81

Romance Completed 51694

Julia duduk diberanda rumahnya. Maryam sudah tidur didalam. Buaian yang dibeli Ammar digerakkan perlahan. Menikmati angin malam. Satu persatu pesanan Puan Sri Safiah menerjah fikiran.

'Ju buatlah apa yang Ju nak dengan duit ni'

Duit yang dimaksudkan ialah duit takaful yang dihibahkan oleh Firhan kepadanya dan Maryam seandainya terjadi apa-apa kepada Firhan. Kata Puan Sri Safiah, dua takaful tersebut diambil oleh Firhan beberapa bulan sebelum kemalangan itu.

'Mama bukan nak memandai, tapi mama rasa baik Ju nikah semula dengan Ammar kan. Ju perlukan seseorang untuk jaga Ju dengan Maryam. Firhan pun dah tak ada untuk jaga Ju dengan Maryam'

"Jauh menung?" Tegur Ammar.

Baru pulang dari surau agaknya berdasarkan pakaian yang dipakai Ammar. T-shirt kosong bersama kain pelikat serta kopiah hitam. Julia kembali ke alam realiti.

"Ambil angin je. Abang baru balik surau? Maryam dah tidur" Maklum Julia.

" Ha ah. Abang saja je singgah. Nampak Ju kat luar ni. Tak nak masuk dulu ke? Sambung ambil angin esok" Pertanyaan Ammar itu sudah Julia fahami maksud tersiratnya.

"Ju masuk dulu. Terima kasih abang" Julia melangkah masuk setelah memberi salam kepada Ammar. Ammar juga melangkah ke rumahnya sebaik sahaja Julia menutup pintu.

Dari berbaring, Ammar bangun duduk menyandar dikatil. Gelisah, tidak dapat melelapkan mata. Telefon bimbit dicapai. Satu mesej ringkas dihantar kepada Julia.

Dia berbaring semula. Sabar menanti balasan dari Julia.

Bunyi telefon menandakan ada satu pesanan WhatsApp diterima. Julia yang masih belum tidur segera mencapai telefonnya. Mesej dibuka, dan dibaca. Dari Ammar.

Ammar : Abang tahu masanya tak sesuai untuk abang tanya. Tapi, kita nikah jom? Abang nak jaga Ju dengan Maryam sampai bila-bila. Abang akan terus minta maaf dengan abah Ju sampai dia terima kita semula.

Julia terdiam membaca mesej itu. Hatinya sentiasa pada Ammar tapi tepat ke keputusan yang bakal diambil ni?

~Flashback~

"Mama minta maaf. Mama salah
Mama banyak buat salah dengan Ju. Mama dah terima hukuman mama. Ju tolonglah terima anak mama semula. Mama janji, kali ni mama takkan masuk campur dah. Mama janji. Mama rela ikut apa syarat Ju, asal Am bahagia"

Julia terkedu. Sesuatu yang paling tidak dijangkakan berlaku. Mama Ammar minta maaf? Mama Ammar minta dia nikah semula dengan Ammar?

Maryam dalam dukungan Anuar dipandang lama.
Kemudian Ammar. Azian. Satu demi satu wajah itu dipandang lama. Dia menarik nafas panjang.

"Saya tak pernah marahkan puan. Saya minta maaf selama ni saya jadi punca hubungan puan dan anak puan berantakan. Tiada apa yang perlu saya maafkan puan. Sebaliknya saya yang perlu minta maaf" Tangan Azian dicapai dan disalami.

Azian menyeka air matanya.

"Ju nikah semula dengan Am ye. Mama janji yang mama tak akan masuk campur dah kali ni. Kamu bebas tentukan hala tuju hidup kamu berdua" Azian berbicara sambil esak tangis mula kedengaran.

"Saya kena fikir dulu. Puan jangan risau sangat pasal tu, fokuskan pada terapi untuk kesembuhan puan" Jawab Julia.

Julia : Ju fikirkan dulu.

Pendek sahaja balasan Julia. Tapi cukup membungakan hati Ammar.

Ammar : Take your time. Fokuskan dekat study Ju dulu. Nanti dah habis final exam, we'll discuss about this again.

Demi memenuhi tuntutan untuk mendapatkan pengesahan jawatan dan seterusnya mendapatkan peluang untuk diserap masuk sebagai guru tetap, Julia perlu menyambung pengajian dan mendapatkan Diploma Pendidikan dari Institut Pendidikan Guru.

Julia : Okey. Thanks.

Mula meyambung pelajaran secara dalam talian bermula hujung Ogos yang lalu, Julia disibukkan dengan kerjanya sebagai guru, pada masa yang sama dia perlu menghadiri kelas diploma. Apatah lagi dengan keletah Maryam yang secara tiba-tiba menjadi bertambah manja, huru-hara jadinya. Banyak kali dia terlelap pada waktu malam semasa menyusukan Maryam kerana terlalu penat.

Apabila tersedar pukul 1 atau 2 pagi, Maryam masih lagi segar dan seronok bermain disisinya!
Nasib baik tidak berlaku apa-apa yang membahayakan Maryam.

Julia menuruni katil, keluar dari bilik tidur terus menuju ke bilik air. Mengambil wuduk.

'Macam mana awak bertahan selama ni Firhan? Macam mana awak jadi kuat?'

'Tahajjud. Lepas saya kehilangan awak, saya hilang arah. Saya hilang rasa. Hilang fokus. Sampailah Dr. Affandi tegur saya dalam kelas. Dia cakap apa pun masalah yang kita ada, Insya Allah dengan tahajjud kita boleh dapat jalan penyelesaian. Cubalah Ju' Firhan tersenyum menjawab soalan ini.

Selesai bertahajud lewat malam itu, dia memanjatkan doa dengan penuh rasa kehibaan.

'Ya Allah,
Sesungguhnya aku adalah hamba yang amat memerlukan petunjuk-Mu. Maka bantulah aku membuat keputusan yang betul ya Allah.

Keputusan yang akan membawa aku untuk lebih dekat dengan-Mu. Keputusan yang baik untuk anakku Maryam. Keputusan yang baik untuk aku didunia dan akhirat. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu'

Terima kasih untuk doa yang baik-baik. Terima kasih juga kepada pembaca. Maaf atas kelewatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience