74

Romance Completed 51694

"Kau nak apa?" Mohamed menyandar di kerusi. Nadanya tenang, tetapi raut mukanya tidak begitu menyenangkan.

"Ju nak minta maaf dengan abah" Jawab Julia takut-takut.

"Aku dah cakap, bila kau keluar dari rumah ni, kau bukan lagi anak aku. Jadi kau tak perlu nak minta maaf dengan aku" Ujar Mohamed.

"Abah, Ju tahu Ju salah. Ju dah menyesal. Ju nak minta ampun dengan abah" Air mata sudah berlumba-lumba mengalir dipipi.

"Sekali kau keluar dari rumah ni, kau selama-lamanya bukan anak aku dah. Kenapa kau tak faham? Kau bodoh ke? Kau dah jatuhkan maruah aku, kau ingat senang-senang nak minta maaf?

Kau keluar dari rumah aku sekarang. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Keluar sebelum aku pukul kau" Jerit Mohamed.

Norli yang berada didalam bilik hanya menangis. Dia tidak dibenarkan berjumpa dengan Julia. Julia masih tidak berganjak dari memeluk kaki abahnya.

"Lepaskan kaki aku, jangan sampai aku pukul kau" Ugut Mohamed lagi. Melihatkan Julia tidak bergerak, tongkatnya dicapai. Belakang Julia menjadi mangsa pukulan tongkat itu. Julia masih bertahan memeluk kaki abahnya walaupun sakit dipukul.

"Jangan abah, sakit. Ju minta ampun dengan abah" Tutur Julia sambil menangis.

Terdengar sayup bunyi tangisan Julia ditelinga Firhan. Perlahan dia keluar dari kereta dan menerpa masuk ke rumah Julia. Puan Sri Safiah mengikuti dari belakang selepas Maryam diberi kepada Farisya.

"Ya Allah pakcik, kenapa sampai macam ni sekali pakcik" Firhan menghalang Mohamed dari terus memukul Julia yang masih lagi menangis.

"Kau siapa? Jantan mana lagi kau bawa balik ni? Kau tak serik lagi nak menjalang ye. Suka sangat jatuhkan maruah aku?" Makin kerap libasan tongkat mengena belakang Julia.

" Ya Allah encik. Apa pukul anak sampai macam ni sekali?" Puan Sri Safiah terjerit kerana terlalu terkejut. Dia memeluk Julia erat, melindungi Julia. Sedang Tan Sri Hamzah memegang Mohamed.

"Kamu semua ni siapa? Jangan masuk campur hal keluarga aku. Budak ni dah conteng aramg kemuka aku. Lepas tu balik minta maaf. Kalau lah semudah itu boleh dimaafkan. Aku ni malu dengan orang kampung yang tak habis lagi dok mengata aku, menjaja cerita aku. Cakap yang aku tak pandai jaga anak. Mana aku nak letak muka aku ni?" Jerkah Mohamed.

"Saya faham abang marah. Tapi semua ni takkan selesai dengan memukul. Saya ada anak juga. Saya faham perasaan abang. Kita duduk dulu. Kita bincang baik-baik. Boleh ye?" Bahu Mohamed digosok perlahan oleh Tan Sri Hamzah.

"Aku tak tahu kamu ni siapa. Tapi jangan campur urusan aku" Tempik Mohamed lagi.

"Abang kena bertenang dulu. Lepas bertenang baru abang boleh dengar apa yang saya cakap. Saya kenalkan diri saya dulu. Saya Hamzah. Ini isteri saya Safiah, tu anak lelaki saya, Firhan" Tutur Tan Sri Hamzah dengan sopan.

Mohamed yang segan dengan tetamunya mula bertenang.

Maaf banyak delay update. Insya Allah saya cuba siapkan secepat mungkin lepas kesihatan dah makin baik. Terima kasih kerana membaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience