1

Romance Completed 51694

"Ammar, kau dah ada idea tak apa yang kau nak buat untuk program CSR kita tahun ni? Jangan cakap kau nak bersihkan pantai lah, nak gotong-royong lah, nak buat larian amal lah. Aku tak suka. Penat". Ammar tergelak besar mendengar rungutan Hafiz yang tidak sukakan aktiviti luar, apatah lagi kalau dia perlu banyak bergerak kesana kesini.

"Kau ada idea ke apa yang kita boleh buat? Aku pun ingat nak buat yang lain dari program sebelum ni. Kalau boleh yang kita sumbang duit je. Projek kita banyak yang tengah berjalan ni. Aku takut tak sempat selesai. Kalau buat program macam yang sebelum ni, alamaknya memang tak siaplah projek kita". Mata Ammar masih fokus pada skrin komputer dihadapannya.

Kemudian wajahnya dipalingkan ke arah Hafiz yang tersengih melayangkan sesuatu. 'Sah aku dah kena main dengan si Hafiz ni'. Desis hati Ammar.

"Aku ada dapat kertas kerja dari seorang cikgu ni. Aku dah baca dan aku rasa okey. Dia tengah cari penyumbang untuk membangunkan Bilik Media kat sekolah dia. Benda-benda macam komputer projektor speaker tu semua". Kertas kerja tadi diletak diatas meja Ammar dan ditolak sedikit ke arah Ammar.

Ammar mengimbas muka depan kertas kerja itu sekali lalu. Tertera nama sebuah sekolah di Kuantan, Pahang.

"Kenapa jauh sangat sekolah ni Hafiz, macam mana cikgu tu boleh hantar ke kita pulak?" Ammar mengangkat kening. Mesti ada sesuatu ni. Tengok Hafiz pun resah semacam je.

"Ermmm, kau ingat tak Fatimah yang aku ceritakan dulu?" Jari jemarinya mengetuk meja Ammar. Resah.

"Oh ni sekolah Fatimah ke?" Tanya Ammar. Hafiz mengangguk.

"Tapi bukan Fatimah cikgu Bilik Media tu. Kawan dia. Dia cuma bantu kawan dia hantar dekat aku. Sebab dia cakap, dah banyak tempat kawan dia hantar. Tapi tak ada satu syarikat pun nak sumbang... ". Terang Hafiz. Ammar yang mula berminat mengambil kertas kerja tersebut dan dia mula membaca.

"...tapi aku rasa program ni okey. Tak payah berjemur panas. Semua ni cikgu tu yang akan uruskan. Kalau ada apa-apa pun macam kena mengecat ke, baiki dinding ke apa-apa ke, kita boleh upah orang je. Lagipun, ini untuk pendidikan kan. Boleh bantu anak bangsa kita".

"Selalunya syarikat ni susah nak bagi sumbangan kalau tak ada pengecualian cukai. Cuba kau tanya dengan Finance, sumbangan ni boleh dapat pengecualian cukai ke tak. Sebab ruuuu..."
Ammar terdiam. Matanya terpaku pada sebaris nama yang dirinduinya.

"Ruuu apa bro?" Hafiz yang terperasankan perubahan pada muka Ammar bertanya. Ammar berdehem.

"Oh, hahh, apa aku nak cakap tadi? Haaa, sebab rugi kalau sumbangan tak dapat pengecualian cukai, nanti kena bayar cukai lagi. Banyak duit keluar pula nanti". Jelas Ammar.

"Okey aku tanya bahagian Finance dulu". Hafiz berdiri, tangannya pantas mencapai kertas kerja yang dipegang kejap oleh Ammar namun terlepas.

"Eh aku tak habis baca lagi ni. Tinggal sini dulu. Kau pergi je tanya Finance tu". Dia membuat isyarat tangan menyuruh Hafiz pergi.

"Haaa yelah yelah. Aku tanya sekarang". Hafiz terus keluar dari ruangan pejabat Ammar.

"Jauh ke Pahang awak bawa diri, patutlah saya cari tak jumpa". Nama itu diusap perlahan, seolah mengusap pipi pemilik nama itu.

Julia Shazana binti Mohamed.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience