32

Romance Completed 51694

"Assalamualaikum" Tiada jawapan. Seketika kemudian, selepas hampir 3 minit menunggu untuk memberi tuan rumah bersiap, dia mencuba lagi.

"Assalamualaikum" Masih tiada jawapan. Dia duduk dulu dikerusi. 5 minit kemudian, dia memberi salam lagi.

"Assa..." Belum sempat dia menghabiskan ucapan salam, terus terdengar bunyi tuan rumah menyambut salamnya.

"Waalaikumussalam, sekejap saya buka pintu" Pintu rumah dibuka perlahan. Berat tubuhnya sekarang sedikit membataskan pergerakannya. Julia terkedu tanpa kata saat melihat raut wajah tetamunya. Tadi sewaktu diintai dari tingkap, tidak kelihatan wajah tetamunya kerana dia duduk membelakangkan tingkap.

"Assalamualaikum" Ucap Anuar.

"Waalaikumussalam" Jawab Julia perlahan. 'Apa lagi yang bakal berlaku ni?'

"Ju tak nak jemput babah masuk?" Tanya Anuar lembut, sekaligus mengejutkan menantunya dari lamunan.

"Hmmm, maaf. Jemput masuk" Julia memanjangkan lehernya menjenguk kalau-kalau ada tetamu lain bersama mereka. Anuar yang mengerti, terus berkata.

"Babah datang dengan Am je, berdua. Dia ada dalam kereta. Pergilah panggil dia masuk. Babah ajak tadi, dia cakap tunggu dalam kereta je" Anuar sudah duduk di sofa. Julia yang merasa bersalah mengusap lengannya perlahan.

"Saya ambil air dulu" Langkahnya di hala ke dapur.

"Tak payah susah-susah Ju. Babah datang bukan nak minum" Terdengar Anuar melarang Julia namun Julia lebih cepat mencapai jus oren yang sedia ada didalam peti sejuk. 2 gelas dicapai dan diletak diatas dulang.

Meja Jepun tempat dia membuat kerja sehari-hari menjadi tempat dia meletak air itu. Kerana dia sememangnya tidak mempunyai meja kopi. 'Bagi sofa tapi tak beli meja. Baik tak payah ada sofa Ammar oiii'. Getus hati Julia.

"Saya panggil Ammar masuk dulu" Tutur Julia.

Lambat-lambat kakinya melangkah keluar. Tapi dek kerana dia yakin yang babah Ammar datang kerana mahu menghalang mereka rujuk semula, seeloknya Ammar turut sekali dalam perbincangan mereka.

Ammar yang sedang termenung melihat gambarnya berdua dengan Julia suatu ketika dulu terkejut apabila tingkap keretanya diketuk perlahan.

Cermin tingkap kereta yang gelap itu diturunkan.

"Kenapa Ju?" Tanya Ammar.

"Jomlah masuk, minum dulu" Pelawa Julia lembut. Riak wajahnya biasa sahaja.

"Boleh ke?" Tanya Ammar, seakan berhenti berfungsi sekejap otaknya mendengar pelawaan Julia.

"Orang dah ajak tu maksudnya boleh lah. Kalau tak nak tak apa" Julia memusingkan tubuhnya dan terus melangkah masuk ke rumah semula.

"Nak nak nak" Balas Ammar, teruja.

Ammar dan Anuar duduk sebaris di sofa tiga tempat duduk itu. Manakala Julia mengambil kerusi meja makan untuk duduk. Keadaannya sekarang tidak membenarkan dia untuk duduk dibawah. Susah nak bangun nanti.

'Ada bagusnya juga Ammar belikan semua perabut tu. Her her her'. Hatinya ketawa mengejek.

"Ju sihat?" Tanya Anuar, berbasa basi sebelum memulakan perbualan selanjutnya.

"Alhamdulillah, sihat, tapi sihat cara orang yang dah sarat, macam ni lah" Jawab Julia perlahan. Hatinya masih berdegup kencang berhadapan dengan 2 manusia yang meninggalkan luka dalam dihatinya.

"Tak sangka, rupanya babah tengah tunggu masa je nak jadi datuk" Tubir matanya basah dengan air mata. Ammar yang menjadi pendengar hanya berdiam diri, melihat lantai, dan tatkala itulah dia dapat melihat kaki Julia yang sudah mulai bengkak keduanya. Mesti tak selesa nak pakai kasut.

"...babah adalah manusia yang rugi. Terlalu ikutkan perasaan sampai lupa nak hargai apa yang ada depan mata. Sibuk sangat cari harta sampai lupa agama. Lupa nak didik anak-anak dengan ilmu agama secukupnya. Asal pergi KAFA, babah rasa itu dah cukup.

Padahal tanggungjawab babah juga adalah untuk pastikan anak menantu babah bahagia. Bukan pecah belahkan sampai bercerai berai, buat dua-dua, bukan dua, tapi tiga-tiga menderita. Babah..., minta maaf" Anuar sudah membuka cermin matanya. Air mata yang berlinangan diseka dengan tangan.

Julia terdiam tanpa kata. Ammar, lagilah tak sangka. Babah berubah, hampir dia tak kenal dengan babah yang sekarang.

"Segala apa kesalahan yang Ammar buat, babah bersalah sepenuhnya juga. Babah akan pastikan, Ju dengan cucu babah dapat yang terbaik. Babah tak tahu macam mana nak tebus kesilapan yang lalu. Ju nak apa, Ju beritahu babah. Biar babah usahakan sampai dapat" Air matanya berlumba-lumba menuruni pipi.

Julia masih terdiam. Dia tidak menjangkakan ini yang akan berlaku. Air matanya di lap dengan hujung lengan baju.

"Kalau Ju nak babah sujud dekat kaki Ju untuk kemaafan, babah sanggup Ju" Anuar sudah menerpa dan duduk mendapatkan kaki Julia.

"Jangan...jangan buat macam ni" Julia sudah menolak Anuar dari terus berpaut pada kakinya.

Ammar juga pantas mendapatkan babahnya dan menarik Anuar supaya melepaskan kaki Julia. Dia lebih risau sekiranya Julia kesakitan dengan perbuatan babahnya.

"Saya tak perlukan apa-apa dari tuan untuk saya maafkan tuan. Tuan tak perlu risau, saya dah maafkan semuanya tuan" Ucap Julia.

"Jangan panggil tuan, panggil lah babah. Kalau betul Ju dah maafkan babah, apapun jadi antara Am dengan Ju, babah tetap babah Ju juga"

Runtun hati tuanya mendengar panggilan tuan yang dibahasakan menantunya. Mengingatkan dia kembali kepada pertemuan dia dan Julia sebelum ini. Dimarahi Julia kerana memanggilnya babah, sedangkan dia tidak sudi bermenantukan Julia.

"Saya tak biasa. Maafkan saya, tuan. Hmm babah" Julia memperbetulkan panggilannya.

"...babah tak perlu risau. Ju dah maafkan babah untuk semuanya. Ju pun, nak minta maaf juga. Sebab selama Ju bernikah dengan abang, Ju dah porak-perandakan hubungan abang dengan keluarga babah" Sambung Julia setelah berdehem kecil. Lidahnya dirasakan seperti hampir terbelit memanggil bapa mertuanya babah, bukan tuan seperti sebelum ini.

" Ju tak salah apa-apa, patutnya babah yang kena faham. Bila Am bawa Ju kahwin lari, jadi tanggungjawab babah untuk pastikan dia jaga Ju sebaiknya. Babah salah. Babah yang tak mampu jaga keluarga babah, didik mereka sebetulnya"

Penyesalan memenuhi ruang hatinya. Dia ingin sekali berkumpul sebagai satu keluarga, cuma dia merasakan isterinya masih belum perlu mengetahui hal Julia. Dirahsiakan dahulu sehingga dia yakin isterinya boleh menerima.

It always rain the hardest on the people who deserve the sun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience