakkan tangannya di dada. Diusapnya berkali-kali untuk tenangkan hatinya yang sedang berdebar-debar itu.

Tiba di muka pintu restoren, Haura mematikan langkah. Suasana di dalam restoran itu sungguh romantik. Dia mula tersenyum kambing membayangkan ‘blind date’ dia bersama jejaka misteri tersebut. Namun degupan jantung di dadanya telah membunuh lamunan tersebut. Bunyinya sangat jelas kedengaran di telinga Haura malah lebih kuat dari muzik jazz yang sayup-sayup kedengaran menjadi halwa telinga pelanggan di restoren tersebut.

Haura menggelengkan kepalanya beberapa kali dan memarahi dirinya kerana hampir hanyut dalam lamunan sendiri. Bebola matanya mula ligat mencari sosok lelaki seperti yang telah diberitahu oleh Mona melalui chat di whatsapp.

“Pakai baju warna putih, rambut pendek warna hitam. Maybe busy dengan telefon atau tablet.” – Mona


“Ishhhh, yang mana satu ni? Waktu-waktu ni la semua orang sibuk nak pakai baju warna putih. Kenapa tak pakai semalam je.” Rungut Haura sendirian. Perlahan-lahan dia mula mengorak langkah mencari jejaka tersebut. Diperhatinya setiap meja dan sudut yang ada di situ. Tiba-tiba pandangan matanya terpaut pada seorang lelaki yang sedang duduk di sudut restoran.


“Hmmmm.. Mata kasar aku nampak macam dialah orangnya. Hentam sajalah labu. Apa nak risau, klau salah orang kita minta maaf pastu terus blah.” Tanpa berlengah Haura terus berjalan menghampiri lelaki berkenaan.

Makin hampir dirinya dengan lelaki itu makin kencang degupan jantung didada Haura. Terdetik juga dihatinya untuk berlari keluar dari restoren tersebut namun dia cuba gagahkan jua dirinya demi sahabatnya, Mona.


“Hai, sorry ganggu, Encik Luth ke?” Haura menyapa lembut dari arah belakang.


“Ya saya.” balas Mikael pendek sambil kelam kabut bangun untuk menyambut kehadiran Haura. Haura menghela nafas lega apabila identiti lelaki itu sudah dipastikan.


“Saya Haura.” balas Haura sambil mengukirkan senyuman lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman.


“Saya Luth Mika….” Tatkala mata mereka saling bertentangan Mikael berhenti memperkenalkan diri. Seolah-olah ada sesuatu yang tersekat dikerongkongnya. Matanya terbuntang melihat gerangan wanita yang sedang tersenyum manis dihadapannya ketika itu.


“Awak?”

“Kau?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience