18

Romance Completed 51694

*Flashback*

Kehidupannya sehari-hari hanya berkisar disekitar sekolah dan rumah sewa. Sampai sahaja dirumah sewa, biasanya dia akan melakukan sedikit carian untuk aktiviti dalam menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Dia suka menyiapkan RPH 2 3 minggu lebih awal sementelah, hanya itu yang dapat membantu dia dari terusan berfikir tentang penceraiannya.

Sedih, perit dan kecewa. Segalanya bercampur baur. 2 minggu diceraikan, beratnya turun mendadak sehingga 10kg. Tak terasa lapar perut. Hanya bertemankan air mata setiap kali dia teringat kan peristiwa itu. Hanya 3 hari selepas menyambut ulangtahun pernikahan yang keempat, dia dihadiahkan talak oleh suami. 2 minggu berkurung dirumah sewa lama, dia menggagahkan diri untuk menghadiri temuduga guru interim di Kuala Terengganu.

Naik turun bas dan hanya menyewa motel murah sebagai tempat melepas lelah hanya untuk berjimat. Sungguh, menghadiri temuduga dalam keadaan begitu bukanlah mudah. Tiba sahaja di Kuala Lumpur sebaik tamat temuduga, dia dikejutkan dengan ketibaan notis yang menuntutnya ke mahkamah untuk menghadiri perbicaraan. Lelah dirasakan, satu demi satu dugaan yang datang dengan keadaan sendirian hampir saja membuatkan Julia menjadi gila.

Apatah lagi dengan penghinaan dari keluarga Ammar yang menyuruhnya menghantar peguam sahaja sebagai wakil. Maruahnya seolah dipijak lumat. Apatah lagi dengan angkuhnya mama Ammar memberitahunya bahawa segala kos peguam yang mewakilinya akan ditanggung oleh keluarga Ammar.

Kalau tidak kerana di teman Auni, mungkin sahaja dia sudah menamatkan hidupnya sendiri. Dia hamba Allah yang gagal menyambut baik ujian yang diberi.

"Ju...." Sentuhan tangan Ammar mendarat ditangan kirinya, menarik dia kembali kedunia nyata.

"...abang minta maaf" Tangannya dibawa kebibir Ammar. Hangat. Namun hangat lagi air matanya mengenangkan segala yang telah Ammar lakukan.

"...abang gagal tunaikan tanggungjawab abang dekat Ju. Gagal tunaikan janji abang dekat Ju. Abang minta maaf" Basah kekura tangannya dengan air mata Ammar. Tangannya ditarik perlahan.

"Kita dah tak ada apa-apa hubungan. Tuan Ammar boleh balik. Tak perlu datang jenguk saya kat sini" Perlahan dan lembut bicara Julia, menyembunyikan bunyi sedih dari terzahir. Tapi entah kenapa Ammar terasa begitu sakit dihatinya. Serentak itu Julia menukar tubuhnya ke posisi lain, mengiring membelakangi Ammar. Menyembunyikan perasaan sesak dalam dadanya, menyembunyikan air mata yang tak berhenti mengalir dari saat awal melihat Ammar ada dihadapan mata.

"Abang faham Ju marah lagi dekat abang. Ju berhak marah. Abang minta maaf. Buat masa sekarang ni, Ju rehat dulu. Nanti abang datang lagi. Baby jaga ibu baik-baik. Kalau nak makan apa-apa, bagitahu papa" Tangan yang tadi teragak mahu menyentuh perut Julia, entah kenapa tetap bergerak dan mengelus perut itu perlahan. Julia terkaku. Terasa dirinya bodoh membiarkan Ammar menyentuh dirinya sesuka hati.

Langkah diatur menuju keluar. Sebaik sahaja dia melangkah keluar, kelihatan 2 kelibat manusia sedang berdiri tegak, memerhatikannya tajam. Ammar faham sekali maksud renungan itu. Pantas jari telunjuknya diangkat ke bibir dan dia menggeleng.

"Aku boleh terangkan semuanya tapi bukan dekat sini" Bisik Ammar kepada Hafiz. Fatimah yang mahu melangkah masuk membatalkan hasratnya. Pasti Julia perlukan masa. Dia mengikut Ammar dan Hafiz ke kafe di tingkat bawah.

"Kenapa kau tak beritahu kami?" Tanya Hafiz. Dia malas nak berbasa basi.

"Aku tak tahu macam mana nak mulakan" Dia merenung kopi dihadapannya.

"Kenapa aku tak tahu pun yang kau dah kahwin?" Tanya Hafiz lagi. Dah gaya polis yang melakukan soal siasat

"Aku dengan Julia tak nikah dekat sini. Kami kahwin lari. Lepas tu baru daftar disini" Jawab Ammar. Masih merenung kopi. Sejujurnya dia tak tahu macam mana untuk berhadapan dengan Fatimah. Dia malu.

"Subhanallah. Patutlah aku tak tahu. Am, aku serius tak tahu nak cakap apa" Tutur Hafiz.

"Hafiz, Imah naik dulu" Fatimah lekas bangun. Airnya langsung tidak diminum.

"Fatimah" Langkah Fatimah terhenti.

"...tolong berpura-pura macam awak tak tahu lagi pasal ni. Saya tak nak emosi Julia terganggu dalam keadaan macam ni" Ucap Ammar. Fatimah berpusing menghadap Ammar.

"Tuan, tak perlu saya tahu. Dengan kemunculan tuan je dah cukup mengganggu emosi kawan saya" Langkah diatur ke lif untuk menuju ke tingkat atas.

Ammar terkedu. Hafiz terdiam. Sisi lain Fatimah yang tidak pernah diketahuinya kini muncul.

"Assalamualaikum Ju dan baby" Suaranya diceriakan. Mata Julia kelihatan sedikit sembap, namun masih menyambut kehadiran Fatimah dengan senyuman. 'Baru lepas nangislah ni' Bisik hati Fatimah.

"...sorry Imah lambat" Sambung Fatimah.

"Tak apa. Imah dah makan?" Masya Allah, bagaimana seorang suami boleh meninggalkan seorang isteri yang sentiasa berfikir tentang orang lain walaupun dia sendiri terbaring sebegini?

"Sudah. Imah bawa Hafiz makan rojak mee ayam dekat kedai Kak Ina. Walahhh, menjilat jari Hafiz makan" Fatimah ketawa kuat. Ju sekadar tersenyum.

"Nanti boleh bagi dia cuba nasi sup daging pula kat kedai Kak Ina tu" Cadang Julia.

"Haaaaa, good idea. Tapi esok-esoklah. Hafiz cakap dia dah buncit sejak datang Kuantan" Tawa mereka berdua pecah serentak.

"Imah buka televisyen lah. Sunyi sangat. Ju nak apa-apa tak?" Alat kawalan televisyen dicapai. Toto yang berlipat dibuka dan dibentang berlipat dua. Cukup tebal untuk mengelakkan kesejukan lantai dirasai Fatimah.

"Tak ada apa-apa. Imah, Imah balik jelah. Tak payah tidur sini. Esok kan Imah kena mengajar"
Pujuk Julia. Imah mengeluh.

"Ju tak suka ke Imah teman?" Tanya Fatimah.

"Bukan tak suka, tapi Imah bertugas kan mulai esok? Bertugas kan kena pergi sekolah awal. Ju takut Imah penat. Imah tak tidur sini pun tak apa. Imah boleh datang esok lepas balik sekolah" Pujuk Julia lagi.

"Habis nanti kalau Ju nak apa-apa macam mana?" Tanya Imah. Cuba memujuk Julia membenarkannya bermalam disitu.

"Ju tak ada perlukan apa-apa. Botol air pun dah ada dekat dengan Ju. Lagipun Ju satu malam je ni. Esok boleh balik dah. Imah datang ambil ju esok boleh?" Pujuk Julia lagi.

"Hmmmmm, tak nak. Imah nak tidur sini, werkk" Ucap Fatimah sambil menjulingkan matanya.

"Nanti sakit badan baru tahu" Balas Julia.

"Hahahaha, biarlah. Tu baik tengok cerita Korea tu. Alahh terliur pula tengok mereka makan" Mata Fatimah tidak lepas menatap skrin televisyen.

"Imah, kita pergi makan dekat Dubuyo nak tak nanti? Malam tadi Ju mimpi makan Bingsu Banana kat situ. Masya Allah, sejuknya terasa sampai ke tekak"

"Boleh sangat-sangat. Bulan ni kita tak ada keluar jalan-jalan makan sama-sama kan. Imah nak Empire Sushi. Nak beli mochi dia. Lepas tu Imah nak makan dekat Mee Tarik Warisan tu. Sedap kan Ju?" Cerita Fatimah. Julia diam je. Fatimah menoleh ke kirinya. 'Lahhhh, tertidur rupanya' Dia tersenyum mengingatkan sudah 2 kali Julia terlelap sewaktu mereka sedang bersembang.

Katil Julia didekati. 'Ju, jangan risau. Imah ada. Imah boleh jaga Ju dengan baby. Janganlah risau sangat. Rehat je cukup-cukup'. Bersimpati dengan nasib Julia, apatah lagi penyebab semua derita ini sudah muncul di depan mata!

Good morning and enjoy your reading :) Stay safe everyone!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience