20

Romance Completed 51694

Julia memalingkan mukanya kearah pintu setiap kali dia mendengar bunyi pintu dibuka. Pukul 12 tengahari tadi dia sudah dimaklumkan dia boleh balik hari ini. WhatsApp juga sudah dihantar kepada Fatimah. Tiada balasan, apatah lagi bayang Fatimah.

Bunyi pintu yang disertai kuakan daun pintu membuatkan Julia menguntum senyum yang akhirnya mati juga setelah dia melihat wajah manusia yang sedang menolak kerusi roda masuk.

Ammar.

'Apa lagi lah kali ni. Tak boleh ke kau biarkan je aku bahagia kat sini Ammar'. Keluhan dilepaskan.

"Kaki Fatimah terseliuh. Hafiz tengah teman dia dekat KMC" Tutur Ammar, dapat dibaca apa yang bermain difikiran Julia bila melihat dirinya.

Julia bangun, membimbit begnya berjalan menuju ke luar bilik namun segera ditahan Ammar.

"Duduk sini, abang tolak sampai bawah"

"Saya boleh jalan" Jawab Julia, menolak dengan cara baik.

"Gagah sangat lah, pitam balik kejap lagi macam mana? Tak risau dekat anak?" Tukas Ammar. Julia menggigit bibir, menahan marah.

"Jangan cakap apa-apa pasal anak saya. Tahulah saya menjaganya. Selama ni pun kami okey je, tak ada apa-apa masalah pun" Ucap Julia dengan nada yang tegas. Ammar kehilangan kata.

"Jom duduk, lagi cepat Ju duduk, lagi cepat abang hantar Ju balik. Ju kan tak nak tengok muka abang. Unless, Ju saja je main tarik tali sebab nak ambil kesempatan tengok abang lama-lama" Ammar mengenyit matanya.

'Eeeeeeiii tak kuasa nak tengok kau lama-lama. Kau ingat aku hadap sangat ke dengan kau yang dah buang aku macam sampah?' Jerit Julia dalam hatinya. Dia duduk perlahan diatas kerusi roda itu. Sempat dia melihat bibir Ammar melukis senyuman.

'Tahu macam ni elok aku ambik Grab je'. Bebelnya lagi dalam hati. Sampai sahaja dikereta yang diletak dihadapan pintu keluar itu, Julia terdiam. Ammar membuka pintu depan bahagian penumpang. Julia sekadar menjeling. Pintu belakang dibuka sendiri dan dia duduk perlahan-lahan. Ammar sekadar tersenyum hampa. Pintu depan ditutupnya semula. Enjin dihidupkan. Takut Julia kepanasan menunggu didalam kereta.

"Abang naik atas hantar kerusi roda ni sekejap" Maklum Ammar. Julia hanya berdiam diri. Seketika kemudian Ammar masuk kedalam kereta. Julia masih begitu, berdiam diri.

"...kita makan dulu nak? Ju tak makan lagi kan tengahari ni" Kereta dipandu menghala ke bandar.

"Saya nak balik" Pendek sahaja ayat dari mulut Julia.

"Sekejap je kita makan..." Telefon Ammar berbunyi menghentikan bicaranya.

"...ha, oh yeke dah sampai? Sempat pasang tak? Sejam? Okey okey, lepas sejam call saya balik" Telefon bimbit diletak ke kerusi sebelah yang tidak berpenumpang. Cermin pandang belakang dijeling. Kelihatan Julia sedang menyandar dengan matanya ditutup. Pura-pura tidur agaknya supaya tak perlu bercakap dengan Ammar lagi.

"Jom, dah sampai" Suara Ammar yang begitu dekat dengan telinganya mengejutkan Julia.

"Kan dah cakap nak balik. Bukan nak pergi makan" Bentak Julia.

"Kejap je. Abang lapar sangat. Nanti kita balik" Pujuk Ammar.

"...abang nak makan mee tarik" Pancing Ammar. Lain pula bagi Julia. Dia terbayangkan kedai makanan Korea yang terletak disebelah kedai mee tarik tu. Kecur air liur teringatkan sup Miso dan Honey Garlic Bulgogi Beef. 'Tak apa lah, dia pergi makan mee tarik, aku masuk Dubuyo' Pujuk Julia.

Kaki dilangkah masuk dan dia terus menuju ke eskalator tanpa menunggu Ammar. Sampai sahaja didepan Dubuyo, Ammar menukar fikiran.

"Okey abang cancel mee tarik. Makanan Korea ni nampak sedap" Kering darah di muka Julia. Riak mukanya berubah 'Cis rosak rancangan aku'. Julia melangkah lemah mengikuti Ammar.

Ammar tergelak didalam hati. 'Terima kasih Fatimah sebab bagitahu Ju mengidam nak makan makanan Korea kat sini'. Tak sia-sia dia berjumpa Fatimah bersendirian dan menerangkan niatnya.

Siap menempah makanan, Banana Caramel Bingsu dihantar ke meja mereka.

"Jom kongsi. Banyak sangat ni, tak habis abang makan seorang" Pelawa Ammar. Julia menelan air liur. 'Terliurnya. Ni aku makan sebab aku terliur, bukan sebab aku dah maafkan kau'. Bisik hati Julia.

"Dah siap ke? Okey okey, terima kasih" Panggilan dimatikan. Kereta diletak dihadapan pagar rumah Julia. Dia berlari membuka pintu dahulu. Julia yang memandang kelihatan hairan. 'Mana dapat kunci rumah aku?'

"Kereta Ju, Hafiz yang hantarkan. Abang ambil kunci dari beg tangan Ju masa Ju pengsan haritu. Kat situ kan ada kunci rumah sekali?" Terang Ammar bila melihat reaksi Ju.

'Oh ha ah lupa'.

Sebaik melangkah masuk dia terkejut dengan perabut baru yang terdapat diruang tamu rumahnya. Ada sofa tiga tempat duduk disitu. Ada juga meja makan untuk 4 orang. Ammar dilihat dengan pandangan tajam. Dia segera melangkah ke bilik dengan membawa beg pakaiannya.

'Astaghfirullah hal a'zim'

Biliknya kini sudah mempunyai katil dan almari pakaian. Ammar dah melampau. Sesuka hati dia isi semua benda ni.

"Encik Ammar Sidqi, saya tak perlukan semua ni. Saya okey. Hidup saya okey. Saya tak perlukan semua barang ni. Boleh tak encik pergi je dari hidup saya macam dulu? Kita dah tak ada apa-apa hubungan. Encik tak perlu sediakan semua ni" Pertama kali ayat panjang lebar keluar dari mulut Julia.

"Ni bukan masalah Ju okey ke tak okey. Ni masalah abang, tanggungjawab abang kena jaga kebajikan Ju, kena pastikan semuanya cukup. Ju masih lagi dalam tanggungjawab abang. Mana boleh dalam keadaan macam ni nak tidur atas toto tu lagi. Sakit la badan tu nanti" Balas Ammar.

"Saya dah cakap saya tak perlukan semua ni. Encik dah lafazkan cerai dah pun dekat saya. Encik dah dapat kesenangan hidup yang encik cari selama ni. Tolong lah pergi dari hidup saya dan biarkan kami sendiri macam sejak 7 bulan lepas. Encik janganlah seksa kami macam ni. Saya tak perlukan duit encik untuk hidup" Air matanya tumpah lagi. Teresak Julia menangis.

"Ju..." Ammar menyentuh bahu Julia yang sudah pun terduduk.

"...bagi abang peluang kedua untuk tebus balik silap abang dekat Ju, dekat anak kita" Tutur Ammar, lembut.

"Abang buat silap yang besar dekat Ju, selagi Ju tak maafkan, dosa tu tak terampun. Abang ingat abang jauh dari Ju, abang akan okey. Tapi hakikatnya tak. Abang dah buat pilihan yang betul masa abang pilih Ju dulu. Silap abang, sebab abang tak sabar.

Abang tak bahagia tanpa Ju, sehari pun tak pernah abang tak teringatkan Ju. Abang pilih kaca, sedangkan abang ada intan berharga. Abang gagal nak tunaikan janji abang untuk jaga Ju. Kali ni, abang mohon, bagi abang peluang kedua untuk abang jaga Ju. Kita rujuk semula, ye sayang?"

" Saya dah maafkan encik. Encik balik lah kepada keluarga encik semula. Saya mohon sangat-sangat, encik jangan muncul depan saya lagi dah" Julia bangun dan terus kebiliknya. Tangisan dihambur sepuas hati.

'Kenapa perlu kau muncul lagi depan aku? Apa lagi yang kau nak dari aku? Tak cukup ke selama ni kau tabur janji palsu dekat aku Ammar? Aku korbankan semuanya untuk kau, termasuk keluarga aku sendiri. Tapi akhirnya, kau juga yang jadi orang yang sia-siakan aku. Aku benci kau, aku benci kau sangat-sangat'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience