BAB 3

Drama Completed 919405

“Penat betul hari ni.” Keluh Mona sambil meregangkan badannya. Dia yang baru selesai membersihkan diri mencapai telefon di atas meja soleknya lalu membaca notifikasi yang muncul di skrin telefon bimbitnya itu.


“OMG! Episod baru dah keluar. Kena pergi standby jajan dulu ni.” Ucapnya teruja sambil berlari meluru ke dapur. Satu balang popcorn karamel yang dibuat sendiri oleh Haura serta segelas hot choclate dibawa keluar oleh wanita itu.

Kringgg! Kringgg!

Mona yang sedang ralit melayan drama Korea kegemarannya di Netflix keget dengan deringan telefon miliknya. Dia menghela keluh yang pendek.


“Ah, potong line betul la. Orang tengah syok layan drama ni.” Rungut Mona namun dahinya sedikit berkerut setelah melihat nama yang terpapar di skrin telefonnya.


“Aik, dah kenapa pulak call aku ni?” bisiknya perlahan sambil menjawab panggilan tersebut.

"Hello, ha kenapa call aku ni? Aku tengah layah drama ni." ujar Mona selamba.

"Mona..." Jawab Haura pendek sebelum melepaskan tangisannya di sebalik telefon. Balang Popcorn yang berada dipangkuan Mona segera diletakkan di atas meja.

"Haura kau okay ke tak ni? Haura? Hello?" Haura tidak bersuara.

"Ya Allah Haura please jangan bagi aku cuak macam ni" Mona mulai cemas.

Haura tidak menjawab pertanyaan Mona itu. Dia sudah tidak mampu untuk berkata-kata yang kedengaran hanyalah suara tangisannya sahaja.

Mona sedaya upaya cuba menenangkan Haura yang sedang menangis tersedu sedan. Hatinya menjadi tidak tentu arah. Untuk beberapa ketika Mona membiarkan sahabatnya itu menagis sepuas hatinya. Dia merasakan ada sesuatu yang telah menimpa diri wanita itu.

Usai menangis dan merasakan dirinya mulai kembali tenang, Haura meminta Mona datang mengambilnya di hotel kerana dia tidak berdaya untuk pulang sendirian. Panggilatan telefon segera dimatikan oleh Mona. Haura cuba menggagahkan dirinya untuk berdiri walakin kakinya terasa sungguh lemah dan longlai. Dia kemudian menghela nafas yang panjang sebelum mengesat sisa baki airmata dipipinya lalu mula melangkah keluar untuk menuju ke lobi.

Setibanya Mona di lobi hotel, dia terus berlari mendapatkan Haura yang sedang duduk di sofa lantas memeluknya dengan erat sekali. Sekali lagi tangisan Haura pecah. Berderai airmata mengalir dipipinya. Dia sungguh tidak kuat melawan perasaannya itu. Mona menggosok lembut belakang Haura dan memandang wajah sahabatnya yang kian merah serta matanya yang sudah mulai sembab.


"It's okay Haura aku ada dengan kau. Aku akan selalu ada untuk kau." Pujuk Mona sambil menyeka air mata yang mengalir dipipi Haura. Matanya juga turut berkaca melihat keadaan sahabatnya itu.

*****

"Thanks tau ambil aku tadi. Sorry jugak kalau aku menyusahkan kau malam-malam macam ni." Ucap Haura dengan suara yang sedikit serak akibat dari tangisannya tadi.

"Kau tak payah nak merepeklah. Kau okay tak ni? Sure ke kau tak nak stay dekat rumah aku dulu?" Tanya Mona minta kepastian selepas Haura menolak pelawaannya.

"Iye tak apa, aku okay je. Sekarang ni memang nampak lemau sikit tapi lepas mandi kejap lagi segar la ni." Balas Haura sambil tersenyum cuba sembunyikan perasaannya.

"Kalau kau perlukan apa-apa just whatsapp je aku nanti. Tak pun kau call je aku terus, lagi bagus." Pesan Mona lagi yang sangat risau akan sahabatnya itu. Wajah pucat lesu Haura menambahkan lagi kerisauannya. Bukan apa ini kali pertama dia tengok wanita dihadapannya itu menangis teruk sedemikian rupa. Tambah pula emosi Haura masih belum stabil dan dia juga masih lagi belum bersedia untuk bercakap tentang apa yang sudah terjadi antara dirinya dan Syahmi.

"Baik mem." Balas Haura sambil mengangkat tabik seakan-akan polis pada Mona sambil tersenyum.


"Bye take care." Haura sekadar mengangguk kemudian melambaikan tangannya.

Mona memandu perlahan dan perhatikan gerak geri Haura dari cermin sisi keretanya. Melihat wanita itu tertunduk lemah dia segera menekan brek keretanya. Tidak sampai hati untuk membiarkan Haura sendirian. Mona segera memarkir keretanya lalu pergi mendapatkan Haura.


"Bak sini kunci rumah kau." sapa Mona. Haura yang terkejut dengan kehadiran Mona menghentikan langkahnya seketika.


"Tiba-tiba perut aku sakit pulak. Risau pula kalau aku tak sempat singgah stesen minyak. So aku tumpang rumah kau dulu ek. Rasa macam hujung-hujung dah ni. Cepatlah!" ujar Mona laju sambil menghulurkan tangan.

Haura tahu sahabatnya itu sekadar mencipta alasan untuk menemaninya. Melihat gelagat Mona yang terlihat seperti kera kena belacan itu sedikit sebanyak menggeletek hatinya. Dia kemudian menghulurkan kunci rumah miliknya kepada Mona.

***

Seminggu sudah berlalu. Mona masih lagi menemani Haura dikediamannya kerana selepas kejadian tersebut Haura seolah-olah hilang arah dan bukan lagi seperti dirinya yang duhulu. Dia sudah kurang berbual serta bergaul dengan orang. Mona, sahabatnya itu juga sudah mula terasa janggal untuk berbual dengan Haura kerana sering dipalau.

Rutin harian Haura menjadi semakin simple. Bangun pagi pergi kerja, petang balik kerja terus berkurung dalam bilik. Adakalanya dia menonton televisyen bersama Mona tetapi refleks emosinya tidak selari dengan cerita yang tontonnya. Perkara itu sungguh membimbangkan Mona.

Mona mengambil keputusan untuk memaklumkan hal tersebut kepada kedua ibu bapa Haura walaupun Haura pernah meminta dia untuk merahsiakan perkara itu.


"Lama aunty tak nampak kamu. Mona apa khabar?" Sapa Puan Hafizah mesra sambil menuang air kopi ke dalam cawan lalu dihulurkan kepada Mona.
Mona menghirup perlahan air kopi sambil otaknya melayang memikirkan cara bagaimana untuk memberitahu wanita dihadapannya itu tentang kondisi Haura yang semakin membimbangkan.


"Kamu ada apa-apa yang nak bagitahu pada aunty ke? Dari tadi aunty tengok kamu ni gelisah semacam je." Puan Hafizah memulakan bicara.


"Pasal Haura aunty. Saya pun tak tahu macam mana nak explain pada aunty sekarang ni."


"Haura? Kenapa dengan dia Mona?" Puan Hafizah mengerutkan dahinya.


"Saya tak tahu apa yang sebenarnya dah jadi tapi yang saya tahu Haura dah putuskan pertunangannya dengan Syahmi." Balas Mona sambil menceritakan dengan panjang lebar apa yang sudah terjadi pada Haura. Puan Hafizah membuntangkan matanya.


"Hah? Putus tunang. Tapi kenapa?" tanya wanita itu dengan nada yang sedikit kuat. Mona sendiri tiada jawapan untuk pertanyaan itu. Dia sekadar menggelengkan kepalanya.


"Bila lagi semua ni berlaku."


"Lebih kurang seminggu macam tu. Saya minta maaf sebab lambat bagitahu aunty pasal ni." balas Mona bersalah.


"Seminggu? Kenapa baru sekarang kamu bagitahu aunty?" Kerana rasa bersalah yang makin menebal Mona tidak menjawab pertayaan dari wanita itu.

Kali ini Puan Hafizah sedikit kecewa dengan Mona yang sudah dianggapnya seperti anak sendiri kerana merahsiakan hal serius seperti ini dari pengetahuannya.

Keesokkan harinya, Puan Hafizah dan suaminya telah pergi ke rumah Haura. Luluh hati seorang ibu apabila melihat keadaan anaknya yang kelihatan semakin cengkung dan tidak bermaya itu. Personaliti Haura yang dulunya seorang yang ceria telah lenyap. Kini yang tinggal hanya seorang wanita yang hanyut dalam laut kesedihannya.

***

Dari hari bertukar minggu. Dari minggu bertukar bulan. Masih tiada perubahan yang positif berlaku pada Haura malah semakin merosot. Bermacam cara telah dicuba oleh Encik Zamzuri dan Puan Hafizah untuk memujuk anaknya itu namun sia-sia belaka. Haura masih mengurungkan diri di dalam biliknya. Hati ibu mana yang tidak remuk apabila melihat perubahan sikap anak sulungnya itu yang sungguh drastik. Air mata tidak putus mengalir dipipinya. Encik Zamzuri memeluk erat wanita itu sambil menenangkannya. Mona yang ada bersama disitu sekali sekala mengesat air mata yang sedari tadi membasahi dipipinya.

GEDEBUKKK.....

Tiba-tiba kedengaran bunyi seperti ada sesuatu yang jatuh datang dari bilik Haura. Mereka bertiga bergegas ke sana. Sejurus pintu bilik dibuka terdapat sekujur tubuh yang terbaring kaku dilantai. Cecair merah dilihat mengalir dari wajah Haura dek terkena kaca gelas yang terlepas genggaman tangannya. Perasaan cemas mula menyelubungi diri.


"Ya Allah! Haura!" Encik Zamzuri dan Puan Hafizah segera berlari mendapatkan anaknya itu. Mona hanya berdiri kaku di muka pintu sambil kedua belah tangannya ditekup dimulut, terkejut dengan apa yang sedang dilihatnya itu. Matanya yang hampir kering mulai basah kembali.


"Mona! Pergi call ambulan sekarang!" arah Encik Zamzuri. Mona dengan penuh panik segera berlari ke ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience