5

Romance Completed 51709

"Macam mana Ammar? Kau dah buat keputusan? Bukan apa, kalau jadi, aku nak bagitahu Fatimah".
Pagi-pagi hari lagi Hafiz sudah terpacak di hadapan pintu bilik pejabat Ammar. Dia membontoti Ammar masuk dan terus duduk tanpa dipelawa.

"Kau ni laju je kan nak cari jalan supaya kau boleh jumpa Fatimah tu. Kenapa? Dia balik KL eh hujung minggu ni?". Ammar meneka, keningnya diangkat, mengusik Hafiz.

"Alahhh kau ni, macam tak tahu pula. Bagilah aku peluang sikit. Takkan nak membujang sampai ke tua. Ada juga rasa nak beristeri, ada anak, ada keluarga sendiri." Hafiz mengeluarkan hujah balas setelah tersipu malu mendengar usikan Ammar tadi.

"Ni, Finance cakap apa? Kau dah tanya?". Suara Ammar kedengaran serius.

"Hmmmm yang tuuu....., aku dah tanya, tapi Puan Zila cakap nanti dia semak". Kepalanya yang tidak gatal digaru. 'Aduh, terlepas peluang nak jumpa Fatimah hujung minggu ni'.

"Dah tu kau tanya aku ni kenapa? Kalau aku setuju lepas tu tak boleh potong cukai, aku potong gaji kau jelah eh?" Ucap Ammar serius.

"Eh mana boleh, tak kahwinlah aku nanti". Ucap Hafiz sambil membuat muka kesian, mengharapkan ihsan Ammar dalam usahanya mengorat Fatimah, anak jirannya, yang sudah lama dia sukai dan cintai dalam diam.

"Hmmmm, okey macam nilah. Kau suruh Fatimah dengan kawan dia tu jumpa kita hujung minggu ni. Aku nak dengar mereka terangkan pasal projek mereka dahulu baru aku pertimbangkan". Ucap Ammar sambil menghidupkan komputernya.

"Seriuslah Ammar? Wehooo, yess ada peluang aku mengorat Fatimah. Yes! Yes! Yes!" Jerit Hafiz, terlupa yang Ammar yang dihadapannya itu adalah orang berpangkat bos walaupun mereka berdua rakan yang kenal semasa di sekolah rendah.

"Sabar. Aku belum terima lagi. Aku cakap, aku nak dengar mereka bentang projek mereka dulu baru aku pertimbangkan". Ucap Ammar separa menjerit, menenangkan Hafiz yang begitu teruja.

"Alah kau dah nak pertimbangkan tu, selalunya ada peluang lah projek ni jadi. Yes! Dapat jumpa Fatimah, lalalalalalala". Eh menyanyi pulak si Hafiz ni.

"Hari Sabtu, 11.00 pagi, dekat Pizza Hut kawasan rumah aku tu. Jangan lambat. Aku nak pergi airport ambil adik aku balik pukul 2 petang tu". Tegas Ammar.

"Yes boss! Tepat 11.00 pagi aku dengan Fatimah sampai". Hafiz membuat gaya tabik kepada Ammar.

"Kawan dia tu sekali jangan lupa. Amboi, ingat Fatimah dia je". Ammar menegur.

"Ye ye ye bos. Ala lupa sikit je". Hafiz tergelak sendiri. Dia terus keluar dari bilik Ammar, telefon dalam poket dikeluarkan. Aplikasi WhatsApp dibuka.

Hafiz : Assalamualaikum Fatimah. Ada berita baik ni. Bos saya nak jumpa awak dengan kawan awak tu, dia nak dengar penerangan pasal projek kawan awak tu dengan lebih lanjut. Hari Sabtu nanti pukul 10.30 pagi saya ambil awak dengan kawan awak dekat rumah ye.

*Sent*
Single grey tick.
Double grey tick.

"Ish cepatlah reply sayangku Fatimah". Angau betul Hafiz ni.

Double blue tick.

"Yes, dia dah baca". Hafiz melompat disitu.

Fatimah : Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Baik saya maklumkan dekat kawan saya. Insya Allah Sabtu nanti kita jumpa. Ada apa-apa saya kena bawa tak?

Hafiz : Tak ada Fatimah. Kertas kerja tu kami dah ada. Awak dengan kawan awak tu perlu terangkan je. Okey jumpa nanti!

"Ju Ju Ju, ingat tak pasal kertas kerja yang Imah hantar dekat syarikat kawan Imah tu? Tadi dia mesej yang bos dia nak tahu dengan lebih lanjut pasal projek Bilik Media kita. Jadi Ju kena ikut Imah balik KL Jumaat ni. Sebab Sabtu nanti nak jumpa bos Hafiz tu". Bahu Julia digosok dan dirangkul mesra.

"Yeke Imah? Alhamdulillah. Ya Allah syukurnya. Seronoknya, Bilik Media kita akan jadi kenyataan. Terima kasih Imah, terima kasih banyak-banyak sebab tolong Ju". Fatimah dipeluk erat. Mungkin kerana disekolah itu hanya mereka berdua yang sebaya, mereka lebih mesra berdua.

"Tahniah Ju. Terima kasih juga banyak berusaha untuk menjadikan Bilik Media satu kenyataan. Imah yakin yang bilik tu nanti akan banyak membantu murid-murid kita terutama yang tak berapa bermotivasi nak belajar. Semoga Ju boleh bantu menaikkan semangat mereka untuk lebih cemerlang".

"Ini usaha Imah juga. Terima kasih ye Imah". Tangan Imah di usap mesra, tanda terima kasih.

"Tak ada apalah. Hal kecil je ni. Imah pergi ke kelas dulu. Kejap lagi mesti berbunyi loceng". Fatimah melihat jam tangannya dan berlalu pergi.

Enjoy reading :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience