10

Romance Completed 51694

*Flashback*

"Abah tak setuju! Kita ni ada adat, ada tatatertib. Kenapa nak kahwin tanpa persetujuan pihak keluarga lelaki? Dah gatal sangat dah, tak boleh nak tahan sampai habis belajar?". Bentak pakcik Mohamed.

"Ni bukan soal gatal ke apa pakcik. Saya nak jadi orang yang bertanggungjawab menjaga Julia. Saya boleh jaga dia. Selama ni pun saya yang banyak jaga dia bantu dia". Jawab Ammar berani.

"Baru sekali dua tolong anak aku dah berani bercakap seolah kau dah tolong dia seumur hidup. Bertanggungjawab? Kenapa? Kamu berdua dah terlanjur ke?". Jerkah pakcik Mohamed.

"Abah...". Tingkah Julia.

"Kalau pun abah tak setuju, tak payah nak tuduh kakak macam kakak ni tak ada maruah". Luah Julia geram.

"Kamu jangan nak bela sangat budak jantan ni. Berani kamu tinggikan suara dekat aku. Aku ni siapa? Aku ni ayah kamu. Selama ni aku yang bersusah payah kerja bagi makan pakai kamu selama 21 tahun kamu hidup. Tergamak kamu marahkan aku untuk budak tak guna ni? Dasar anak tak tahu diuntung". Balas pakcik Mohamed.

"Bukan 21 tahun. 15 tahun je abah. 6 tahun bonda yang jaga kakak. Masa kakak kecil pun, bonda yang bantu kakak, beli baju untuk kakak, sara duit persekolahan kakak. Apa abah dengan umi buat? Nak belikan kakak baju sekolah baru pun abah berkira. Abah lebihkan adik beradik yang lain, buat kakak rasa terabai, macam kakak ni orang luar. Abah dengan umi ambil kakak balik pun sebab bonda dah tak ada. Kalau bonda ada, mesti kakak masih lagi tinggal dengan bonda". Apa yang terbuku dihati diluahkan.

"Dasar anak kurang ajar. Norli, kau pergi ambil pakaian budak tak guna ni. Mulai hari ini, aku haramkan kaki kau jejak tanah dengan rumah aku. Satu sen pun aku tak akan sara hidup kau lagi. Pandai-pandai lah kau nak hidup. Aku tak ada anak macam kau. Dasar anak biadap!" Tempik pakcik Mohamed.

" Abang janji, abang akan jaga Ju sampai bila-bila. Ju tak perlu risau, datang apa pun, abang akan ada dengan Ju". Malam tu, sebelum mereka menaiki bas untuk ke Bukit Kayu Hitam sebelum ke Songkhla dari sana, Julia berkali menyatakan bahawa dia mahu membatalkan persetujuannya untuk berkahwin dengan Ammar disana.

"Ju tak nak pergi. Ju nak balik kampung. Ju nak minta maaf dengan abah umi. Semua ni salah abang. Kita ada keluarga". Tutur Julia.

"Ju, ini satu-satunya peluang yang kita ada untuk hidup bersama. Abang janji, lepas kita balik sini, kita daftar nikah dekat pejabat agama. Kita minta maaf dengan babah mama, abah umi. Abang yakin mereka akan maafkan kita". Pujuk Ammar.

Julia serba salah. Dia sayangkan Ammar. Dia yakin Ammar juga sayangkan dirinya. Tapi dia keliru.

"Ju takut, kalau-kalau lepas kita nikah nanti, jadi apa-apa antara kita. Nanti abang tinggalkan Ju, macam mana?" Luah Julia.

"Abang janji tak akan jadi macam tu. Abang nak Ju je. Sebab tu abang nekad ajak Ju nikah kat sana. Abang nak Ju jadi isteri abang cepat-cepat". Pujuk Ammar lagi.

"Abang kena pegang janji abang. Sebab Ju tak ada sesiapa dah, selagi marah abah umi pada Ju tak habis". Tutur Julia yang sudah termakan pujuk.

"Abang janji abang takkan sesekali tinggalkan Ju atau berjauhan dengan Ju secara sengaja!" Tangan diangkat seolah dia berikrar.

Stay safe and enjoy reading :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience