73

Romance Completed 51694

"Sorry sayang. Papa tak boleh jumpa Maryam lagi. Papa kena kuarantin diri dulu sebab papa baru balik. Nanti lepas 2 minggu papa jumpa Maryam ye" Ucap Ammar semasa dia membuat panggilan video kepada Maryam.

Walaupun semasa ke Shanghai tempoh hari wabak Corona Virus hanya aktif di Wuhan, Ammar tetap mahu mengambil langkah berjaga-jaga. Kedengaran Ammar yang kerap kali batuk. Penyakit asma nya seolah datang kembali.

"Abang dah pergi klinik belum?" Soal Julia, risau.

"Abang okey je ni. Abang rasa sebab sana sejuk sangat. Itu yang sampai ke balik pun batuk. Semput pun ye. Abang dah ada inhaler dah. Ju, risau ke?" Tanya Ammar.

"Risau lah juga. Abang kan dah lama tak asma. Batuk-batuk macam ni, jangan lupa sapu minyak panas, pakai stokin, tidur jangan buka aircond" Pesan Julia.

"Ju concern dengan abang macam ni, abang suka. Hari-hari sakit pun tak apa" Canda Ammar.

"Abang ni, ada ke cakap macam tu. Abang patutnya lagi fikir pasal nak sihat. Abang kan nak bawa Maryam jalan-jalan. Nak agah-agah Maryam. Kena lah cepat sihat" Balas Julia geram.

"Ju, terima kasih sebab risaukan abang. Abang rindu sangat dekat Ju. Kita mula semula keluarga kecil kita, nak?" Tanya Ammar, mencuba nasib.

"Saja je mencuba nasib eh?" Tanya Julia. Ammar tergelak kemudian terbatuk kembali.

"Ha ah, mana tahu tiba-tiba Ju mengigau cakap yes, tak boleh tarik balik dah. Haha" Balas Ammar.

"Banyak lah mencuba nasib. Hmmm, teruk sangat dah batuk tu" Komen Julia.

"Itulah. Abang nak makan ubat batuk dulu, lepas tu nak tidur terus. Harap cepat baik batuk ni. Boleh tahan sakit dada bila batuk banyak kali" Ucap Ammar.

"Okeylah kalau macam tu. Ada apa-apa beritahulah"

"Okey. Ju pun. Maryam, tok babah kirim hugs and kisses for you. Maryam dengar cakap ibu ye. Be a good girl. Papa off dulu. Esok papa call Maryam lagi. I love you. Assalamualaikum"

Salam Ammar dijawab bagi pihak Maryam. Melihatkan jam dinding, Julia perlahan menepuk Maryam, mendodoinya tidur.

Maaf lambat Happy reading.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience