BAB 18

Drama Completed 919171

Haura menghentikan keretanya seketika dipinggir jalan. Dia merenung ke arah bangunan korporat yang berdiri teguh di hadapannya. Dia kemudian membaca papan tanda yang tersergam indah di dinding utama bangunan yang tertulis perkataan KHAZZAN.

Ye betul, Haura telah membuat keputusan untuk menerima tawaran yang telah diberi oleh Puan Sri Normah tempoh hari. Setelah berkali-kali dipujuk oleh Mona akhirnya dia akur. Haura kemudian menekan pedal minyak keretanya lalu bergerak masuk ke ruangan parkir kereta.


“Betul ke apa yang aku buat ni. Tapi kenapa aku rasa macam tak sedap hati pulak. Macam mana kalau aku terserempak dengan mamat sombong tu lagi. Tak ke malang nasib aku nanti.” Tutur Haura sedikit gelisah. Dia yang masih berada di dalam kereta dilihat sedang menilik wajahnya di cermin.


“Nak tak nak kau memang kena pergi jugak Haura sebab kau dah janji dengan Puan Sri. Takkan kau nak hampakan dia pulak.” Haura cuba memujuk dirinya.


“Ah lantaklah! Aku nak jumpa Puan Sri bukan dengan mamat tu.” Tutur Haura sambil menukar kasut sneakers yang dipakainya kepada kasut bertumit tinggi. Dia kemudian mencapai segala fail yang perlu dibawanya di tempat duduk penumpang.

Haura menghela nafas panjang lalu keluar dari keretanya. Dia berdiri di sisi kereta melihat pantulannya di cermin. Haura kemudian merapikan pakaian serta rambutnya supaya penampilannya tampak lebih kemas. Entah apa yang dikhayalkannya ketika itu sehingga menyebabkan fail yang berada ditangannya terjatuh ke lantai.


“Haish..! Pagi-pagi lagi dah buat hal.” Keluh Haura sambil mencangkung mengutip failnya yang jatuh sebentar tadi.

Tanpa memandang ke kiri, kanan, depan dan belakang, Haura segera bangun lalu pusing ke belakang dan terus membuka langkah. Baru dua tiga tapak dia melangkah dia telah melanggar Mikael yang baru sahaja di situ.

Bum! Gedebuk…!

Akibat dari pelanggaran itu, fail yang baru sahaja dikutipnya sekali lagi telah terjatuh ke lantai tetapi kali ini dapat sekali dengan pakej baru. Iced americano yang dipegang oleh Mikael telah tertumpah lalu terkena pakaian serta kasut mereka berdua.


“Ops.. sorry encik saya tak sengaja.” Tanpa memandang wajah orang yang dilanggarnya, Haura lekas mengeluarkan tisu dari beg tangannya lalu dihulurkan kepada lelaki tersebut.


“Awak?” Terbeliak biji mata Haura apabila melihat Mikael sedang berdiri di depannya.


“Kau lagi. Dah tak ada perempuan lain ke yang nak langgar aku?” Keluh Mikael sebelum tangannya menyentap kasar tisu yang ada di tangan Haura.


“Sorry sangat saya tak sengaja. Saya tak tahu pun yang awak ada dekat belakang.”


“Kau ni kalau berjalan memang tak reti nak tengok depan ke? Memang pesen jalan mendongak ke langit eh?” marah Mikael. Nada suaranya agak tinggi sehingga bergema di sekitar tapak parkir kereta.


“Saya kan dah cakap saya tak sengaja. Saya minta maaf.” Balas Haura sambil mengetap bibirnya yang mungil itu menahan marah.


“Kalau dah tahu mata tu tak nampak, pasang la telinga tu betul-betul. Biar peka sikit dengan keadaan sekeliling. Ni tak, main sondol je orang.” Tambah Mikael lagi tanpa rasa bersalah.


“Tak ada dengar bunyi tapak kaki pun tadi sebab tu saya ingat tak ada orang.” Balas Haura cuba membela diri.


“Kau ingat aku ni berjalan macam kau. Tiga batu dah boleh dengar bunyi tapak kaki kau tu.” Balas Mikael sinis.

Haura pada awalnya tak ingin ‘berperang’ dengan Mikael kerana khawatir akan merosakkan moodnya pada pagi itu. Namun setelah ‘diserang’ berkali-kali oleh lelaki angkuh tersebut dia sudah mula naik angin.

Tahap kesabarannya pada pagi itu sudah mencapai tahap yang maksimum. Sungguh panas hatinya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Mikael itu.


“Amboi..! Sedapnya mulut mengata orang. Hello encik, kalau awak tu jalan tengok depan mesti awak dapat mengelak dari terlanggar saya tadi, kan?” dengan lantang Haura membidas kata-kata Mikael.

Mikael hanya pekakkan telinga. Dia sibuk mengelap kesan tumpahan iced americano pada bajunya.


“Kerja nak cari salah orang je, diri sendiri tak nak tilik pulak.” Marah Haura.


“Dahlah malas aku nak layan orang macam kau ni. Pagi-pagi lagi dah spoil kan mood orang. Nah! Kau ambil benda ni lepas tu tolong buang. Aku dah hilang selera.” Balas Mikael sambil kan dengan kasar gelas air kopi ditangannya bersama tisu yang basah kepada Haura kemudian berlalu pergi.

Serangan dari Mikael itu tidak dapat ditepis oleh Haura. Ternganga mulut Haura kerana dia sungguh tidak menjangkakan hal tersebut.


“Ha! Jalan tu hati-hati. Jangan lupa pandang depan nanti terlanggar tembok pulak. Tak pasal-pasal tembok tu pulak yang kena marah nanti.” Laung Haura. Suaranya bergema disegenap ruangan parkir.


“Ya Allah! Sakitnya hati aku dengan perangai kerek mamat ni. Mulut tak ada insuran langsung, kalah makcik bawang. Dia fikir mood dia je yang spoil, lepas tu mood aku ni tak reti nak fikir pulak! Ikutkan hati nak aje aku libas muka angkuh dia tu dengan fail ni.”


“Dah buat salah tak reti nak minta maaf. Berat sangat nak buka mulut tu, ada emas agaknya. Tak pasal-pasal basah baju aku. Apa ke malang sangat nasib aku pagi ni.” Bebel Haura kasar. Marah sungguh dia kepada lelaki itu.

Dia kemudian melihat jam ada ada di tangannya. Ternyata dia sudah terlewat. Dengan terburu-buru Haura segera berlari masuk ke dalam bangunan tersebut.

Mata Haura liar mencari papan tanda ‘tandas’. Sebelum bertemu mata dengan Puan Sri Normah dia ingin membersihkan dirinya terlebih dahulu. Haura kemudian menahan salah seorang pekerja yang lalu lalang di situ.


“Maaf cik. Nak tanya tandas ada dekat mana ye?” tanya Haura sedikit terburu-buru.

Selepas pertanyaannya dijawab oleh pekerja tersebut Haura segera memecut. Tiba di tandas dia menuang sisa baki iced americano ke dalam sinki. Kemudian dia menghempas kuat gelas tersebut ke dalam tong sampah yang ada di situ.


“Dah la berlagak, sombong pulak tu. Mentang-mentang la dia tu anak orang kaya sesuka hati je nak buli orang.” Bebel Haura sendirian sambil tangannya mencuci kotoran yang terdapat pada pakaiannya.

*****

Knock..! Knock..! Knock..!

Laila, salah seorang pekerjanya telah membuka pintu bilik Puan Sri Normah. Dia memaklumkan bahawa Haura sudah pun sampai. Air muka Puan Sri Normah yang agak serius berubah menjadi ceria. Sememangnya dia sedang menantikan kedatangan Haura. Puan Sri Normah kemudian mengarahkan Laila untuk membawa Haura masuk ke biliknya.

Dengan berhati-hati Haura melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Puan Sri Normah. Haura terkesima dengan rekaan dalaman yang terdapat dalam bilik pemilik syarikat Khazzan Group. Pandangannya kemudian beralih kepada wanita yang sedang duduk di meja utama. Dia melihat plak nama di meja tersebut yang tertera nama Puan Sri Normah.


“Assalamualaikum Puan Sri. Selamat pagi.” Sapa Haura sopan.


“Waalaikumussalam. Eh! Kenapa dengan baju kamu tu Haura?” tanya wanita itu setelah melihat ada tompokan yang berwarna coklat pada baju Haura. Bau kopi yang agak kuat turut memenuhi ruangan bilik.


“Entah mamat berlagak mana tadi, dah la langgar orang lepas tu tak reti nak minta maaf.” Gumam Haura sendirian.


“Kamu cakap apa tu?” soal Puan Sri Normah kebingungan. Dia melihat mulut Haura terkumat kamit namun tidak jelas di telinganya.


“Tak ada apa pun Puan Sri. Masa nak datang sini tadi Haura terlanggar orang lepas tu tertumpahkan air kopi. Nasib baik air sejuk kalau air panas tak tahu la macam mana.” Balas Haura sambil tersenyum.


“Haura minta maaf sangat sebab terpaksa jumpa Puan Sri dengan keaadaan macam ni.”


“Tak apa, benda dah nak jadi nak buat macam mana, kan? Eh! Yang kamu tercegat dekat situ lagi buat apa mari duduk dekat sini.” Puan Sri Normah pelawa Haura untuk duduk di sofa.

Haura sekadar mengangguk faham lalu mengambil tempat di sofa empuk tersebut.

*****

Mikael berjalan laju menuju ke biliknya. Dari wajahnya sudah boleh agak moodnya tidak baik pada pagi itu. Suri, pembantunya melihat akan perkara tersebut lalu mengekorinya.


“Encik Mikael tak apa-apa ke? Apa yang dah terjadi?” tanya Suri. Jarinya diletakkan dihidung kerana bau kopi yang agak kuat.


“Tolong panggil Dazrin masuk bilik saya sekarang.” Arah Mikael sebelum dia masuk ke dalam bilik. Suri mengangguk faham.

Beberapa ketika kemudian Dazrin tiba di bilik Mikael. Ketika dia melangkah masuk ke bilik tersebut bau kopi segera singgah dihidungnya.


“Mak aih! Kuatnya bau kopi. Kau mandi dengan kopi ke pagi ni?” Dazrin berseloroh.

Mikael yang sedang menggantungkan blazer pada kayu penyangkut memalingkan tubuhnya. Air mukanya serius.


“Kenapa kau panggil aku pagi-pagi buta ni?” soal Dazrin. Matanya tertumpu pada tompokan yang ada pada baju Mikael.


“Kejap lagi aku ada site meeting dengan client. Kau tolong gantikan tempat aku eh.” Balas Mikael.


“Whoa! Kenapa tiba-tiba pulak aku nak kena ganti tempat kau ni?”


“Sebab ni.” Balas Mikael sambil jarinya dihala ke bajunya yang kotor dan berbau.


"Tak kan kau nak aku pergi jumpa dengan client dengan keadaan macam ni, kan. Kalau aku balik tukar baju pun dah tak sempat, confirm lambat punya. So jalan terbaik adalah kau ganti tempat aku.” Tambah Mikael lagi. Dazrin berfikir panjang.


“Pasal client tu kau jangan risau nanti aku sendiri akan inform dia. Lagipun kau pernah deal dengan dia sebelum ni.”


“Hurm… yelah. Nasib baik jadual aku kosong hari ni. Jangan ingat aku tolong kau ni kosong je tau.” Dazrin bersetuju menggantikan tempat Mikael.


“Iye aku tahu, macam biasa kan? By the way, thanks bro.” balas Mikael sambil tersenyum.

Dazrin kemudian meminta izin untuk pulang ke biliknya. Suri melangkah masuk dengan membawa buku serta pen ditangannya. Seperti biasa setiap pagi dia akan memaklumkan kepada Mikael tentang jadualnya sepanjang hari ini.


“Sekejap lagi encik ada meeting dengan…” Belum sempat Suri menghabiskan ayatnya Mikael segera memintas.


“Meeting dengan Encik Latif Dazrin yang akan ambil alih. Selain dari itu ada lagi appointment penting?”


“Setakat ni belum ada lagi encik.”


“Okay, thanks Suri.” balas Mikael ringkas. Suri kemudian melangkah keluar dari bilik tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience