3

Romance Completed 51709

"Astaghfirullah hal 'azim". Julia meraup mukanya sendiri. Terjaga kerana mimpi, hampir 7 bulan peristiwa itu berlaku namun saban malam dia dihantui titik mula perpisahan mereka.

Air dalam botol di sebelah pembaringannya diminum sedikit. Menghilangkan dahaga. Jam loceng dijeling sekilas. 4.00 pagi. Masih awal lagi untuk Subuh. Julia berbaring semula mengiring. Keadaan perut yang semakin sarat membataskan pergerakan dan cara tidurnya. Tanpa disedari, air mata mengalir.

"Ya Allah, aku tak mampu. Kuatkan lah aku ya Allah. Aku kena kuat untuk anak aku ya Allah". Perut dielus perlahan. Semenjak dua menjak ini kerap benar terasa tegang.

Mata dipejam. Imbasan demi imbasan terlayar kembali.

"Ammar tak kisah walaupun mama dengan babah tak suka. Kita pergi Thailand. Nikah sana".

"Tak boleh Ammar. Banyak masalah akan timbul nanti. Selagi mama babah Ammar tak terima, kita jadi kawan je, yea?" Julia memujuk. Hatinya sakit. Tapi takkan kerana itu dia mahu membelakangkan orang tua mereka.

"Tapi Ammar banyak tolong Julia. Kita banyak kali jumpa. Ammar takut kalau-kalau kita terjebak buat benda tak elok. Julia faham tak? Ammar lelaki. Ada masa Ammar boleh lawan. Kalau masa tu Ammar tewas?"

"Ammar, macam ni. Mama babah Ammar sendiri cakap kan, asalkan Ammar boleh teruskan usaha untuk jadi doktor, lepas Ammar habis nanti kita boleh kahwin. Tak lama sangat dah kan. 4 tahun je lagi. Julia boleh tunggu Ammar". Julia berterusan memujuk.

"Kalau Ammar tak mampu teruskan jadi doktor, macam mana?" Satu soalan itu cukup untuk membisukan Julia.

"... Ammar tak nak hilang Julia. Ammar tak mampu nak teruskan jadi doktor. Ammar tak minat. Tolong lah faham. Kalau Ammar tak jadi doktor, sampai bila-bila pun hubungan kita takkan boleh diteruskan. Tolong lah faham". Sambung Ammar lagi.

"Julia cuba tanya abah dulu. Mungkin kita boleh buat majlis kecil-kecilan. Tak perlu sampai nak kena nikah sana". Julia menyuarakan pendapat.

"Sayang kena tanya cepat-cepat. Ammar tak nak tunggu lama-lama".

"Ye nanti Julia tanya abah cepat-cepat". Balas Julia.

Azan Subuh dari surau taman perumahan ini yang terletak di lorong sebelah mengejutkan Julia dari lamunan memori lama. Tak terasa masa berlalu bila kenangan lama diimbas tanpa kemahuannya sendiri.

Perlahan-lahan dia bangun, mengambil tuala dan baldi yang berisi baju kotor. Rumah sewa 2 bilik ini tidak mempunyai mesin basuh. Hanya peti sejuk yang ada, itu pun hasil ihsan tuan rumah. Jadi dari awal dia mempraktiskan, baju mesti dibasuh setiap kali mandi untuk mengelakkan baju kotor terkumpul dan menjadi banyak.

Usai mandi dan bersolat Subuh, dia berjeda sebentar atas toto. Menghilangkan lenguh-lenguh badan. Hari cerah sekejap lagi baru dia akan menyidai pakaian. Entah bila dia terlelap.

Hon dari lori roti yang menjaja dalam kawasan perumahan ini mengejutkan Julia yang terlena. Separuh mamai, dia bangun dari pembaringan dan terus duduk menegak. Pinggangnya lenguh-lenguh diurut perlahan setakat berdaya.

"Eh dah 9.30 ni. Kenapa lama sangat tidur ni?"

Dia bangun, terus ke bilik air mencuci muka. Baldi yang berisi pakaian terus dibawa kedepan setelah dia mencapai tudung sarung.

"Lambat sidai kain hari ni cikgu?" Tegur Patricia, kakak kepada anak muridnya, Bradley, yang sedang menyiram pokok.

"Ha ah cikgu terlelap lepas mandi tadi. Kamu dah sarapan?" Tanya Julia.

"Ha ah sudah cikgu. Tadi mak belikan cikgu Nasi Dagang dekat kedai hujung sana. Saya ambil sekejap ye cikgu". Belum sempat Julia membalas apa-apa, Patricia sudah mencampak wayar paip air ke tanah, dan terus masuk ke rumah.

"Nah cikgu". Patricia yang termengah-mengah akibat berlari tadi, menghulur sebungkus nasi.
Kelihatan ibunya berada di pintu rumah mereka.

"Terima kasih Patricia. Akak, terima kasih ye. Susah-susah je kak". Julia melambai ke arah ibu Patricia dan Bradley.

"Tak apalah cikgu. Saya pergi kedai tadi, beli sarapan budak-budak. Kak Adah ada beritahu saya cikgu cari Nasi Dagang semalam tapi dah habis. Ini rezeki baby cikgu. Hari ni ada".
Balas Puan Jocelyn.

"Terima kasih banyak-banyak kak". Tak tahu bagaimana hendak digambarkan perasaan gembiranya apabila hari ni dia dapat makan Nasi Dagang dari kedai Kak Adah. Berhari-hari sudah dia terliur melihatkan guru dimeja sebelahnya makan minggu lepas.

"Alhamdulillah sayang, ramai orang baik-baik di sekeliling kita".

Bersambung.. Terima kasih kepada yang sudi membaca dan follow saya :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience