39

Romance Completed 51694

"Ju, nanti jangan lupa isi borang mohon cuti bersalin ye?" Tepuk Kak Nazira pada bahu Julia.

"Eh maaf Ju terkejut ke? Maaf maaf maaf. Akak tak sengaja Ju" Belakang Ju diusap perlahan berulang kali.

"Tak pun kak, Ju yang ralit sangat menanda ni. Tak ada apa, akak jangan risau" Pujuk Julia bila dia melihat riak wajah Kak Nazira yang begitu terkejut.

"Belum setahun kerja dah nak ambil cuti bersalin. Kalau anak saudara aku yang kerja mesti tak adanya nak ambil cuti bersalin" Sindir Cikgu Fadilah.

"Benda hal ambil kerja ni bukan kerja pentadbir sekolah Kak Fadilah. Lagipun, saya sendiri tengok borang pemeriksaan kesihatan Ju masa masuk kerja hari tu. Kan doktor dah buat akuan yang dia tak mengandung" Bela Kak Nazira. Julia sekadar berdiam diri. Malas nak bergaduh.

"Alah, macam tak boleh sogok je. Tak pun air kencing entah siapa-siapa diberinya asalkan keluar keputusan tak mengandung. Sanggup pula biar anak terima kesan X-ray semata nak menipu tak mengandung" Balas Cikgu Fadilah lagi.

"Tak ada minta X-ray pun kak. Akak tak payah lah fitnah Ju ni. Hal rezeki ni kita tak tahu kak. Biar jelah. Mana tahu rezeki anak saudara akak jadi guru besar terus nanti" Jawab Kak Nazira pula sambil menyindir.

"Eh eh, jangan melampau lah Nazira. Kau ni kalau tak perli aku tak sah" Marah Cikgu Fadilah.

"Kak Fadilah, akak tu cikgu. Tunjuklah perangai elok yang boleh diikut oleh anak murid. Soal rezeki ni jangan persoalkan. Allah bagi dekat sesiapa yang Dia nak" Tutur Kak Nazira lagi.

"Ju tu kan laki dia dah kaya. Buat apa nak mohon kerja ni lagi. Bagilah peluang dekat orang lain kerja" Jawab Cikgu Fadilah geram.

"Dah kalau macam tu, kau pun berhenti lah Ilah. Suami kau kan dah kaya. Kerja dengan Petronas. Berjalan pun ke luar negara je kalau bercuti" Sampuk Cikgu Salmah, guru yang paling senior di sekolah itu, sambil lalu melepasi mereka bertiga. Cikgu Fadilah terus terdiam disindir sebegitu.

"Ju tak payah risau. Bukannya kita tak ikut prosedur. Tak apalah, nanti Ju datang je pejabat. Akak tolong Ju isi borang. Jangan stress-stress. Kesian baby" Kak Nazira menepuk belakangnya sekali dan berlalu pergi.

Julia meneruskan kerjanya. Ada masanya tak kuat rasa nak bertahan bekerja. Mujur rakan sekerja yang baik lebih ramai dari yang menyebabkannya bersedih.

Ni belum lagi mereka mengetahui status dirinya yang sebenar yang bakal bergelar janda secara rasmi sebaik sahaja dia bersalin nanti. Mesti pelbagai hamburan lagi bakal didengar dari Cikgu Fadilah.

Sooner or later you will understand this lesson. Time will say everything itself,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience