55

Romance Completed 51694

Nur Maryam.

Nama yang dipilih Julia. Sekian lama menyimpan nama, hari ini pada hari ketujuh kelahiran sudah bertuan.

"Assalamualaikum Nur Maryam" Sapa Fatimah.

"Waalaikumussalam bonda Imah. Masuklah. Maryam baru lepas mandi" Julia mengulit Maryam yang sudah mula membuka matanya itu. Setelah bayinya bertukar tangan, Julia membetulkan duduk. Perit perutnya masih terasa.

Julia ditemani pembantu yang dibayar Anuar. Adakalanya Puan Sri Safiah turut bertandang dan tidur dirumahnya.

Pada pagi pertama selepas melahirkan, Ammar datang menziarahinya. Ditemani masuk oleh Firhan. Dibantu Firhan untuk memangku bayi, disuruh Firhan untuk diazan dan diiqamatkan Maryam.

Setelah Ammar beredar, Julia bertanya kepada Firhan tentang perlakuannya kepada Ammar.

"Ammar tetap ayah kandung baby. Sekurangnya kita bagi dia peluang itu" Firhan hanya tersenyum.

"Mama nak ikut bang chik balik dulu, atau mama nak tunggu sini?"

"Bang chik masuk kerja kan? Bang chik balik dulu lah. Mama tunggu sini. Kejap lagi mama nak temankan Ju mandi dulu"

Firhan hanya mengangguk faham.

"Nanti bang chik minta orang hantarkan baju mama" Tangan mamanya disalami.

Pada pandangan mata orang-orang, pasti terlihat dia seorang ibu baru yang sangat bahagia. Ditemani suami dan ibu mentua yang begitu baik menjaganya. Sedangkan hakikat sebenar, mereka tiada apa-apa pertalian dengannya.

"Ju" Fatimah menyentuh perlahan bahu Julia.

"Haaa ye" Julia termalu sendiri kerana sempat lagi dia berangan.

"Ju fikirkan apa sampai terkejut macam ni sekali?" Fatimah sudah tergelak sendiri.

"Ju tengah fikir nak pergi majlis tunang Imah dengan siapa" Balas Julia. Fatimah pula tersipu-sipu.

"Tu lah, awal pula Maryam lahir. Tak bagi peluang ibu datang majlis tunang bonda" Fatimah dan Julia sudah tergelak.

"Nasib Maryam lahir awal. Kalau tak, sampai ke sudah lah ibu tak tahu kan bonda dengan Pak Cik Hafiz tu dah nak ke fasa seterusnya" Usik Julia.

"Kalau Ju nak ikut Imah pun boleh. Imah janji Imah bawa perlahan je kereta" Jawab Fatimah.

"Kak Tini ikut sekali boleh ke?" Tanya Julia teragak-agak.

"Boleh la. Muat je kereta tu. Yeayy bestnya Ju dengan Maryam ada sekali nanti" Fatimah memang sangat teruja. Mana tidaknya, kasihnya sudah tertumpah buat Maryam.

~Flashback~

"Abang minta maaf dengan apa yang abang buat. Dengan apa yang mama buat dekat Ju. Lepas tu abang tak bertanggungjawab dengan Ju. Padahal abang dah janji nak jaga Ju baik-baik. Tapi tengoklah, akhirnya Firhan juga kan yang ada dan jadi hero Ju" Tutur Ammar sambil tergelak kecil.

"Mesti Ju malu. Abang carikan Ju rumah sewa baru ya?"

"Tak payah. Ju okey. Abang, Ju sikit pun tak salahkan abang. Ju faham perasaan mama abang. Sekarang ni lagilah Ju faham. Seksa nak lahirkan seorang anak ni. Jadi selagi boleh, abang taatlah pada mama"

"Mesti abang dah tak ada peluang lagi kan untuk bersama dengan Ju semula, dengan Maryam"

"Abang tetap papa Maryam. Ju tak akan halang abang jumpa Maryam. Bila-bila pun, abang datanglah. Soal jodoh tu, kalau ada rezeki, dan sememangnya takdir yang mahu kita bersatu semula, kita terima dengan hati yang terbuka. Buat masa sekarang, abang selesaikan dulu semua hal abang dengan mama. Jangan fikir sangat pasal Ju, pasal Maryam"

"Ju sayang abang lagi tak?" Soalan cepumas dari Ammar.

"Mestilah sayang. Kan Ju pernah cakap, apa pun jadi, Ju jatuh cinta hanya sekali. Sayang sepenuh hati. Bukan sekejap kan kita bersama, bukan senang nak lupa. Tapi buat masa sekarang, takdir nya jodoh kita terhenti disini. Abang reda lah. Ju dah reda. Dah terima. Ju lagi tenang" Jawab Julia.

"Kita balik jumpa keluarga Ju nak? Abang akan minta maaf dekat abah umi. Abang akan buat mereka terima Ju dengan Maryam semula"

"Tak apa. Ju belum cukup kuat lagi. Insya Allah, bila Ju dah bersedia, Ju beritahu abang" Julia mengukir senyuman yang paling manis. Hari itu, setelah selesai urusan mendaftar kelahiran Maryam, lama Ammar bersembang dengan Julia dihadapan rumah. Teringat saat Julia menyediakan kopi buatnya.

"Firhan tu baik, mama dia pun. Kalau dulu Ju terima Firhan instead of ikut abang kahwin lari, mesti Ju dah bahagia dengan Firhan. Tak perlu nak hadap semua ni. Abang malu sangat setiap kali jumpa Firhan"

"Taklah, Ju tak pernah menyesal. Ju bahagia dulu, walaupun tak lama. Tapi Ju akui dengan ikhlas, Ju bahagia dengan abang. Abang menyesal ke kahwin dengan Ju?" Tanya Julia.

"Abang menyesal tak hargai Ju masa kita masih terikat bersama" Jawab Ammar pendek.

"Tapi sekarang ni mama lebih perlukan abang. Abang berbaiklah semula dengan mama ya. Pujuk mama baik-baik. Ju minta maaf, dah rosakkan hubungan abang dengan mama"

Share this novel

Novelette
2020-12-13 19:37:51 

Insya Allah malam ni ye :) terima kasih sudi baca.

Noraliza Mohamad
2020-12-13 19:18:17 

episod seterusnya sis..


NovelPlus Premium

The best ads free experience