BAB 75

Drama Completed 919161

Usai menunaikan solat Isyak, Haura mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi sahabat karibnya, Mona. Dia sebenarnya terlupa untuk memaklumkan tentang majlis yang bakal berlangsung pada hujung minggu nanti. Nafas dalam ditarik sebelum dia mendail nombor Mona di telefonnya.

Trut! Trut!

Haura menunggu dengan penuh sabar. Jauh di sudut hati dia berasa agak berdebar untuk memberitahu kesemuanya kepada wanita itu. Maklumlah dah banyak kali Mona memberi amaran supaya tidak jatuh hati kepada Mikael. Beberapa saat kemudian suara Mona mula kedengaran di sebalik telefon.


"Panjang betul umur kau ye. Aku baru je terdetik nak call kau." ujar Mona. Haura tertawa kecil.


"Ada apa kau call aku ni?"


"Esok lusa kau free tak? Jom teman aku balik kampung nak?" tanya Haura sedikit teragak-agak.


"Esok? Ada apa? Kenapa tiba-tiba je ajak aku balik sana?"

Haura gagap. Dia tidak terus menjawab pertanyaan dari Mona itu. Sejujurnya dia tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.


"A-aku...."


"Ishh... Sesuatu sangat kau ni. Ada benda yang kau sorok dari aku ke?" soal Mona pelik. Dia mula membuat tebakan.

"Aku nak tunang."

Sejurus ucapan itu keluar dari mulut Haura, Mona diam tak berkutik. Mulutnya ternganga seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Matanya juga terbuntang luas. Haura yang menunggu jawalan dari sahabatnya itu berasa sedikit cuak apabila Mona diam seribu bahasa.

Skrin telefon dilihat berkali-kali. Risau jika panggilan tersebut telah terputus. Namun panggilan itu masih lagi bersambung dan nama Mona juga masih tertera di skrin tersebut. Haura berkerut.

"Mona kau dengar ke tak apa yang aku cakap ni?" tanya Haura.

"Eh kejap, betul ke apa yang aku dengar ni? Kau cakap kau nak bertunang?" Akhirnya Mona mula bersuara.


"Ya Mona, kau tak salah dengar. Aku nak bertunang hujung minggu ni. Sebab tu aku tanya kau free ke tak." balas Haura menghapuskan segala keraguaan di fikiran sahabatnya itu.

Mona menjerit kegembiraan. Dia tidak menyangka akhirnya Haura bakal melangkah ke satu fasa yang baru dalam hidupnya. Setelah menyaksikan segala pahit getir yang dilalui oleh sahabatnya itu, sesungguhnya Mona amat gembira dengan berita tersebut. Namun jeritannya itu telah membingitkan telinga Haura. Secara spontan telefon dijauhkan dari telinga.

"Congrats Haura. Aku tumpang gembira untuk kau. Akhirnya ada juga lelaki yang jumpa kunci untuk pintu hati kau ye." balas Mona bernada nakal.

Haura tersenyum. Ada benarnya apa yang diperkata oleh Mona itu. Dia sendiri tidak menyangka akan ada juga lelaki yang berjaya menghidupkan kembali separuh jiwanya yang telah mati.


"By the way, siapa lelaki tu? Eh kejap, biar aku teka." balas Mona sebelum berfikir sejenak.


"Amboi, bukan main lagi kau ye. Siap nak main teka-teka pula. Dah macam ahli nujum pula." Haura berseloroh.


"Okay, aku dah tahu. Dia mesti...... lelaki kan?" dengan selamba Mona meneka.


"Kau ingat aku ni apa? Kalau aku ni sukakan perempuan baik aku kahwin dengan kau je." balas Haura. Mona tertawa.


"Alah aku melawak je. Tak sporting la kau ni. Kau nak kahwin dengan Mikael kan? Bos kau tu? Macam la aku ni tak tahu."

Haura hampir tersedak air liurnya apabila nama Mikael dipetik. Dia sangat terkejut sahabatnya itu dapat menekanya dengan tepat.


"M-mana kau tahu? Hanna dah bagitahu kau ke?"

Respon dari Haura itu mengundang tawa besar dari Mona. Wanita itu ketawa terbahak-bahak. Dia sudah lama dapat mengagak bahawa Haura dan juga Mikael sedang menjalinkan hubungan yang istimewa.


"Mana ada. Kau sendiri yang bagitahu aku semua tu."


"Aku? Bila masa aku bagitahu kau."


"Sekilas ikan di air aku dah tahu jantan ke betina. Aku tengok cara kau berbual dengan Mikael pun aku dah dapat agak yang korang berdua ada hubungan. Mengada-ngada semacam je bila dengan mamat tu. Menyampah." balas Mona diiringi tawa kecil.

Meskipun hanya berbual di telefon wajah Haura tetap merah padam dek rasa malu. Dia benar-benar tidak sedar segala gerak-geri serta perbuatannya mampu memberi gambaran sedemikian pada pandangan orang lain.

*****

Datin Norlie sibuk membuat persiapan. Meskipun ini hanyalah majlis pertunangan, perasaan terujanya itu tidak dapat disorokkan lagi. Dia benar-benar sudah tidak sabar menanti hari esok tiba. Namun pada masa yang sama dia berasa agak runsing kerana Mikael tidak memberitahu mereka siapa gerangan yang bakal mereka pinang kelak.

Anaknya itu hanya memaklumkan kepada mereka untuk pergi merisik wanita pilihan hatinya tanpa mendedahkan identiti wanita tersebut. Pada awalnya dibantah habis-habisan oleh Puan Sri Normah. Namun setelah dipujuk oleh Mikael akhirnya mereka semua bersetuju. Datin Norlie meletakkan kepercayaan kepada anak lelakinya itu sepenuhnya.


"Mak, Kak Reen ikut ke rombongan kita esok?" tanya Datin Norlie kepada Puan Sri Normah.


"Entahlah. Mak dah bagitahu dia. Zubir pun mak dah ajak. Ikut atau tidak mak tak tahu. Kamu faham-faham ajelah perangai kakak kamu tu." balas Puan Sri Normah panjang. Datin Norlie menganggukkan kepalanya.

Dia sudah berkali-kali cuba menghubungi kakaknya itu tetapi tidak dijawab. Mungkin wanita itu masih terasa hati dengannya kerana insiden beberapa hari yang lalu.

*****

Beberapa buah kereta mula masuk ke perkarangan rumah Puan Hafizah dan Encik Zamzuri. Datin Norlie dan Puan Sri Normah melangkah keluar dari kereta. Dazrin datang bersama Soraya juga turut keluar berkumpul bersama ibubapanya serta beberapa ahli keluarga yang lain. Kelibat Azrael dan isteri turut kelihatan bersama anak kecil mereka.

Tetamu yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Puan Hafizah segera keluar untuk menyambut para tetamu. Mikael yang menjadi pemandu arah tidak turut serta masuk ke dalam rumah. Dia hanya menunggu di luar rumah sahaja bersama sahabatnya, Lukman.

Puan Sri Normah awal-awal lagi sudah memaklumkan kepadanya supaya tidak bersama-sama di dalam majlis tersebut. Mona yang mengetahui tentang kehadiran mereka bergegas berlari masuk ke dalam bilik.


"Haura, rombongan dah sampai." jerit Mona perlahan. Matanya bersinar-sinar memandang Haura."

Jantung Haura berdegup dengan kencang sekali. Dia mula berasa pening dan mual. Mungkin kerana terlalu gemuruh. Ianya kerana keluarga Mikael masih tidak mengetahui akan dirinya.


"Kenapa pucat sangat muka kau ni? Berdebar ke?" sakat Mona. Haura hanya mengangguk. Hanna yang turut berada di dalam bilik tersebut tertawa kecil.


"Alah, bukannya first time akak bertunang. Rileks la." tambah Hanna nakal. Haura menjeling tajam ke arahnya.

Mona kemudian menghulurkan sebotol air kepada sahabatnya itu untuk diminum. Haura berasa sedikit lega namun tangannya masih lagi menggigil.


"Aku duduk dekat luar ye. Nanti senang sikit aku nak roger kau." ujar Mona. Haura mengangguk.

Mona berjalan keluar lalu mengambil tempat di belakang sekali. Dazrin yang turut berada di dalam rumah tersebut membuntangkan matanya.


"Eh perempuan tu? Kenapa macam familiar sangat muka dia." bisik Dazrin di dalam hati. Dia cuba mengintai dari celah-celah orang yang ada namun tetap terlindung.

Soraya yang perasan kelakuan pelik abangnya itu turut melirik ke arah tersebut. Namun kehadiran tiada apa yang berjaya menarik perhatiannya. Dia mula memandang Dazrin silih berganti.


"Abang tengok apa? Dari tadi lagi Dina perasan abang tengok dekat sana." tegur Soraya perlahan. Lengannya dicuit oleh wanita itu. Dazrin yang sedikit terperanjat segera berpaling ke arah Soraya.


"Hah? M-mana ada. Dina salah pandang kot."


"Abang kenal ke girlfriend Abang Mika ni?" Soraya menukar topik. Dazrin pantas menggelengkan kepala. Sebenarnya mereka berdua sangat terkejut apabila Dato' Zubir memaklumkan perkara ini kepadanya.


"Mika langsung tak pernah bagitahu abang yang dia ada girlfriend. Tahu-tahu je dah nak tunang. Bukan main terkejut lagi abang." balas Mikael panjang.


"Itulah pasal. Mesti cantik girlfriend Abang Mika kan. Tak sabarnya Dina nak kenal dengan dia." balas Soraya.

Setelah kedua belah pihak usai berbincang, tibalah masa untuk menyarungkan cincin. Puan Hafizah memberi isyarat kepada Mona untuk membawa Haura keluar. Mona segera bangkit dan menuju ke bilik.

Knock! Knock!

Haura yang dari tadi tidak senang duduk makin bertambah gelisah. Pintu bilik dikuak. Mona tersenyum lebar memandangnya.


"Dah sedia ke?" tanya Mona pendek. Haura menghela nafas yang panjang sebelum berdiri. Kepalanya diangguk beberapa kali. Sempat Hanna menyuruh kakaknya itu tersenyum lebar sebelum keluar dari bilik.

Mona mengiringi Haura menuju ke pelamin mini yang telah terpasang di satu sudut rumahnya. Baju kebaya labuh berona biru muda yang dihiasi sulaman ringkas sangat cantik terletak ditubuhnya. Ditambah pula dengan solekan yang tipis menaikkan lagi seri wanita itu.

Hampir kesemua ahli keluarga Mikael sangat terkejut apabila Haura mula melangkah keluar. Wanita tersebut sangat dikenali oleh mereka.


"Mak....." ujar Datin Norlie tidak percaya sambil memandang ke arah ibunya. Puan Sri Normah yang pada mulanya amat terkejut mengukirkan sebuah senyuman yang sangat lebar. Dia kemudian membalas pandangan anaknya itu sambil menganggukkan kepalanya.

Bagai satu tamparan hebat buat Dazrin di saat dia melihat wanita yang sedang duduk di atas pelamin itu. Hatinya bagai berkecai buat kali kedua. Datin Noreen tertawa sinis melihat gerangan tunang Mikael. Dia melemparkan jelingan yang tajam kepada wanita itu.

Soraya yang sibuk melayan karenah anaknya tidak dapat melihat dengan jelas wajah Haura. Namun dia berasa pelik melihat reaksi yang diberikan oleh ibu serta abangnya. Hampir terkeluar biji mata Soraya di saat melihat Haura yang sedang tersenyum manis di atas pelamin. Dia sangat terkejut. Tangan Dazrin ditariknya laju.


"A-abang... Tu Haura kan? PA Abang Mika?" bisik Soraya perlahan. Dazrin mengangguk lemah. Riak wajahnya yang kecewa jelas terpancar.

Soraya menoleh ke arah Dazrin. Dia tahu abangnya itu ada menaruh hati pada Haura namun hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Dia sungguh tidak menyangka wanita itu menjalinkan hubungan dengan Mikael.

*****

"Sejak kebelakangan ni akak tengok kamu makin berseri-seri. Senyum pun lebar sampai ke telinga. Apa rahsianya? Kongsilah dengan akak." tegur Laila yang melihat Haura tersenyum sambil menilik cincin dijarinya.

Terperanjat dengan kehadiran Laila itu, Haura hampir terjatuh dari kerusi. Laila tertawa dengan telatah wanita itu. Haura kemudian dengan gembiranya menunjukkan cincin yang tersarung elok dijarinya kepada rakan sekerjanya itu.

Laila sungguh terkejut. Matanya terbuntang dan mulutnya ternganga melihat cincin emas bertatahkan berlian itu. Dia seolah-olah tidak percaya dengan berita tersebut berkali-kali bertanyakan soalan yang sama kepada Haura.


"Serius ke ni Haura?" tanya Laila yang cuba mengawal rasa terujanya. Haura tersenyum sambil kepalanya diangguk.

Laila menjerit perlahan. Tidak dapat mengawal perasaannya itu, dia terus berlari dapatkan Haura lalu dipeluk wanita itu erat. Dia benar-benar rasa gembira. Namun tiba-tiba sahaja wajahnya berubah. Dari senyuman yang semanis gula terus berubah menjadi masam mencuka.


"Sampai hati Haura tak bagitahu akak." ujar Laila pura-pura merajuk. Haura mula tidak tentu arah. Terbit rasa bersalah pada rakannya itu.


"B-bukan macam tu kak. Majlis memang last minit sangat. Saya sendiri pun tahu seminggu sebelum majlis. Memang tak semoat nak jemput orang. Yang datang semua sanak saudara yang dekat je." balas Haura. Sekali lagi Laila tertawa. Seronok dia dapat menyakat bakal pengantin itu. Haura mencebik setelah sedar dirinya telah dikenakan oleh Laila.


"Siapa bakal suami kamu tu? Taknak kenalkan dengan akak ke?" tanya Laila lagi berseloroh.


"Rahsia." balas Haura ringkas.


"Amboi dah pandai nak berahsia ye sekarang ni."

Jawapan dari Laila mengundang tawa besar Haura. Dia segera menekup mulutnya apabila tersedar yang dirinya bagai sudah hilang kawalan buat seketika. Geli hati dengan kelakuan Haura itu Laila turut sama tertawa.


"Ikat berapa lama? Bila nak kahwin?"

Haura pada mulanya menyangka sesi soal menyoal sudah pun berakhir. Namun sangkaannya meleset apabila dia terus di asak dengan pelbagai soalan. Teruja betul Laila dengan berita tersebut.


"Kami tak ada tetapkan tarikh. Tapi kalau boleh kami nak langsungka. secepat yang mungkin. Kalau tak ada apa-apa kekangan lah." balas Haura. Laila mengangguk.

Laila yang mengenali Haura dari hari pertama dia bekerja sangat sukakan perubahan dari wanita itu. Dia kelihatan sangat gembira. Mungkin salah satu sebabnya adalah Suri. Sejak Suri tidak lagi bekerja di Khazzan Group suasana di pejabat juga mula terasa nyaman.

Dua minggu sudah berlalu, Haura meneruskan tugasnya di pejabat seperti biasa. Dia sudah sepakat dengan Mikael untuk merahsiakan status hubungan mereka. Meskipun mereka telah mengikat tali pertunangan namun Haura tetap tidak mahu untuk kerap keluar berdua-duaan dengan lelaki itu jika bukan tiada urusan penting.

Knock! Knock!

Haura mengetuk pintu bilik Mikael kemudian melangkah masuk. Mikael yang sedang ralit membuat kerja tersenyum lebar apabila melihat wajah wanita yang dikasihinya itu.


"Pukul 3 nanti awak ada meeting dengan client tau." ujar Haura. Mikael menghela keluh panjang sambil bersandar pada kerusi.

Haura tersenyum nipis. Dia kemudian mendekati lelaki itu. Dipicit bahu Mikael lembut bagi menghilangkan sedikit rasa lelah tunangnya itu. Sejak kebelakangan ini Mikael terlalu sibuk dengan tugasnya. Ada ketika mereka tidak sempat untuk bertentang mata di pejabat. Hanya melepaskan rindu melalui panggilan telefon sahaja.

"Balik kerja nanti saya nak pergi mall kejap tau. Nak beli barang sikit. Lepas tu nak jumpa kawan sekejap." Haura memberitahu pula tentang perancangannya untuk keluar membeli-belah.

"Pergi dengan siapa? Mona ke?" tanya Mikael. Laju Haura menggelengkan kepala.


"Kak Rosie." balas Haura pendek.


"Sorry sebab tak dapat nak luangkan masa dengan kau. Busy yang amat." ujar Mikael perlahan. Haura sekadar tersenyum.

*****


"Ada apa yang beria sangat nak jumpa dengan I ni? You tahu I busy kan?" ujar Rissa setelah tiba di sebuah restoran, tempat pertemuannya dengan Suri.


"Kau kena tolong aku!" ujar Suri. Rissa yang berada di hadapannya berkerut.


"Kenapa I nak kena tolong you pula?"


"Aku dah tak boleh nak buat apa-apa lagi sekarang ni. Kau sendiri pun dah tahu yang aku dah tak kerja dekat situ." ujar Suri sedikit kasar.


"Kena buang atas kesalahan cubaan bunuh staff lain. You memang berani mati kan? I memang tabik spring la pada you." balas Rissa berbaur sindiran.


"Kau kena mulakan game kau. Kalau kau nak bantuan aku sedia untuk tolong kau. Yang penting kau kena hapuskan perempuan tu." arah Suri. Seolah-olah ada api yang membara di dalam matanya.


"Wait... Kenapa you benci sangat dengan perempuan tu? Apa yang dia dah buat pada you?"

Pertanyaan dari Rissa itu membuatkan Suri hilang kata buat seketika. Semuanya kerana taksub untuk memiliki Mikael. Dan yang terbaru, kerana Haura dia dipecat dari syarikat tersebut. Namun tidak mungkin Suri akan memberitahu Rissa tentang itu.


"Kau tak perlu banyak tanya. Buat kerja kau dah lah."


"Kalau you tak bagitahu I macam mana I nak percayakan you. Lagipun you dah ada rekod yang buruk. Kalau tak ada kepentingan, I taknak ambil risiko terlibat dalam rancangan you ni." balas Rissa.

Suri berdengus. Merasakan perbualannya dengan wanita itu hanya sia-sia Suri bingkas bangun. Tidak kuasa dirinya untuk habiskan masa pada benda yang tidak membuahkan hasil.


"Terpulanglah pada kau. Aku cuma nak pesan, masa yang kau ada dah tak banyak. Silap langkah memang kau akan hilang Mikael buat selama-lamanya. Kau buatlah pilihan kau sendiri." ujar Suri berbaur amaran sebelum meninggalkan Rissa sendirian.

Rissa terdiam. Dia seolah-olah mati kata. Fikirannya mula berkecamuk. Berbagai soalan mula berlegar-legar di kepalanya. Dia masih tidak boleh hadam maksud yang cuba disampaikan oleh Suri sebentar tadi.


"Aku akan kehilangan Mikael? Forever? Not again!" bentak hari Rissa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience