78

Romance Completed 51694

"Kalau kau mengantuk, bagi aku je drive Fir" Tutur Ammar.

"Eh tak, aku tak mengantuk pun. Alah, tadi kan kau dah drive, balik ni giliran aku pula lah. Baru fair and square" Balas Firhan mesra.

Julia dibelakang sudah terlelap. Maryam juga lena tidur dalam Carseatnya. Firhan dan Ammar mula bersembang hal-hal santai. Mereka tidak membuka radio kerana risau tidur Maryam terganggu.

Tiba-tiba Ammar menjerit,

"Firhan....!" Kepalanya lebih pantas terhentak ke dashboard kereta sebelum airbag mula mengembang dan pandangannya terus bertukar gelap.

Matanya cuba dibuka perlahan. Kepalanya terasa sakit. Silau mata juga dek kerana terangnya cahaya lampu disiling. 'Kat mana aku ni?' Tanya Ammar. Jari jemarinya bergerak menyebabkan tangan seseorang yang menggenggam tangannya tersedar.

"Ya Allah, Alhamdulillah Am dah sedar" Wajah babahnya muncul dihadapan mata. Walaupun babah memakai topeng muka, dia masih dapat mengecam mata dan stail rambut babahnya. Tekak terasa perit dan kering. Ammar masih berusaha untuk membuka matanya besar-besar.

"Am jangan banyak gerak. Ada jarum kat tangan Am. Am nak air?" Tanya Anuar. Ammar hanya mengangguk. Apa dah jadi? Air di teguk perlahan. Lega perit tekak setelah dilalui air.

"Am kemalangan lepas balik dari KL tu" Maklum Anuar. Memahami Ammar masih kebingungan dengan apa yang terjadi. Sekejapan, otaknya mula memproses maklumat. Ya, dia ingat, sewaktu dia menjerit apabila ternampak treler dari lorong sebelah sana mula melanggar besi pembahagi jalan dan menuju kearah kereta Firhan.

"Ju?" Tanya Ammar setelah bersusah payah menggerakkan bibirnya yang mungkin terluka kerana baru terasa pedih menyengat.

"Ju, selamat. Doktor tidurkan dia dulu. Sebab tangan kanan dan kaki dia dua-dua patah. Maryam ada di wad kanak-kanak. Alhamdulillah, Maryam pun selamat. Alhamdulillah juga sebab dia duduk dalam carseat. Tak ada apa-apa kecederaan. Tapi doktor tetap akan pantau keadaan Maryam untuk memastikan tiada kecederaan dalaman.

Kaki Am dua-dua patah. Tersepit dalam kereta. Kena simen. Julia tu esok akan dibedah untuk masukkan plat besi dalam tangan dia" Beritahu Anuar lambat-lambat.

"Kawan Am?" Tanya Ammar lagi dengan bersusah payah. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Melawan rasa berat kepalanya. Pening, mengantuk, bercampur baur.

"Kawan Am dah tak ada. Firhan meninggal ditempat kejadian" Ammar terpana. 'Aku mamai lagi ke ni? Ni mimpi?'

"Firhan dah tak ada?" Tanya Ammar lambat-lambat. Anuar hanya mengangguk. 'Allah, ya Allah, ni tipu kan? Ya Allah, Ju dengan Maryam macam mana kalau Firhan dah tak ada?'

Ammar mula menangis teresak-esak. Anuar mula panik. Dia segera mendapatkan jururawat diluar. Setelah dilihat keadaan Ammar susah untuk ditenangkan, ubat tidur disuntik semula supaya Ammar lebih rileks.

Anuar sudah tidak boleh melawat lagi. Pihak hospital hanya membenarkannya berada disisi Ammar hanya sehingga Ammar sedar. Memandangkan Ammar sudah sedar, hanya telefon bimbit ditinggal untuk berhubung.

Selama 2 3 hari Ammar termenung. Kesakitannya sudah dilupakan. Dia bungkam. Tiada kata-kata yang mampu diluahkan. Dirinya cuma terfikirkan Firhan, Julia dan Maryam selepas apa yang babahnya maklumkan. Loceng dikatilnya ditekan. Seorang jururawat datang mendekati Ammar.

"Saya nak pergi tengok anak saya cik" Beritahu Ammar.

"Maaf ye encik, semua wad tidak menerima pelawat" Maklum jururawat itu.

"Tapi kan saya bukan pelawat luar. Saya nak tengok keadaan dia je" Bentak Ammar. Bukan salah jururawat, itu adalah SOP mereka apabila Covid-19 mula mengganas. Namun pada Ammar, yang penting sekarang hanya Maryam.

"Macam ni encik, saya cuba tanya dulu ye. Kalau dah dapat kebenaran, saya bawa encik tengok anak encik dan Puan Julia" Lembut tutur jururawat itu mengendurkan marah Ammar.

Dia hanya mengangguk, tanda faham.

"Terima kasih cik"

Share this novel

Syifa Umairah
2020-12-28 14:23:03 

whyyyyyyyyyyyyy


NovelPlus Premium

The best ads free experience