2

Romance Completed 51694

Julia termenung lama dihadapan komputer. Iklan Kementerian Pendidikan Malaysia yang membuka jawatan kosong mencari Guru Interim untuk matapelajaran bahasa Inggeris berstatus kontrak selama 3 tahun dibaca berkali-kali.

Hatinya masih berkira-kira mahu memohon jawatan tersebut. Sebaik sahaja melepaskan keluhan, bahu kanannya ditepuk. Dia yang terperanjat mengurut dada. Auni yang tersengih dan baru duduk disebelahnya dipandang sahaja dengan muka geram.

"Eeeeii budak kecik ni, suka sangat lah terkejutkan akak. Piat telinga nanti baru tahu". Jarinya memegang lembut telinga Auni dari luar tudung yang dipakai.

"Eh jangan jangan jangan kak. Sakit sakit sakit".
Auni memegang tangan Julia seolah menahannya dari membuat demikian.

"Ooooo, tahu pun sakit. Tapi masa nak terkejutkan akak tu tak fikir sakit jantung akak ni pula". Julia tunjuk muka masam.

"Alah, dah siapa suruh akak tak menyahut masa Auni panggil akak tadi? 7 kali tau Auni panggil. Akak diam je. Risau Auni". Balas Auni. Kemudian menyambung,

"Akak fikir apa lama-lama lagi? Hari ni hari akhir untuk akak mohon jawatan ni. Cubalah, mana tahu ada rezeki akak. Bukan Auni tak nak akak keja sini, tapi akak pun tahu kan gaji sini tak sebesar mana pun jumlahnya". Tangan Julia diusap perlahan.

"Tapi akak tak bincang lagi dengan Ammar". Ucap Julia.

"Auni rasa dia okey je. Mohon je dulu. Bukannya kena terus pergi posting ke sekolah kan". Pujuk Auni lagi.

Wajah Auni dipandang. Melihat anggukan Auni, dia nekad. Mohon dulu, takkan Ammar marah kan. Fail yang mengandungi segala sijil persekolahan dan universitinya dibuka. Dia mula mengisi ruangan pada borang dilaman web tersebut. Butang 'Hantar' diklik. Selesai! Masa rehat yang berbaki 15 minit digunakan untuk bersolat.

Pukul 6.00 petang dia sampai ke rumah, terus dia mula memasak. Mereka jarang sekali makan luar kerana lebih jimat memasak. Lagi pula, hasil bayaran yuran Home-tuition nya tidak tetap setiap bulan, memaksa mereka melakukan 2 3 kerja dalam satu masa untuk menyelesaikan segala bayaran komitmen mereka.

Siap memasak nasi, Julia masuk ke bilik tidur, bersedia untuk solat sebelum dia mula memasak lauk. Samsung Note 3 suaminya ada di atas toto yang menjadi alas tempat tidur mereka. 'Eh, tak bawa telefon ke? Patutlah senyap je hari ni tak ada mesej apa-apa'.

Entah kenapa, gatal tangannya untuk Swipe telefon itu walaupun dia tahu ianya memerlukan kata laluan untuk dibuka. Hairannya, pada telefon itu terus terpapar bahagian hadapan menu telefon. Kelihatan gambar bulat kecil menandakan Ammar sedang berbalas mesej di Messenger dengan seseorang yang lain.

Ammar : Sorry sayang. Bie datang kerja tak bawa telefon. Tertinggal kat rumah. Malas nak balik ambil.

Shasabila : Laa yeke? Patutlah Bie tak balas mesej sayang. Baru nak merajuk.

Ammar : Ala jangan lah sayang, Bie janji Bie habis kerja nanti kita makan sama ye.

Shasabila : Okey Bie. Sayang nak makan siakap 3 rasa tau malam ni.

Ammar : Boleh boleh boleh. Untuk sayang semua Bie boleh sediakan. Lagi pun, Bie memang dapat gaji terus untuk kerja hari ni.

Mata Julia berpinar. 'Apa semua ni Ammar? Apa ni? Ya Allah apa ni?' Julia jatuh terjelepuk disitu. Kakinya terasa longlai tidak mampu menampung beratnya. Air mata berlumba-lumba membasahi pipi. 'Ammar Sidqi, apa semua ni?'.

Aplikasi WhatsApp Ammar dibuka. Kelihatan satu perbualan dengan nama yang disimpan sebagai My Love. Tangannya menggigil, namun dikuatkan hati untuk membuka perbualan itu.

Apa yang dibaca memualkan tekaknya. Dia menyelongkar lebih lagi.
Apa yang dijumpainya lebih mengejutkan. Gambar Ammar dan perempuan itu didalam sebuah bilik hotel. Hanya berselimut setakat paras dada.

'Ya Allah Ammar, kenapa Ammar sampai macam ni sekali?'

Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience