9

Romance Completed 51694

"Saya cari pesakit bernama Julia Shazana binti Mohamed". Terang Ammar di kaunter pendaftaran Gombak Medical Centre.

"Sebentar encik. Puan Julia masih berada dalam bilik rawatan. Dia akan dipindah masuk ke wad selepas habis pemeriksaan oleh doktor. Encik boleh tunggu dulu, selepas pesakit masuk wad baru boleh jumpa pesakit". Balas penjaga kaunter.

"Dia dekat bilik rawatan yang mana? Saya nak jenguk dia sekejap je. Nak tahu keadaan dia. Nak tunggu masuk wad mesti lama lagi kan?" Tanya Ammar lagi.

"Dekat hujung tu encik, tapi sekarang ni dia sedang diperiksa oleh doktor. Kalau nak jenguk dari luar boleh lah". Terang penjaga kaunter lagi.

"Boleh, jenguk dari luar pun boleh". Ammar mengatur langlah mengikuti penjaga kaunter menunjukkan ruangan dimana Julia sedang dirawat.

Hanya wajah Julia dari tepi dapat dilihat. Bahagian lain badannya terlindung oleh beberapa jururawat dan doktor yang sedang memeriksa keadaannya. Matanya terpejam, pucat wajah Julia dapat dilihat. 'Pipi tu, kenapa cengkung sangat awak?'. Tewas pada emosi, air mata lelakinya berlumba-lumba keluar, dilap kasar dengan tapak tangannya. Dia kembali ke kaunter tadi.

"Cik, saya sebenarnya tak boleh lama kat sini. Keadaan pesakit macam mana ye?" Tanya Ammar.

"Setahu saya, dia dah semakin okey. Suhu demam pun dah makin turun. Cuma mungkin akan masuk wad satu malam untuk pantauan rapi memandangkan suhu demamnya tadi terlalu tinggi. Doktor takut dia diserang sawan".

"Cik, macam ni, boleh tak sebelum dia keluar wad nanti cik hubungi saya. Sebab saya nak jelaskan bil dia. Tak kira lah cik nak buat nota ke, tanda macam mana ke, yang penting saya nak jelaskan bayaran untuk rawatan dia. Tapi cik jangan maklumkan dekat dia atau sesiapa".

Muka pekerja dikaunter itu cuak mendengar permintaan Ammar. Dengan polosnya dia melontar soalan,

"Encik ni suami Puan Julia ke?" Ammar terdiam tapi dia pantas mengangguk. Gadis bertanda nama Nadia itu dilihat sekejap.

"Tapi kami ada krisis sikit. Kalau dia tahu mesti dia tak nak saya bayarkan bil. Cik Nadia tolonglah saya, mana tahu berkat Cik Nadia tolong, lepas ni kami berbaik". Tipu sunat lah sikit. Demi kebaikan.

"Okey baik, saya faham". Adat berumahtangga lah Nadia oii orang bergaduh. Pembawakan orang mengandung juga kot ni. Nadia menghulurkan senyuman untuk Ammar.

"Terima kasih cik. Ada apa-apa cik telefon je saya yea". Ammar melangkah ke bilik rawatan semula.
'Takdir masih belum mahu menemukan kita nampaknya. Awak jaga diri. Nanti abang datang lagi'.

"Terima kasih Hafiz sebab dengan bantuan awak, kami dapat penyumbang untuk alatan Bilik Media". Tali pinggang dibuka. Fatimah bersedia untuk keluar dari kereta.

"Alah saya tolong sikit je. Nanti kalau awak nak pergi tengok kawan awak tu, awak bagitahu lah saya. Saya boleh temankan". Jawab Hafiz.

"... Maaf saya nak tahu, awak dah beritahu suami Julia ke yang isteri dia demam?" sambung Hafiz.

Pintu kereta yang dibuka tadi, Fatimah tutup semula. Tidak mahu aircond kereta Hafiz terbazir.

"Sebenarnya, Julia dengan suami dia dah berpisah. Dia ada masalah dengan keluarga dia, kalau diikutkan, Julia tu macam sebatang kara dah lah juga. Tapi dekat sekolah, semua orang cuma tahu yang Julia PJJ dengan suami dia. Setiap kali saya balik KL, saya bawa Julia sama. Orang ingat dia datang jumpa suami dia". Jelas Fatimah.

"Berpisah? Biar betul. Takkan dalam keadaan mengandung macam tu berpisah. Kurang akal betul suami dia tu. Macam mana awak tahu semua ni? ". Tanya Hafiz.

"Masa bulan pertama dia mula mengajar dekat sekolah, ada satu hari tu pelajar saya datang cari saya dekat kuarters. Dia berjiran dengan Julia. Dia cakap, dah 2 hari tak nampak Julia keluar rumah. Selalunya setiap pagi dia akan sidai baju. Saya masa tu tak rapat lagi dengan dia, tapi sebab saya yang sama sekolah dengan dia yang duduk kuarters tu, pelajar datang cari saya.

Dengan bantuan jiran sebelah, kami pecahkan pintu rumah dia. Bila masuk, hah tengok-tengok rupanya dia demam teruk. Saya tolong uruskan dia, bawa ke klinik semua. Masa tu baru tahu yang dia mengandung. Dah nak dekat 3 bulan dah pun masa tu. Hari-hari saya jenguk dia dekat wad. Memang tengok dia nangis je. Dia down sebab takut tak mampu nak besarkan anak berseorangan". Cerita Fatimah. Bila teringat semula, memang boleh jadi drama air mata.

"Kasihannya dekat dia. Masih wujud rupanya lelaki yang tak berguna". Komen Hafiz.

"Awak jangan pula sebut apa-apa pasal suami dengan keluarga dia nanti depan dia. Dan awak Hafiz, jangan lah aniaya isteri macam apa yang bekas suami Julia buat tu. Tak baik sangat. Terseksa Julia tu". Fatimah memberi amaran awal.

"Eh takkan saya nak buat macam tu dekat awak. Mestilah saya akan hargai awak sepenuh hati saya". Laju ayat itu meluncur keluar dari mulut Hafiz.

Suasana dalam kereta berubah menjadi kekok. Sunyi. Krik krik krik. Hafiz dah mula menyumpah mulutnya yang terlanjur bicara didalam hati.

"Saya masuk dulu. Terima kasih untuk hari ini". Fatimah terus keluar dari dalam kereta dan terus masuk kerumahnya. Senyuman menguntum dibibir.

Enjoy reading :) Stay safe everyone!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience