44

Romance Completed 51694

Tengahari itu Ammar berhajat mahu makan tengahari bersama Hafiz, Fatimah dan Julia. Jadi dia terus sahaja ke rumah Julia untuk menjemput Julia dan Fatimah. Sebaik tiba, beberapa kali diberi salam namun tiada jawapan. Tanpa berlengah Ammar menghantar mesej kepada Julia melalui WhatsApp.

Ammar : Abang ada depan rumah. Ju pergi mana? Abang panggil tapi Ju tak keluar pun.

*Sent*

Julia : Ju keluar dengan Imah jumpa kawan untuk lunch. Will be back before 5.

Ringkas sahaja jawapannya. Ammar yang penasaran terus sahaja bertanya kembali.

Ammar : Kat mana?

Lama menunggu tetapi tiada balasan. Dia membuat keputusan untuk mencari Julia di dua kompleks membeli belah di Kuantan. Dia tertanya-tanya dengan siapa Julia bertemu sehinggakan mesejnya tidak berbalas.

"Assalamualaikum Ju. Maaf mama lambat" Ujar Puan Sri Safiah sebaik sahaja dia mendekati Julia dan Fatimah di restoran The Chicken Rice Shop itu.

Julia segera berdiri menyambut kehadiran Puan Sri Safiah. Tangan dihulur dan disalami Puan Sri Safiah.

"Ya Allah Ju, mama tak tahu ni. How far along?" Perut Julia yang membulat itu di usap berkali-kali. Firhan yang mengikuti dari belakang ternyata terkejut. Tidak dapat dilihat perut Julia kerana terlindung disebalik meja.

"Next month due" Jawab Julia pendek. Farisya juga disalami. Sejujurnya dia kekok. Selepas perbualannya bersama Firhan, selepas Zohor itu, ternyata Puan Sri Safiah sendiri yang menelefonnya. Memujuk berjumpa.

"Terima kasih sebab sanggup jumpa mama hari ni" Tangan Julia digenggam dan diusap lagi. Menzahirkan kesyukurannya atas kesudian Julia bertemu mata.

"Tak ada apa-apa Puan Sri. Kebetulan, Ju pun tak ada apa-apa hari ni. Puan Sri sihat?" Tanya Julia.

"Eh janganlah. Panggil lah mama. Luckily Farisya tanya mama dengan Firhan pasal nama Ju lepas dia baca proposal Ju tu. Kalau tidak, sampai sekarang pun kita tak jumpa lagi. Ju memang tak sudi berkawan dengan mama dah ke?" Balas Puan Sri Safiah.

"Bukan bukan, Ju segan nak panggil mama. Kita pun dah lama tak jumpa"

"Itulah, kali pertama dan terakhir mama jumpa Ju lepas final exam hari tu. Lepas tu, Firhan beritahu mama yang Ju dah kahwin" Lirih sahaja Puan Sri Safiah bersuara.

Fatimah berpura-pura melihat menu. Firhan dan Farisya terus sahaja menatap skrin telefon bimbit masing-masing. Kekok melihat adegan mama mereka dan Julia. Selama mereka belajar dahulu, Firhan banyak bercerita kepada mamanya tentang Julia. Gambar yang ditangkap secara curi juga ditunjuk. Betapa bersungguhnya dia mahukan Julia.

Tapi jodoh Julia bukan bersama dia. Hatinya hancur saat dikhabarkan oleh sahabat satu kuliah Julia bahawa pada cuti hujung minggu 8 bulan sebelumnya, Julia telah melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya. Itu pun diketahui kerana kerap kali mereka melihat Julia makan bersama seorang lelaki di sebuah kafe dalam universiti. Julia tidak sesekali menghebahkan berita perkahwinannya.

Berbulan selepas itu dia cuba menerima hakikat sebuah kehilangan. Kesakitan. Kehampaan. Segala usaha dilakukan, termasuklah berjumpa dengan pensyarahnya Dr. Atifah yang terkenal dengan kegarangannya semata untuk memohon agar dia dan Julia dimasukkan dalam satu kumpulan yang sama untuk tugasan.

Bila ditanya, dia berterus terang mengatakan bahawa dia menyukai Julia dan mahu Dr. Atifah membantunya. Pelik, tapi Dr. Atifah mahu bekerjasama dengannya dan bersetuju.

"Fir, eh Fir, berangan pula dia". Tamparan pada bahu Firhan mengejutkan dia dari lamunan beberapa tahun yang lepas.

"Ya ma?" Penyedut minuman dipegang dan air dikacau perlahan untuk menghilangkan perasaan gugup.

"Mama tanya ni, kat mana kedai yang jual baju baby? Mama nak belikan sikit untuk baby Ju" Ujar Puan Sri Safiah.

"Ada dekat tingkat bawah ma. Errr, jomlah Fir tunjuk"

"Tu nasi tak habis lagi?" Tanya Julia sambil menunjuk ke arah pinggan nasi Firhan. Sedari tadi dia perasan Firhan cuma menguis sahaja makanannya. Saat mereka berempat bersembang juga, Firhan tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Seolah dia tenggelam dalam dunianya sendiri.

"Dah kenyang. Jom, Fir bayar sekejap" Tutur Firhan sambil dia terus berdiri.

Sebaik sahaja mereka mula berjalan menuju ke eskalator untuk ke butik baju bayi ditingkat 2. Julia masih rancak bersembang bersama Fatimah, Farisya dan Puan Sri Safiah. Sehinggalah dia disapa seseorang.

"Ju?"

Cinta itu saling menyukai, bukan saling melukai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience