68

Romance Completed 51694

Rantai dengan loket berukir nama Nur Maryam pada leher Maryam dipandang sepi. Dia kemudiannya menanggalkan rantai itu dari leher Maryam.

Melihatkan kesungguhan Firhan, daddy dan mamanya menghadiahkan rantai itu, Julia terasa segan untuk berterusan menolak. Tetapi kejadian dengan sepupu Firhan itu membuatkan dia berfikir dua kali untuk mendekat dengan keluarga itu lagi.

Telefon bimbit yang berbunyi menandakan ada mesej masuk dibiar sepi.

Firhan : Dah tidur?

Julia tidak membuka mesej itu. Cuma membaca dari notifikasinya sahaja. Bunyi kali kedua membuatkan dia melihat telefon lagi.

Ammar : Ju dengan Maryam macam mana hari ni pergi kenduri?

Mulanya dia tidak mahu membalas, tapi memikirkan dia bukannya bergaduh dengan Ammar, Julia mengambil keputusan untuk membalas mesej itu. Apatah lagi pada waktu begini selalunya Ammar akan membuat panggilan video sekiranya dia tidak dapat menjenguk Maryam.

Julia : Kami okey. Tapi Maryam dah tidur.

Gambar Maryam sedang tidur dihantar kepada Ammar.

Ammar : Penat sangat tu Maryam. Ju okey? Lapar tak?

Julia : Okey je. Tak lapar pun. Tadi pergi kenduri dah makan.

Ammar : Okey, kalau macam tu Ju tidurlah. Ada apa-apa beritahu abang. Abang berjaga je malam ni rasanya. Tapi kalau tertidur pun, kalau Ju call insya Allah abang bangun. Ada apa-apa call je ye?

Julia : Okey. Thank you and good night. Assalamualaikum.

Ammar : Good night and sweet dreams kesayangan berdua. Waalaikumsalam.

Sementara itu, Firhan dirumahnya menunggu balasan dari Julia memandangkan dapat dilihat Julia sedang 'online'.

'Kenapa tak baca dan balas pun ni?' Hatinya mula terasa berdebar.

"Tak balas lagi?" Tanya Puan Sri Safiah. Segelas, susu suam dihulur kepada Firhan.

"Belum ma, bang chik agak, ni mesti ada kaitan dengan kes petang tadi" Sebuah keluhan berat dilepaskan.

"Sharina ni saja jelah ni. Tak sangka pula nak buat perangai sampai macam tu sekali"

"Entahlah ma, bang chik rasa macam Julia memang terkesan sangat dengan kejadian tadi. Dalam kereta tadi pun tak bercakap sangat. Bang chik tak nak terlepas Julia lagi ma"

"Doa yang baik-baik bang chik. Jangan berhenti berdoa" Belakang anak terunanya tu digosok perlahan.

"Bang chik rasa nak call Julia. Tapi bang chik tak nak dia rasa tertekan, atau rasa bang chik push dia" Telefon bimbitnya dibelek sahaja.

"Mungkin Ju tengah tidurkan Maryam? Atau mungkin dia pun tengah tenangkan diri. Bang chik bagi masa dekat Ju"

Sebaik Puan Sri Safiah masuk kedalam rumah meninggalkan Firhan bersendirian. Selepas berkira-kira, Firhan menaip sesuatu dan dihantar kepada Julia.

Firhan : Ju, I'm sorry for what happened. I tahu apa yang Ina cakap tu sangat teruk, tapi I harap you tak jadikan tu alasan untuk menjauh dari I dan family I. We told you right, that you are a part of our family too.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience