51

Romance Completed 51694

"Banyak macam ni sekali ke babah? Betul ke ni?" Tanya Ammar. Gambar dihadapannya dilihat satu persatu. Anuar hanya mengangguk.

"Macam mana babah boleh tergerak nak upah PI untuk ni?" Tanya Ammar lagi.

"Babah pernah ternampak Kamarul dengan Bell. Banyak kali. Dari situ, babah rasa ada yang tak kena" Jawab Anuar.

"Am tak sangka hal ni lagi teruk. Jadi apa hubungan Bell dengan Kamarul?"

"Mengikut kata mangsa, Bell dengan Kamarul tu pasangan kekasih. Semuanya didekati dengan cara yang sama. Kamarul dahulu, kemudian akan dikenalkan dengan Bell. Dari situ, semuanya menjadi lebih teruk"

"Ya Allah, bodohnya Am bah sampai boleh tertipu dan terjerat. Tergadai rumahtangga sebab semua ni. Bah, Am tak nak hilang Ju" Ammar sudah teresak menangis didalam pelukan Anuar.

Perlahan belakang Ammar diusap.

"Am terangkan semua dekat Ju. Babah yakin, Ju akan percaya dengan semua ni. Babah tolong Am. Kita pergi Kuantan, bawa semua ni ye. Kita tunjuk dekat Ju" Tipu kalau dia kata dia boleh melihat anaknya sedang menderita tanpa apa-apa perasaan sedih.

Kalau dulu, ya, dia suka mendengar berita Ammar bercerai. Tapi sekarang, dia sudah faham, Julia itu pelengkap hidup Ammar. Dia sanggup membantu Ammar menjelaskan semuanya kepada Julia.

"Kalau Ju tak nak terima Am juga, macam mana bah?" Tanya Ammar yang masih teresak sedih.

"Kalau Ju tak terima untuk rujuk semula, Am kena reda dan yakin dengan apa yang Allah dah takdirkan. Kita manusia, hanya mampu berusaha. Kita jumpa Ju dulu ya?"

Julia duduk menikmati ais krim vanila di bangku yang disediakan di TMG Mall Indera Mahkota itu. Dia bersendirian hari ini kerana Fatimah menemani rakan guru serumahnya yang mahu mencari barang-barang untuk gubahan hantaran pertunangan.

Memandangkan bukan selalu untuk Julia sampai ke sini, dia mengambil peluang untuk berjalan dan membeli sedikit barang dapur. Penat berjalan, dia duduk melegakan tekaknya yang mengidam mahukan sesuatu yang manis dan sejuk.

"Assalamualaikum. Seorang je ke?"

Julia berpaling mencari empunya suara. Firhan rupanya.

"Firhan. Ehh, waalaikumussalam" Jawab Julia.

"Seorang je?" Tanya Firhan. Matanya melilau mencari kelibat Ammar.

"Ya saya seorang je" Balas Julia sambil menikmati ais krimnya.

"Mana Ammar?" Tanya Firhan. Takkan Ammar biarkan isterinya berjalan sendiri dalam keadaan sarat macam ni. Biar betul!

"Ammar tak duduk sini"

"Oh PJJ ya?"

"Tak lah. Actually we've separated. Dah lama dah. Saya tunggu habis 'iddah je" Jawab Julia. Malas mahu mendengar Firhan terusan bertanyakan hal Ammar. Bosan!

Firhan terdiam. Kekok. Sempat juga dia menyumpah mulutnya sendiri kerana bertanya soalan itu. Julia juga diam tetapi masih menikmati aiskrimnya sehingga habis. Sebaik habis, Firhan menghulurkan tisu, dan disambut Julia.

"I'm sorry" Tutur Firhan pendek.

"Don't be. Saya okey. Tak ada apalah. Benda dah jadi, dah lepas dah pun" Balas Julia tenang.

"You buat apa kat sini?" Sambung Julia.

"Cari hamper untuk anak buah yang baru dapat baby. Tapi tadi I nampak you. So I stop here first" Jawab Firhan.

"Oh, I teman boleh? Tak rasa macam nak balik lagi. Lagipun, dah hujung-hujung macam ni, elok juga I banyakkan berjalan" Tanya Julia yang entah dirasuk apa sehingga dia menawarkan diri begitu. Tentunya disambut baik oleh Firhan.

"Mestilah boleh. You can help me to choose. I tak pandai sangat pilih hamper" Tutur Firhan yang mengawal suaranya yang bergetar dengan perasaan teruja.

"Beli barang babylah benda yang paling best. Cepatlah kahwin Firhan. Nanti I boleh beli hamper untuk anak you pula" Julia tergelak. Firhan juga.

" Hahaha, Insya Allah. Doakan sidia bersetuju" Gemersik suara Firhan menuturkan ayat itu. Ayat itu pula, sebaliknya menjadikan Julia lebih yakin semuanya sudah selesai antara mereka. Bagi dia, tentulah Firhan sudah moved on dan mencari pengganti selama beberapa tahun mereka tidak berjumpa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience