19

Romance Completed 51694

"Kadang kita ni memilih untuk melayan manusia dengan baik disebabkan status mereka, disebabkan kekayaan mereka. Padahal kita tahu, makin kita puja manusia kerana kekayaan, apa yang akan kita dapat hanyalah kehinaan"

"...tiada apa yang membezakan manusia melainkan iman. Mereka tidak berharta? Itu ujian mereka. Ujian juga buat kita. Nak tengok sejauh mana kita melayan mereka yang susah. Kalau kita yang susah, ujian untuk kita nak tengok samada kita ni manusia yang bersyukur atau tidak. Allah tidak mencipta kekayaan dan kemiskinan. Allah mencipta kekayaan dan kecukupan. Tak kaya, tapi mesti akan cukup.

Nak pilih isteri pun ada kriterianya. Betul, ada empat kriteria memilih isteri. Kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keturunannya dan kerana agamanya. Maka beruntunglah mereka yang memilih untuk melihat kepada agamanya. Dia ikut suruhan Allah, itu adalah kriteria yang paling penting. Yang lain kalau ada, bonus. Tapi kan Allah sudah berfirman dalam surat At-Tiin, telah Kami ciptakan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dah tu? Masih lagi nak bertegas tengok pada status pada harta orang? Kalau hari ni kita kaya, esok belum tentu. Kalau Allah nak tarik balik, sekelip mata sahaja. Yang paling penting, bersyukur. Kita ibu apa, asalkan pilihan anak kita tu orang yang beriman, terimalah. Bimbinglah. Semoga rumahtangga yang mereka bina tu berkekalan. Bukan kita yang meruntuhkan"

Panjang huraian imam tatkala kuliah Subuh pagi itu apabila dia menerima soalan yang berbunyi,

"Apakah hukumnya sekiranya anak saya bertegas mahu menikahi wanita yang tidak sama taraf dengan kami?"

Anuar terkedu. Terbayang anaknya Ammar, dan rumahtangganya yang berantakan dan akhirnya bercerai. Tak gembira? Tipu sekali dikatakan tak gembira. Malahan dia antara orang yang bertepuk tangan mendengar berita penceraian Ammar. Malah dengan sukarelanya membayar peguam untuk mewakili bekas isteri anaknya supaya urusan penceraian ini cepat selesai.

Tapi perubahan Ammar begitu membimbangkan. 2 bulan pertama dia hanya berkurung didalam bilik. Bulan ketiga Ammar meninggalkan rumah tanpa berita. 2 minggu lamanya. Balik sahaja kerumah, dia minta untuk bekerja. Dia fikir Ammar sudah baik-baik sahaja. Tapi tidak. Matanya menceritakan hal yang sebaliknya.

Sebaik sahaja Ammar mengambil alih tempatnya, dia merasakan sudah tiba masa untuk dia mula ke masjid. Beramal untuk bekalan mati nanti. Baru diketahui, segala apa yang dibuatnya selama ini salah sekali dengan apa yang diajar dalam agama. Masih sempat kah untuk dia bertaubat dan memohon maaf dengan bekas isteri Ammar?

Shasabila yang baru sahaja tiba dipejabat Ammar terus melangkah menuju ke bilik Ammar.

"Eh eh eh, cik nak pergi mana?" Tanya Syazwan sekaligus menghentikan langkah Shasabila.

"I nak jumpa my boyfriend lah kat dalam" Jawab Shasabila angkuh.

"Encik Ammar mana ada kat office. Dia kan cuti seminggu. Takkan Cik Shasabila tak tahu?" Tanya Syazwan. Kepalanya yang tidak gatal digaru.

"Cuti seminggu? Dia pergi mana?" Tanya Shasabila, hairan.

"Dia outstation ke Kuantan. Isnin depan baru dia masuk pejabat semula" Jawab Syazwan. Shasabila tidak berkata apa-apa dan terus berlalu. Telefon bimbit dikeluarkan.

"Babe, you ada kat mana? Teman I makan jom" Rengek Shasabila manja.

"You betul ke nak kahwin dengan Ammar?" Tanya William. Shasabila cuma mengangkat bahu.

"I akan kahwin dengan sesiapa sahaja yang banyak duit" Jawabnya. Makanan disuap ke mulut. Napkin dicapai dan dilap mulutnya.

"I kan ada, I boleh jaga you. I cintakan you Bell" Jawab William.

"Will tolonglah, cinta sahaja takkan menjamin kebahagiaan. I perlukan duit. Nak cantik? Perlu duit. Nak makan? Perlu duit. Nak rumah selesa? Pun perlu duit. Cinta tak boleh beli semua tu. You pun kerja biasa-biasa je Will. You takkan mampu tanggung I" Balas Shasabila selamba.

"What if Ammar pilih untuk tidak kahwin dengan you?" Tanya Will lagi. Shasabila dikenali melalui rakannya yang bekerja satu tempat dengan Shasabila.

"I tak kisah. I ada mak dia. Mak dia dah suka sangat dengan I" Jawab Shasabila.

"Mak dia tahu you ada kerja lain waktu malam?"

"You sibuk sangat ni kenapa Will? I tak nak you. You jangan paksa I boleh tak? Buat hilang selera I jelah bercakap dengan you" Gelas dicapai dan minuman disedut perlahan.

"Bell, I je yang tahu asal-usul you. I je yang tahu you luar dan dalam. I still boleh terima you Bell. Kalau mak Ammar tu tahu you duduk setinggan dengan keluarga you, adik you dalam penjara terjebak dadah, you rasa mereka boleh terima you?" Panjang lebar William bertanya.

"I akan pastikan yang mereka tahu lepas I dah kahwin dengan Ammar. Masa tu, mereka tak boleh buat apa dah melainkan terima I sebagai menantu mereka" Shasabila tersengih memandang William. 'Senang sangat nak ambil hati mak Ammar tu, bagi hadiah sikit terus cair'.
William hampa, tetapi akan diteruskan untuk memujuk Shasabila nanti.

Enjoy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience