46

Romance Completed 51694

"Ju hutang dengan Imah pasal Firhan" Usik Imah mengingatkan Julia. Julia sekadar tergelak kecil.

"Dia kawan biasa je Imah" Terang Julia.

"Takkan kawan biasa sampai mama dia beria datang Kuantan semata nak jumpa Ju"

"Eh taklah Imah. Mama dia datang jumpa Firhan tu. Kebetulan je jumpa Ju"

"Takkan tak ada kisah antara Ju dengan Firhan?" Fatimah masih mencuba mengorek rahsia.

"Ni kisah lama dah. Ju kenal Firhan sebab kawan Ju suka stalk dia masa kami dekat pusat asasi dulu. Firhan tu kan ada rupa. Ramailah peminatnya"

"Mesti termasuk dengan Ju sekali kan?" Usik Fatimah.

"Tak, sebab masa tu Ju ada crush lain. Haha"

"Sampai masuk universiti untuk degree, ditakdirkan Ju sekelas dengan Firhan. Sem 1 dua kelas sama. Sem 2, satu kelas sama. Kawan Ju masa tu memang seronok sangat. Yelah sebab hari-hari boleh tengok crush kan. Segala apa yang berkaitan dengan Firhan Ju tahu. Sebab kawan tu memang tak berhenti bercerita tentang penemuan maklumat baru pasal Firhan.

Sampai lah satu hari tu Firhan tegur Ju masa kami ramai-ramai tengah tunggu kelas dikosongkan sebelum mula kelas kami. Kawan Ju ada juga mencelah tapi Firhan tak melayan sangat. Disebabkan itu, kawan Ju tu gaduh dengan Ju. Dia cakap Ju nak caras Firhan. Teruk juga kami gaduh sampai tak bertegur sapa walaupun sekelas dan satu tingkat yang sama dekat hostel.

Benda ni jadi lagi teruk masa sem 2. Ju sekelas dengan Firhan. Pada masa yang sama, dalam kelas tu Ju satu kumpulan dengan Firhan untuk tugasan subjek tu. Ya Allah lagi lah meliar gosip orang dekat Ju.

Sem 2 tu memang kemuncak lah bagi segala-galanya. Lepas Ju habis final exam, sebaik sahaja Ju keluar dari dewan, tiba-tiba Ju ditegur dan dipeluk mama Firhan. Bayangkan Imah, depan orang ramai-ramai yang tengah berebut nak keluar dari dewan, mama Firhan datang peluk. Kami pergi ke kafe berdekatan, minum-minum dan berkenalan.

Lepas kejadian tu, memang Ju dibenci oleh semua gadis yang berkenan dekat Firhan. Ya Allah mencabar betul masa tu. Firhan pulak memang jenis ramah. Asal jumpa je nak tegur. Tak membantu langsung menghentikan gosip tu.

Mama Firhan tu memang baik, setiap kali Firhan ada discussion dengan kami, setiap kali tu lah mama dia kirimkan makanan untuk Firhan bagi dekat kami. Itu yang Ju rasa bersalah nak tolak permintaan mama Firhan nak jumpa Ju.

Lagi pun, Firhan sendiri pernah tolong Ju masa Ju dalam LRT dari rumah abang nak balik universiti. Dia tolong jadi penghadang setiap kali Ju naik LRT kalau Ju terserempak dengan dia masa LRT penuh dan sesak. Jadi Ju terselamat dari insiden yang bukan-bukan dalam LRT tu. Siap kongsi teksi dengan Ju lagi dari stesen LRT nak balik hostel" Panjang lebar Julia bercerita.

"Wah gentleman sangat ni Firhan. Patutlah Ammar rasa terancam" Gelak Fatimah.

"Ada ada je Imah ni. Nak terancam kenapa. Ju dengan Firhan bukan ada apa-apa hubungan. Samalah juga Ju dengan dia pun. Mana ada apa-apa hubungan" Balas Julia.

"Ju je yang cakap macam tu. Tapi Imah rasa Ammar masih berharap boleh rujuk balik dengan Ju" Tutur Fatimah.

"Mengarut lah Imah. Dia yang ceraikan. Takkan dia nak semula" Tukas Julia.

"Tapi kalau Ju dengan Firhan pun okey juga. Handsome. Bertanggungjawab. Mamanya pun baik" Usik Fatimah lagi.

"Mengarutlah Imah. Kami kawan je lah" Julia menepuk lengan Fatimah lembut.

Putus cinta itu tak sakit. Yang sakit adalah bila dah putus, tetapi masih cinta!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience