59

Romance Completed 51694

"Buat apa?" Firhan mengambil tempat disalah satu kerusi taman di laman rumahnya.

"Tak ada apa. Ambil angin segar je sekejap" Jawab Julia.

"Mama suruh panggil masuk. Ibu berpantang tak elok berembun mama cakap" Tutur Firhan. Julia hanya tersenyum.

"Pergilah masuk dulu. Nanti saya masuk" Balas Julia.

"Daddy tengah main dengan Maryam kat dalam. Orang tak ada cucu perempuan, macam tu lah"

"Ju, whatever your answer may be, I hope we can still be friends and families. No pressure, no restraint" Sambung Firhan. Julia hanya tersenyum.

"Firhan, awak ingat tak masa saya jumpa mama dekat luar dewan tu?"

"Kenapa dengan kejadian tu?"

"Disebabkan mama datang jumpa saya tu lah saya dijadikan musuh oleh semua para gadis yang suka dekat awak" Jawab Julia. Berderai tawa Firhan.

"Kesian you. Tapi honestly, I kawan dengan mereka semua tu macam biasa je. Tak tahulah macam mana boleh salah faham pula. Siap cakap you rampas I dari mereka. Ramah membawa marah, I guess" Tawa Firhan masih bersisa.

"Sebab mama jumpa saya tu juga lah saya gaduh dengan Amalin" Beritahu Julia.

"I know. Amalin ada datang jumpa I lepas tu" Julia mengangkat kening. Ini maklumat baru!

"Oh really? Dia cakap apa?"

"Dia tanya kenapa I boleh suka dekat you. Siap cakap you dah sailang dia. That was silly though"

"Apa agaknya khabar dia sekarang"

"Dia dah kahwin. Aqif beritahu I. Siap ajak pergi Johor untuk kenduri Amalin masa tu. But I didn't. I ada training masa tu" Tutur Firhan.

"Firhan, kenapa tak cuba get into new relationship?" Tanya Julia setelah lama mereka berdiam diri, menghayati cantiknya bintang dan sejuknya angin malam.

"Sebab tak ada orang yang mampu untuk keluarkan you dari hati I" Jujur sahaja Firhan menjawab.

"Firhan, pasal petang tadi. Before saya bagi jawapan, or even think about it, I have a lot of things to tell you"

"Nak beritahu sekarang?" Tanya Firhan.

"Yup, may I?" Tanya Julia dan hanya dijawab dengan anggukan dari Firhan. Memberi isyarat membenarkan Julia bercakap.

"Saya dengan Ammar dulu, kahwin lari. Lepas balik sini baru kami daftar. Disebabkan apa yang saya buat tu, hubungan saya dengan keluarga dah tak baik. Selepas saya dengan Ammar sah bercerai tu, saya balik kampung. Tapi keluarga saya masih tak terima saya juga..."

"Firhan, you deserve someone better. You should've just moved on. That way, you can have your own family and a better one. Instead of getting yourselves involved dengan masalah hidup saya. Tak ada apa yang istimewa pasal saya Firhan" Bibirnya diketap. Sedih mengenangkan kelurusan diri sehingga terjebak dengan idea kahwin lari.

"I'm not looking for someone better. I want you. I need you" Pendek sahaja jawapan Firhan.

"Firhan, saya hargai sangat-sangat apa yang awak, mama, dan keluarga awak bantu saya. Saya tak nak termakan budi lagi. Saya tak ada apa-apa untuk diberi sebagai ganti budi awak sekeluarga"

"Ju, kami tak ada nak apa-apa pun sebagai balasan. Trust me! Awak terima, awak tak terima, tu hal lain. Kita akan sentiasa jadi kawan. You and Maryam are already part of our family"

"We'll talk about this later. You don't have to think much of this. Jom, masuk. Sejuk ni" Ajak Firhan. Julia hanya menurut. Maryam masih dalam pangkuan daddy Firhan dikelilingi anak buahnya yang lain. Firhan menghulur tangan mengambil Maryam dari daddynya.

"Baiknya Maryam dengan tok daddy. Come dengan baba. Dah lewat ni. Maryam bulat lagi mata ye. Bila nak tidur ni" Pipi Maryam dicium berkali-kali kiri kanan.

Julia hanya menunduk. Dia malu dengan keluarga Firhan. Dia dan Maryam dilayan seolah mereka juga adalah ahli keluarga. Air mata yang mengalir diseka cepat-cepat agar tiada siapa yang nampak.

"Esok Maryam nak balik dah. Tok daddy, tak boleh ke Maryam tinggal dengan kita sampai bila-bila?" Tanya Syakir. Cucu yang paling sulung.

"Ibu Maryam kan kerja kat Kuantan. Rumah Maryam pun dekat Kuantan. Mestilah kena balik sana. Tapi, nanti Maryam datang lagi sini. Kan Maryam, nanti ajak ibu datang rumah tok daddy lagi. Seronok rasanya 2 hari Maryam ada. Ju nanti jangan segan-segan datang rumah daddy lagi" Ujar Tan Sri Hamzah.

Julia hanya mengangguk. Terasa sebak untuk menutur kata.

"Terima kasih daddy sebab terima kami menumpang disini. Kami terhutang budi dengan daddy dan keluarga. Insya Allah ada rezeki, saya bawa Maryam datang lagi"

"Jom naik dulu. Nanti I minta Syikin siapkan air semua untuk you. Tak payah turun dah" Firhan sudah menapak keatas terlebih dahulu untuk meletak Maryam. Kemudian dia pantas turun semula untuk mengiringi Julia naik keatas. Bilik ditingkat bawah sudah digunakan oleh pembantu rumahnya dan ada satu bilik dijadikan surau kecil, menjadikan bilik tetamu hanya terdapat ditingkat atas.

Ubatnya ditelan terlebih dahulu sebelum tidur. Maryam sudah lena sebaik sahaja kenyang menyusu. Selimut Maryam dibetulkan.

Telefon bimbitnya bergetar menandakan ada pesanan WhatsApp masuk. Aplikasi itu dibuka. Firhan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience