21

Romance Completed 51694

"Ibu rasa Imah salah tak?" Tanya Fatimah. Gambar Julia sedang makan bersama Ammar dihantar. Segala cerita mengenai Julia sememangnya diketahui oleh Puan Hajar.

"Salah sebab bantu Ammar dapatkan peluang kedua?" Duga Puan Hajar.

"Imah tak tahu nak buat apa. Imah tahu cerita Ju. Ju pun dah cakap yang mungkin sampai bila-bila dia takkan boleh lupakan semua tu. Imah tengok dengan mata Imah sendiri betapa Ju menderita. Tapi sekarang Imah macam tengah tolong orang yang zalim dekat Ju" Segalanya diluahkan.

"Macam ni Imah, talak dalam Islam diberi peluang 2 kali. Maksudnya, kalau 2 kali bercerai, masih boleh rujuk. Kali ketiga memang tidak ada peluang lagi dah. Sampai bila-bila takkan ada peluang melainkan yang perempuan nikah dengan orang lain dulu.

Tapi ibu tak nak sentuh bab tu. Imah tahu apa hikmahnya? Kita manusia. Bukan setiap masa kita rasional. Ibu bukan nak sebelahi Ammar, tapi selagi tak habis 'iddah, Ammar masih boleh cuba. Andaikata Ju dah bersalin nanti dalam keadaan mereka masih belum rujuk, maksudnya sampai setakat itu sahajalah jodoh mereka.

Buat masa sekarang, Ammar boleh cuba. Tapi tetap yang membuat keputusan, memberi persetujuan tu, Ju sendiri. Perempuan mengandung ni, kuat macam mana pun, tetap perlukan suami dia. Sekurang-kurangnya Ammar ada. Keluarga Ju pun jauh kan, hubungan mereka pun belum baik lagi" Balas Puan Hajar.

"Tapi ibu, betul ke apa Imah buat ni?" Tanya Imah lagi.

"Macam ni lah Imah, ibu rasa lagi bagus kalau Imah jangan sebelahkan sesiapa. Biar mereka yang selesaikan urusan mereka. Imah tengokkan Ju tu. Jangan bagi dia stress. Tak elok untuk baby" Nasihat dan pesan Puan Hajar.

"Okey ibu. Imah pergi dulu. Nanti Imah call ibu lagi. Kirim salam rindu Imah dekat ayah. Assalamualaikum ibu"

Selepas tertidur dalam keadaan menangis tadi, Julia bangun dengan sakit kepala. Kerana menangis tak berhenti barangkali. Dia menatap wajahnya pada cermin di almari baju yang dibeli oleh Ammar. Sembap. Matanya bengkak. Tuala dicapai dan langkah diatur kedapur kecil rumahnya untuk ke bilik air. Kelihatan sebiji mesin basuh baru terletak elok diluar bilik air.

Dapat dirasakan darahnya mendidih dengan perasaan marah. 'Memang tak reti bahasalah. Kalau dulu mungkinlah aku akan suka. Tapi kali ni tak mungkin. Tak akan. Sampai bila-bila'. Bentak Julia. Dia sendiri dapat merasakan dirinya berubah bertentangan dengan dirinya sebelum Ammar muncul walaupun sebelum ini telah disakiti dengan teruknya.

Siap mandi dan solat Asar, Julia mengqadha' solat Zuhurnya yang terlepas disebabkan pergaduhan mereka sebelum ini yang menyebabkannya tertidur.

Ammar : Ju nak makan apa malam ni? Abang belikan dan hantar :) Or kalau nak makan luar sama-sama pun boleh.

Julia sekadar membaca WhatsApp yang dihantar. Dah ada nombor telefon pula.

*Double blue tick*

Ammar : Okey, papa rasa ibu nak diet kot. Tak nak makan malam. Tak apa, papa tanya baby, baby nak makan apa? Papa belikan dan hantar dekat rumah baby.

*Double blue tick*

Ammar : Okey abang beli mihun sup hantar. Nanti Ju ambil dekat beranda rumah lepas abang ketuk pintu.

Hampir 45 minit kemudian, pintu rumah Julia diketuk. Tiada jawapan. Telefon bimbit dikeluarkan. Nombor telefon Julia didail. Ada deringan, tapi tidak dijawab. Hampir setengah jam begitu, Ammar kembali ke hotel tempat penginapannya, Hotel Zenith.

Ammar : Ju solat ke tadi? Abang dah letak makanan atas kerusi dekat luar rumah Ju. Ambil cepat-cepat ye. Takut kucing cakar nanti.

*Double grey tick*

WhatsApp dari Ammar hanya dibaca dari notifikasi WhatsApp. Dia tidak membukanya kerana tidak mahu tanda kelabu itu bertukar biru. Dalam fikirannya dia sedang berfikir untuk mengambil makanan yang dihantar Ammar, tetapi hatinya menegah. 'Baru hantar makanan dah cair segala marah dan dendam. Hebat penangan mihun sup gayanya'. Kedengaran hati Julia ketawa mengejek.

Dia membatalkan hasrat untuk makan lalu masuk ke bilik dan berbaring diatas katil. Mata cuba dilelapkan. Gagal. Lama dia bergolek kekanan dan kiri katil semata mahu melelapkan mata. Penat berbaring, Julia bangkit. Dia lapar. Langkah diatur ke dapur. Mencari apa yang boleh dimakan. Tiada apa-apa walaupun sekeping biskut. Akhirnya dia membuat keputusan untuk membancuh segelas susu untuk mengalas perut.

"Tak pernah-pernah lapar sampai tak boleh tidur, hari ni bukan main lagi lapar sampai tak bagi ibu tidur. Lepas ibu minum ni kita tidur ye" Perutnya diusap lembut. Gelas berisi susu suam dibawa ke meja makan. 'Wah wah wah, bukan main tadi kau mengamuk, sekarang kau bersenang lenang duduk minum susu kat sini. Tulah, orang hantar makanan, kau jual mahal. Kan dah kelaparan' Ejek suara hati Julia.

'Orang dah bagi, guna ajelah Ju. Dah memang tanggungjawab dia kan bagi kau dengan anak selesa' Balas fikirannya pula. Badannya yang kepenatan tidak mampu lagi melanjutkan perbalahan itu, akhirnya dia masuk ke bilik dan melelapkan mata sebaik sahaja kepalanya dialasi bantal.

"Ju....?"

Enjoy reading :), and take care everyone!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience