15

Romance Completed 51709

"Am nak pergi mana cuti seminggu?" Tanya babah Ammar sewaktu mereka bersarapan pagi Jumaat itu.

"Am nak jumpa dengan pihak sekolah tempat Am buat sumbangan tu. Esok mereka ada buat program penyerahan mock cheque untuk pihak sekolah isi rekod sumbangan yang dibuat orang luar kepada pihak sekolah" Terang Ammar.

"Kenapa sampai seminggu?" Tanya mamanya pula.

"Saja Am nak bercuti. Sekali ada nak jumpa kawan-kawan dekat Kuantan tu" Balas Ammar.

"...Am pergi dulu" Sambung Ammar. Dia ada sedikit hal perlu diuruskan untuk malam ini.

"Siapa yang beri kak?" Tanya Julia. Bunyi ketukan berserta salam selepas solat Isyak tadi mengejutkan Julia. Apa taknya, jarang sekali orang ke rumahnya pada waktu macam ini. Bila diintai dari tingkap, Kak Adah rupanya.

"Ada orang tu tadi cikgu, buat kenduri doa selamat dekat surau taman perumahan kita ni. Mohon doa supaya isterinya mudah bersalin. Insya Allah mulai hari ni, setiap minggu akak akan masak dan edarkan kepada semua dekat kejiranan kita ni. Minggu depan Nasi Kerabu berlaukkan daging bakar. Nanti akak hantar awal sikit ke rumah cikgu. Cikgu tak payah masak. Hari last minute sangat diberitahunya" Terang Kak Adah.

"Wah, Ju tak payah masak dah lah setiap hari Jumaat nanti. Masuk dulu kak, Ju hidang air" Pelawa Julia. Bau mee kari yang dibawa Kak Adah membuka seleranya.

"Ehhh tak perlu. Akak nak balik dah. Cikgu pergi masuk makan kenyang-kenyang. Lepas tu rehat" Balas Kak Adah.

"Yelah kak. Terima kasih banyak-banyak kak" Ucap Julia sambil tersenyum. 'Dapat mee kari. Ngam-ngam memang terasa nak makan mee kari 2 3 hari ni'.

"Jiran baru ke? Tak pernah nampak sebelum ni?" Tegur Pak Cik Zainal. Dia difahamkan yang anak muda ini mohon bantuan KRT untuk mengadakan majlis doa selamat untuk mohon doa agar isterinya mudah melahirkan nanti.

"Saya Ammar. Boleh panggil Am. Saya memang tak duduk sini. Isteri je kat sini pakcik" Jawab Ammar ramah.

"Macam tu, patutlah tak pernah nampak. Bila jangka bersalinnya?" Tanya Pak Cik Zainal. 'Alamak mana aku tahu. Tibai je lah. Bukan dia tahu siapa isteri aku'.

"Bulan 11 nanti pakcik" Jawab Ammar.

"Baguslah buat kenduri doa selamat ni awal-awal. Sedekah makan pada orang. Insya Allah mudah bersalinnya nanti. Pakcik doakan ibu dan baby dua-dua selamat" Belakang Ammar ditepuk mesra.

"Insya Allah, terima kasih untuk doa pakcik"

Pendek sikit. Sebab Ammar dah nak muncul depan Julia Enjoy reading and stay safe :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience