60

Romance Completed 51694

Norli terbangun dari tidur. Semenjak 2 3 minggu kebelakangan ini, dia kerap kali termimpikan Julia. Setelah bernikah demgan Ammar, Julia terputus hubungan dengan mereka. Sehinggalah hampir 9 bulan yang lepas, dia kembali. Tapi belum sempat dia mendekat, suaminya sudah menghalau Julia.

Julia anak yang paling kurang masa bersama mereka. Anak yang paling diabaikan dari segi kasih sayang mahupun keperluan. Anak yang paling berdikari. Norli dan Mohamed terlalu mementingkan keperluan anak-anak yang lain sehingga terlupa yang mereka masih punyai seorang lagi anak perempuan.

Dia bingkas bangun ke bilik air untuk mengambil wuduk. Suaminya tiada, bermalam dirumah isteri kedua. Sejadah dihampar. Dia melakukan solat sunat. Memohon agar Julia terselamat dari sebarang bahaya. Dia merindui Julia. Anak yang paling dibenci menjadi anak yang paling dia rindu.

"Kenapa umi benci sangat dengan Ju? Apa salah Ju? Ju tak minta pun dilahirkan. Tapi kenapa bila Ju lahir, umi layan Ju macam ni?" Masih teringat lagi esak tangis Julia suatu masa dahulu semasa dia masih bersekolah di tingkatan 5.

Waktu itu Julia memberontak kerana tidak dibelikan baju sekolah baharu untuk kegunaannya sedangkan adik-adik mendapat keperluan yang cukup, tiada apa yang kurang. Baju sekolah Julia dipakai dari tingkatan 3. Kasut sekolah pun berlubang, ternampak jari kakinya andai dipakai. Persalinan terakhir yang dibelikan oleh bonda angkatnya.

"Kau jangan buat aku marah boleh tak? Memang kau tak minta dilahirkan, tapi kau tahu apa yang jadi bila aku mengandungkan kau? Abah kau tu curang. Tak cukup dengan curang, dia nikah senyap-senyap belakang aku. Bila kau lahir, rumah kita kena rompak. Mak ayah aku meninggal kemalangan. Kalau bukan pembawa sial, apa tandanya tu?" Norli melenting.

"Umi tak adil. Tu semua bukan salah Ju, tapi umi tetap salahkan Ju. Umi pilih kasih. Ju benci umi" Jerit Julia sambil menangis. Baru sahaja dia berpusing untuk masuk kebilik, Norli lebih pantas menarik rambut Julia yang ditocang satu.

"Dasar anak tak reti bersyukur. Aku bagi makan kau, sara sekolah kau, kau boleh jerit dekat aku. Anak tak sedar diri" Tubuh Julia ditolak sehingga jatuh terbaring. Rambut Julia di cengkam dan ditarik serta di hentak ke lantai simen bermozek itu beberapa kali sehingga Julia berhenti bersuara.

"Kau ingat kau je pandai benci aku? Aku bencikan kau lebih dari segalanya. Kenapa kau lahir? Kenapa bawa masalah untuk keluarga aku? Kalau aku tahu macam ni, dari kau kecil tu, aku ramas-ramas pijak-pijak kau bagi mampus" Pipi Julia ditampar kuat sebagai penghabisan.

Dia berlalu ke bilik. Dia benci dengan anak perempuannya itu. Sudahlah kurang cantik berbanding kakaknya, kulit Julia juga sedikit gelap dari kakaknya walaupun Julia itu sendiri dalam kategori perempuan berkulit cerah.

Sejak dari sepupunya meninggal sebab kemalangan, Norli terpaksa mengambil kembali Julia untuk tinggal bersamanya. Sejak dari itu dia menjadi lebih benci pada Julia. Entah kenapa, tapi semenjak dari Julia lahir dia benci. Apatah lagi semenjak Julia masih kecil, sering ditanya oleh saudara mara dan jiran-jiran mengapa Julia lebih gelap kulitnya. Seolah Julia bukan anaknya.

Julia juga pandai. Sejak dari insiden kepalanya di hentak ke lantai, dia tidak lagi bersuara atau bersembang dengan sesiapa dalam keluarga. Masanya banyak dihabiskan didalam bilik yang dulunya dikongsi bersama kakaknya. Namun sejak kakaknya menyambung pelajaran di Kuala Lumpur, dia bersendirian.

Belanja sekolah yang diperolehi disimpan. Jarang sekali dia makan disekolah. Dia tak nak meminta duit yuran dan duit buku aktiviti untuk SPM dari abah atau uminya. Sudah cukup dia menjadi beban kepada mereka. Dia tidak sanggup lagi dikecam. Seawal 6.30 pagi dia sudah mulai berjalan untuk keluar ke jalan besar untuk menunggu bas ke sekolah.

Pada waktu petang pula, habis kelas tambahan baru dia balik kerumah. Juga menaiki bas dan berjalan dari jalan besar masuk ke kawasan kampung rumahnya. Ada masa, kalau tiada bas, ataupun bas lambat, hampir Maghrib baru dia tiba dirumah. Dia akan kalut mencuci baju sekolahnya yang hanya ada sepasang itu. Makanan pula, andai ada dia makan. Jika tiada, cukup dia membancuh segelas milo untuk alas perut.

Dia akan berkurung didalam bilik, menyiapkan kerja sekolah sambil mendengar radio. Itu sahaja rutinnya dirumah.

"Allah, ampunkan aku ya Allah. Aku gagal menjaga amanah-Mu kepada ku sebaik mungkin. Ampunkam dosa-dosaku ya Allah. Di mana dia sekarang ya Allah? Jaga lah dia, berikan dia sebaik-baik keselamatan" Air mata Norli tidak dapat ditahan lagi.

'Ju kat mana? Kalau tak nak balik, sekurang nya telefon lah umi. Umi rindu. Umi risau'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience