BAB 23

Drama Completed 919430

Dazrin menolak pintu bilik Mikael dengan kasar. Mikael yang sedang membelek fail di meja sekadar mengangkat wajahnya seketika. Keluh pendek terlepas keluar dari mulutnya. Dia kemudian menyambung semula menelaah dokumen yang ada di tangannya itu.


“Apa masalah kau sebenar ye?” soal Dazrin kasar.

Mikael pejamkan mata lalu menghela nafas pendek sebelum membalas pertanyaan yang diaju oleh Dazrin.


“Apa yang kau cakap ni?” balas Mikael. Tangannya berhenti menyelak helaian kertas.


“Aku tak buta tau, Mika. Dari awal lagi aku dah nampak yang kau memang tak suka kalau Haura kerja dekat sini. Kau ada masalah apa dengan dia?” Dazrin mula meninggikan suaranya. Mikael mengetap bibir.


“Kau tak payah nak mengarutlah.” Balas Mikael tenang sebelum menyambung membelek dokumen tadi. Dia malas untuk bertekak tentang perkara itu. Namun tidak bagi Dazrin.


“Perlu ke kau tengking dan malukan dia depan staff lain tadi? Kau tahu tak tindakan kau tadi sangat keterlaluan.” Kata-kata Dazrin itu telah menjentik hati Mikael. Dia mula rasa tercabar.


“Aku? Malukan dia? Bro, aku rasa kau dah salah orang ni.” Balas Mikael sedikit sinis. Dia kemudian menarik nafas yang dalam.


“Perempuan tu sendiri yang dah malukan diri dia tau. Dia tunjuk pada orang ramai sikap dia yang sebenar. Kau sendiri nampak keadaan Suri macam mana tadi. Lepas tu kau cakap aku dah malukan dia. Nonsense!” tambah Mikael lagi. Kali ni kedengaran sedikit tegas membela dirinya.


“Aku tak percaya! Aku kenal Haura dan aku tahu dia tak bersalah.” Balas Dazrin membela Haura.


“Tak bersalah kau cakap? Dazrin celik sikit mata kau tu. Dah terang-terang dia bertindak kasar pada pekerja aku. Dan aku sebagai bos tak boleh biarkan perkara ini macam tu je. Aku perlu bersikap adil.”


“Adil? Macam ni kau kata adil? Ada kau dengar penjelasan dari pihak Haura? Tak ada kan. Yang kau dengar cuma cerita rekaan dari staff kau tu. Lepas tu secara membabi buta kau terus jatuhkan hukum kau pada Haura. Macam ni ke sikap seorang bos yang adil kepada pekerjanya?” Bidas Dazrin sinis. Mikael hilang kata.


“Serius aku cakap, aku sangat kecewa dengan kau hari ni.” Suara Dazrin jelas menunjukkan betapa dia kecewa dengan sepupunya itu.


“Yang kau nak bela dia sangat tu kenapa? Apa hubungan kau dengan dia?” Mikael mula panas hati apabila tindakannya itu masih lagi dipertikaikan oleh Dazrin.


“Apa hubungan antara aku dengan Haura tak ada kena mengena dengan kau. Kau tak ada hak untuk ambil tahu.” Balas Dazrin tegas. Dia kemudian meninggalkan Mikael sendirian. Mikael menghempas fail di mejanya. Dia merasakan egonya telah tercabar.

*****

Jam di dinding menunjukkan pukul 10 malam. Haura dilihat sedang bersantai di depan tv sambil menonton rancangan kegemarannya. Tiba-tiba Mona menelefonnya.


“Hello Haura.” Sapa Mona disebalik telefon.


“Kau ni dah kenapa Mona? Malam-malam buta macam ni call aku. Orang dah nak tidur tau.” balas Haura pura-pura.


“Ala…. Kau dah nak tidur ke?”


“Yelah, dah nama pun malam, kan? Tak kan nak berjoget pula Mona oii.”


“Relax lah dulu, malam masih muda!” balas Mona diiringi ketawa. Haura tersengih.


“Ada apa kau call aku ni?” soal Haura tiba-tiba.


“Amboi...! Mentang-mentanglah dah kerja dekat syarikat besar dah tak sudi nak borak dengan aku ke?” balas Mona pura-pura merajuk.


“Alahai. Merajuk ke tu? Buruk bebenor bunyinya.” Sakat Haura.


“Macam mana kerja tempat baru? Okay? Bos gatal macam ex-bos kau dulu tak?” Mona menukar topik.

Dia sudah bersedia menadah telinganya untuk mendengar cerita Haura. Senyuman manis yang terukir dibibir Haura sebentar tadi perlahan-lahan bertukar menjadi kelat.

“Hmm… bolehlah.” Balas Haura pendek. Mona masih menanti dengan penuh minat. Namun tiada kata yang keluar dari bibir Haura.


“Wow! Cukup ringkas dan padat.” Perli Mona. Tawa Haura pecah mendengar jawapan dari sahabatnya itu.


“Setakat ni semua masih okay, tak ada apa-apa masalah pun. Cuma…”


“Ha! Cuma apa?” Mona pantas memotong.


“Ishh kau ni! Tunggu la aku habis cerita dulu. Tak menyabar betul.” Marah Haura manja. Kalau bab-bab gosip ni Mona memang over sikit.


“Alahhh! Dah-dah la membebel tu. Cepatlah sambung.” Balas Mona. Dia dah tak sabar untuk tahu cerita selanjutnya.


“Ada sorang staff dekat sana macam anti betul dengan aku. Dari mula-mula aku masuk kerja lagi dia dah pandang aku semacam.” Haura mengadu pada Mona.

Haura turut memberitahu tentang kejadian yang telah terjadi di pejabatnya siang tadi. Macam mana dia telah bertindak kasar pada Suri sehingga dia dimarahi oleh Mikael. Tanpa tertinggal satu poin pun Haura mengadu pada Mona. Mona yang sama spesis dengan Haura, jenis cepat panas hati telah membebel panjang.


“Kalau aku jumpa budak tu depan-depan, naya dia weh. Memang masak dia aku kerjakan.” balas Mona geram. Jari jemarinya digenggam kuat. Haura ketawa kecil.


“Tapi kan Mona, aku syak si Suri tu ada hati la dengan Mikael. Mana tak nya, bila mamat tu ada je dia terus menggeletis. Kalah cacing kerawit.” Haura cuba meneka. Mona mengerutkan dahi, berfikir.


“Yeke? Mikael pulak macam mana?”

“Mamat tu pulak spesis jantan tak guna. Memang sesuai sangat la kalau berpasangan dengan Suri tu. Dua-dua perangai sama je, memang minta kaki betul.”


“Uih.. garangnya. Aku tahu la kau tu bekas atlet taekwondo tapi jangan la serius sangat. Takut titew tau.” Mona menyakat Haura.


“Mana aku tak geram Mona, tiba-tiba je dia tengking aku depan staff lain tanpa usul periksa. Bulat-bulat dia percaya apa yang Suri tu bagitahu dia. Staff lain semua nampak kot apa yang perempuan tu dah buat. Sikit pun dia tak ada nak tanya aku. Yang dia tahu marah, tengking. Menyampah betul!” kritik Haura lagi panjang lebar. Mona mendengar dengan penuh minat.


“Hahahahaha. Jantan tak guna rupanya patutlah kau marah sangat. Anti betul kau dengan jantan spesis tu sekarang ni.” Mona tak dapat sembunyikan tawanya.


“Bukan sekarang je, memang dari dulu lagi aku dah anti dengan orang spesis tu.” Balas Haura.

Terasa ringan sedikit rasa sesak di dada Haura selepas meluahkan segalanya kepada Mona. Dia berharap hari-hari yang mendatang dia dapat mengawal dirinya dari bertindak terburu-buru dan cuba mengelak dari perkara yang membabitkan Suri secara langsung ataupun tidak langsung.

*****

Tiba di pejabat, Haura berjalan untuk ke meja kerjanya. Dia menyapa mesra pekerja yang lain seperti kebiasaannya. Namun reaksi mereka kali ini sangat membingungkan Haura. Dia dapat merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Banyak mata yang sedang memandang ke arahnya. Ada antara mereka yang berbisik sesama sendiri. Haura cuba mengabaikan perkara itu kemudian berlalu pergi.


“Apasal semua orang hari ni? Lain macam je.” Soal Haura sendirian sambil melabuhkan punggung ke kerusi. Dia kemudian mengeluarkan buku nota lalu diletakkan di atas meja.

“Tak kan pasal semalam kot. Aku gaduh dengan Suri sorang je tapi dah kenapa satu office pandang aku macam tu? Semua dah join team Suri ke?” Haura masih tertanya-tanya. Dia memerah mindanya memikirkan punca.

Beberapa ketika kemudian Puan Sri Normah tiba di pejabat. Haura segera mengekori wanita itu masuk ke biliknya. Seperti biasa Haura memberitahu Puan Sri Normah jadual sehariannya untuk hari tersebut. Wanita itu merenung wajah Haura yang sedang khusyuk membaca nota yang tercatat di buku.

Seperti ada sesuatu yang sedang bermain difikiran Puan Sri Normah. Namun dia tiada daya untuk mengungkapkan perkara tersebut kepada Haura. Usai menerima beberapa arahan dari bosnya itu, Haura kembali semula ke mejanya. Laila kemudian datang menghampiri Haura.


“Haura okay?” tanya Laila teragak-agak. Haura mengerutkan dahi.


“Okay. Kenapa kak?” tiba-tiba Haura rasa pelik dengan soalan dari Laila itu.


“Eh tak ada apa pun. Yelah semalam kan…”

“Oh. Saya okay je. Akak tak payah risaulah.” Balas Haura sambil tersenyum. Laila membalas senyuman itu namun sedikit kelat.

“Dia mesti tak tahu lagi pasal gosip yang sedang berlegar dekat pejabat sekarang ni. Macam mana aku nak jelaskan pada dia ni?” bisik hati Laila. Dia kelihatan sedikit gelisah dan serba salah.

“Akak okay ke ni? Saya tengok gelisah semacam je.” soal Haura setelah melihat tingkah laku Laila yang sedikit mencurigakan.

Laila terdiam. Segala tindak tanduknya dapat dihidu oleh Haura. Otaknya seperti tidak berfungsi untuk seketika.


“Rasanya perut akak ni dah masuk angin kot. Pagi tadi akak tak sempat nak sarapan.” balas Laila. Dia kemudian mengerutkan sedikit mukanya seperti sedang menahan sakit. Entah kenapa alasan ini yang terkeluar dari mulutnya.

Haura segera bangkit dari tempat duduknya lalu memberikan kepada Laila. Dia kemudian mengajak Laila untuk ke pantry. Pada awalnya Laila menolak namun setelah dipujuk serta diberi ceramah percuma oleh Haura akhirnya Laila akur.

Sepanjang berjalan menuju ke pantry, mulut Haura tidak berhenti dari berkata-kata. Tak kering idea di dalam kepalanya itu. Namun tiba-tiba langkah Haura terhenti. Wajahnya terus masam mencuka. Padahal beberapa saat tadi bukan main riang lagi dia berbual dengan Laila.

Mata Haura tertumpa kepada seorang jejaka yang sedang tercegat tidak jauh dari tempatnya berdiri. Laila melirik mengikut pandangan mata Haura. Ternyata lelaki tersebut adalah Mikael. Laila menelan air liurnya. Matanya silih berganti memandang Haura dan Mikael yang seolah-olah sedang ‘berperang’. Belum sempat untuk Laila membuka mulut, Haura telah menarik tangannya.


“Jom kak.” tutur Haura sambil menarik tangan Laila lalu pergi dari situ. Tiada senyuman yang terukir dibibirnya. Mikael melepaskan keluh sebelum membuka langkah menuju ke bilik Azrael.

Di pantry Haura menyuruh Laila untuk duduk sahaja di kerusi. Biar dia yang pergi menyediakan sarapan.


“Akak nak teh ke kopi?” tanya Haura.


“Teh. Kurang manis ye. Akak tak minum kopi.” balas Laila lembut. Haura mengangguk faham.

Haura telah membancuh dua cawan air. Satu cawan air teh untuk Laila dan satu cawan lagi air kopi instant untuk dirinya. Setelah siap dia meletakkannya di dalam dulang. Dia kemudian mengambil piring kecil lalu mengisi beberapa jenis kuih muih yang ada di pantry tersebut.


“Nah! Ni untuk akak. Hati-hati panas tu.” tutur Haura sambal tangannya menghulur secawan air teh kepada Laila.


“Terima kasih.” balas Laila. Dia meniup air tersebut beberapa kali sebelum menghirupnya perlahan.

Sepanjang mereka berada di pantry, beberapa kali Laila cuba untuk memberitahu Haura tentang gosip yang kian tersebar itu. Tetapi dia tidak tahu dari mana untuk dia mula. Sehinggalah peluang tersebut hilang begitu sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience