BAB 13

Drama Completed 919326

Mikael kelihatan tergesa-gesa setelah melihat jam di tangannya. Terngiang-ngiang di mindanya pesanan ringkas yang dihantar oleh Luqman beberapa jam yang lepas.

“Mika malam ni pukul 9 malam jumpa di restoran. Make sure pakai baju warna putih senang untuk girlfriend kau tu cari.” – Luqman

Usai membaca mesej tersebut Mikael dengan pantas terus menelefon Luqman. Namun Luqman tidak menjawab panggilan tersebut. Beberapa kali Mikael mencuba nasib akhirnya ada jawapan daripada Luqman.


“Man, kenapa pulak aku kena jumpa dia malam ni? Bukan ke hari tu kau cakap tunggu aku balik KL nanti?”


“Aku dah tukar plan sebab kebetulan perempuan tu sekarang pun tengah bercuti dekat sana jugak. Alang-alang tu korang jumpa terus la.”

“Aku mana ready lagi Man. Lagipun sebelum ni kau yang uruskan semuanya.”


“Takde-takde, kau yang nak sangat cari girlfriend kan, so kau deal la sendiri dengan dia. Tugas aku untuk carikan calon untuk kau dah selesai.”


“Kau biar betul. Berapa jam je lagi ni. Aku mana biasa buat kerja macam ni.”


“Aku dah tak nak dengar sebarang alasan yang keluar dari mulut kau tu. Sekarang ni aku nak kau bersiap cepat. Pukul 9 malam nanti ‘date’ kau. Jangan lambat pulak.”

Belum sempat Mikael membalas, Luqman sudah pun mematikan panggilan tersebut. Tanpa berfikir panjang Mikael terus mencapai tuala yang tersangkut pada dinding lalu meluru ke bilik mandi.

Jam sudah menjengah pukul 8.25 malam. Mikael mengenakan sepasang jeans berona kelabu tua dan dipadankan dengan kemeja putih berlengan panjang.


“Amboi bukan main wangi lagi, dari jauh dah boleh bau. Nak pergi dating ke?” soal Dazrin yang datang menyapa saat Mikael baru sahaja keluar dari kamarnya.


“Nak jumpa kawan kejap. Kebetulan dia ada dekat sini.” Jawab Mikael teragak-agak.


“Yeke? Nenek baru minta aku ajak kau untuk dinner sekali. Tapi takpe lah nanti aku bagitahu nenek.” Dazrin memaklumkan tujuannya berjumpa Mikael.

“Thanks bro kau memang penyelamat aku kali ni. Aku dah lambat ni, gerak dulu.” Ujar Mikael tergesa-gesa.

Tiba di restoran Mikael telah mengambil tempat duduk yang sedikit terlindung. Jam di tangannya sudah hampir pukul 9 malam. Batang hidung wanita tersebut masih lagi tidak kelihatan. Untuk membunuh rasa gemuruhnya itu Mikael menyibukkan dirinya dengan membaca dokumen kerjanya.


“Hai, sorry ganggu. Encik Luth ke?” tiba-tiba seorang wanita menyapa Mikael dari arah belakang.

Dengan tergopoh gapah Mikael menutup Ipad dan bingkas bangun. Dia melihat sosok wanita yang menggayakan skirt midi satin dan sweater berona cream di depannya itu. Namun matanya nanap menatap wajah wanita itu. Mikael tidak menyangka wanita tersebut adalah orang yang sama telah membedalnya ketika insiden ragut tempoh hari.

Suasana di restoran itu yang pada awalnya sungguh manis dan romantik telah pun mati dan bertukar dinigin dek perang mata yang tercetus antara Mikael dan Haura. Masing-masing mengunci peti suara mereka. Haura yang duduk bertentangan dengan Mikael hanya sekadar duduk sambil tangannya menguis gelas di hadapannya. Sesekali matanya menjeling ke arah Mikael yang dilihat seperti sedang memikirkan sesuatu.


“Ehem.. So macam mana kau setuju tak?” Mikael bertanya, mengusir kejanggalan yang berlegar di sekitar mereka. Haura mengerutkan dahinya.


“Eh eh, tak ada angin tak ada rebut tiba-tiba dah tanya setuju atau tak? Setuju apa benda pulak ni?” Haura membalas dengan rasa hairan.


“Eh kejap… Luqman tak ada inform or explain apa-apa ke pada kau?”


“Luqman mana pulak ni? Ishhh.. Mona ni pun satu la, tak pernah nak bagitahu betul-betul. Aku pun satu, gatal sangat nak terima “job” ni kan. Padan muka!” Gumam hati Haura menahan geram.


“Sebenarnya saya bukanlah perempuan yang awak nanti-nantikan itu. Saya cuma pengganti je. Kawan saya yang merayu-raya suruh saya datang malam ni. Tapi dia tak ada pulak bagitahu apa-apa. Dia cuma minta saya datang sini untuk gantikan tempat dia sebab dia tak sihat. Itu je.”Haura akhirnya berterus terang dengan Mikael tujuan dia hadir pada malam itu.

Mikael sangat terkejut dengan penjelasan Haura itu. Dia menyangkakan wanita itu datang kerana telah bersetuju untuk menjadi “teman wanitanya”. Mikael mula mencari akal untuk memberitahu Haura mengapa pertemuan ini diadakan. Dia sedikit teragak-agak untuk menyampaikan hajatnya itu kerana wanita itu adalah Haura.

Mikael dapat bayangkan kejadian yang sama akan berlaku sekali lagi jika dia tersalah bicara. Namun kerana situasi yang agak mendesak, dia mula menyusun ayat dan menerangkan semula satu per satu rancangannya kepada Haura.

Mata Haura terbeliak mendengar bait-bait ayat yang keluar dari mulut Mikael. Dia yang tidak biasa dengan perkara yang sedemikian sangat terkejut. Dia tidak menyangka betapa advance teknologi zaman sekarang ni kerana girlfriend pun sudah boleh disewa online. Namun Haura agak berat hati untuk melakukan perkara tersebut kerana dia tidaklah sama seperti Mona yang mudah mesra dengan mana-mana lelaki.


“Aku akan bayar kau RM1500 per date. Itu pun kalau kau setuju.” Tambah Mikael lagi.


“Mak aih! Boleh pergi haji balik hari ni kalau buat sebagai kerja tetap.” Balas Haura sarkastik.

Dia sememangnya tidak menyangka bayaran untuk melakonkan 'watak ni' sangat mahal. Patutlah ada orang yang sanggup membuat kerja yang sebegini, termasuk lah Mona. Berkali-kali terbayang di minda, dia menghempuk sahabatnya itu sepuas hati. Betapa geram dia dengan sikap Mona yang seolah-olah merendahkan martabatnya sebagai seorang wanita sehingga sanggup membiarkan dirinya untuk di sewa oleh sesiapa sahaja.


“So macam mana?” tanya Mikael untuk kepastian.


“Eiiii… Aku tak faham sungguh dengan mamat ni, begini punya hensem tapi still nak kena upah orang juga untuk jadi girlfriend dia. Dah tak laku sangat ke?” bisik hati Haura.


“Kelakar betul harap muka je macam playboy. Tapi kalau tengok dari perangai dia ni memang susah perempuan nak lekat.” Haura tertawa kecil. Tanpa sedar dia telah menyuarakan isi hatinya itu secara lisan.


“Kau cakap apa? Playboy?” Mikael yang mendengar Haura seperti sedang berkata sesuatu menyoalnya dengan nada geram. Haura baru tersedar bahawa kata-katanya itu telah di dengari oleh Mikael.


“Eh, dengar ke? Opsss sorry.” Balas Haura dengan nada yang sangat menjengkelkan sambil meletakkan tangannya ke mulut.


“Ada juga yang kena siram dengan air kejap lagi.” Hati Mikael sudah mula panas dengan sikap Haura yang seperti sedang mempermainkannya.


“Nak siram dengan air apa? Jus oren ke air kosong je.” Balas Haura kembali. Dia kemudian menjeling tajam ke arah Mikael.


“Cepatlah, sekarang ni kau setuju ke tak?” desak Mikael. Dia tahu tiada guna jika dia bertikam lidah dengan wanita itu.


“Erm.. jap nak fikir dulu.” Sungguh mengada-ngada Haura membalas sambil meletakkan tangan di dagu ala-ala detektif berfikir. Sesekali dia menyedut jus oren di depannya yang sudah tinggal separuh.. Matanya dikerling ke arah Mikael. Memang sengaja dia mencurah minyak ke dalam api amarah Mikael dengan kelakuan dan tingkah lakunya itu.


“Kau jangan nak buang masa aku, boleh tak? Aku boleh cari orang lain la kalau kau tak nak.”


“Haa cantik! Kalau macam tu awak pergilah cari ‘orang lain’ tu. Saya rasa dia lebih layak untuk jadi “teman wanita” awak dan saya pun sebenarnya tak berminat la dengan tawaran awak ni. Sorry!” balas Haura selepas meletakkan semula gelas ke atas meja.

Haura kemudiannya bingkas bangun dan meminta izin untuk beransur pulang lalu meninggalkan Mikael dalam keadaan terpinga-pinga. Mikael sungguh berang dan menganggap Haura adalah seorang wanita yang tidak berhati perut dan pentingkan diri sendiri.

Haura melangkah laju keluar dari restoren. Perasaannya bercampur-baur antara marah dan geram. Mona memang betul-betul cari pasal dengannya kali ini. Dia juga cukup geram dengan sikap orang seperti Mikael yang menganggap dapat membelinya dengan wang ringgit.

Pintu bilik diketuk sekuat hatinya. Mona yang sedang terbaring di katil tersentak dengan ketukan itu. Dia bangkit dari katil lalu mula memulas tombol pintu. Di sebalik pintu tersebut dia melihat Haura sedang berdiri tegak dengan api kemarahan yang jelas membara dari matanya.


“Eh kau dah balik Haura? Belum masuk pukul 10 lagi.” Mona buat-buat bertanya. Namun Haura tidak menjawab sepatah kata pun. Haura terus ke meja solek untuk membersihkan mekap yang ada diwajahnya.

Melihat respon sahabatnya itu Mona yakin Haura telah tahu tentang dirinya yang bersetuju untuk berlakon menjadi teman wanita upahan. Mona cuba menjelaskan semuanya tetapi Haura mengelakkan diri dari Mona.

*****

Mikael berjalan mengambil udara malam di tepi pantai untuk menenangkan dirinya yang baru sahaja di ‘reject’ mentah-mentah oleh Haura.


“Geram betul aku dengan perempuan tu. Nak je aku cili mulut dia tu. Selfish!” Marah Mikael sambil membaling seketul batu kecil ke laut. Mulutnya tidak berhenti membebel panjang.

Mikael kemudian melihat jam di tangannya yang sudah menunjukkan pukul 11.11 malam. Matanya mula melilau di sekitar pantai seperti sedang mencari sesuatu. Perlahan-lahan Mikael mengatur langkahnya.

Langkahnya mula terhenti apabila dia terlihat seorang wanita yang sedang berdiri sendirian di tepi pantai. Di dalam kesamaran cahaya bulan, senyuman terukir di bibir Mikael saat dia melihat wanita itu dari jauh. Sepanjang tiga hari Mikael berada di sini, setiap malam dia akan melihat wanita itu di persisiran pantai meskipun dia tidak pernah nampak dengan jelas wajah wanita tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience