77

Romance Completed 51694

Minggu terakhir persekolahan sebelum cuti sekolah bulan Mac menyaksikan penurunan jumlah murid yang hadir. Kelas Julia juga tidak terkecuali.

Ditambah pula dengan peningkatan kes Covid-19, yang semakin mencanak naik. Hari ni hari terakhir persekolahan. Julia mengemas meja dan Bilik Media dibantu oleh Fatimah sebelum balik.

"Kenduri Imah 17hb nanti Ju jangan lupa datang ye" Ujar Fatimah mengingatkan Julia.

"Insya Allah Ju datang. Ammar dengan Firhan pun datang sekali nanti" Jawab Julia.

"Ammar macam mana lepas tahu pasal Ju dengan Firhan?" Tanya Fatimah.

"Dia menangis" Jawab Ju pendek.

"Ju, what if mama Ammar dah boleh terima Ju? Ju sanggup kembali pada Ammar?" Soalan Fatimah mencemaskan Julia.

"Benda tu takkan berlaku Imah. Lagipun, Ju dah janji dengan Firhan. Tak boleh berpatah balik dah kan. Tak apa, kalau ini je caranya untuk Ju gembirakan Firhan dan keluarga dia yang dah banyak bantu Ju, Ju reda. Moga-moga Allah tunjukkan sebaik-baik jalan. Imah doakan Ju ye" Julia menghadiahkan senyuman tawar.

"Imah sentiasa doakan supaya Ju dan Maryam bahagia selepas semua yang berlaku. Andai kata ada apa-apa lagi lepas ni, Ju kena ingat, Imah dengan ibu sentiasa ada untuk Ju dan Maryam. Apa pun jadi, okey?" Bahu Julia dipeluk mesra.

"Terima kasih banyak-banyak Imah. Sayang Imah, dunia akhirat"

Perjalanan mereka ke Kuala Lumpur pagi itu diiringi dengan cuaca yang baik. Bermula 18hb nanti, iaitu hari esok, seluruh rakyat Malaysia perlu mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selepas ditimbangtara, mereka memutuskan untuk pergi ke kenduri Hafiz dan Fatimah kerana 17hb masih belum wajib berada dirumah.

Apatah lagi, Fatimah memaklumkan bahawa ramai saudara maranya dan Hafiz tidak akan hadir. Ammar masih tenang memandu smabil berborak santai hal penjagaan kereta bersama Firhan yang duduk di bahagian penumpang hadapan.

Julia dan Maryam yang lena dalam Carseatnya berada dibelakang, menggunakan kereta Firhan. Lega melihat Ammar bersikap rasional. Malah boleh bersantai bersama Firhan. Cuma Ammar tidak lagi menghubunginya secara peribadi. Mereka bertiga berada dalam satu kumpulan WhatsApp dan apa-apa isu berkaitan Maryam akan ditanya Ammar disitu.

Tidak mahu mewujudkan rasa curiga antara Firhan dan Julia, katanya. 'Maryam, papa dengan baba dua-dua sayang Maryam' Bisik Julia dalam hatinya. Kata mereka berdua, apa pun yang jadi, keutamaan adalah pada Maryam.

"Terima kasih datang kenduri kami" Ucap Hafiz dan Fatimah.

"Tak ada hal lah. Jaga diri. Sementara PKP ni boleh la berbulan madu dulu ye" Usik Ammar. Hafiz gelak kuat dan disebabkan itu bahunya ditampar lembut oleh Fatimah.

"Apalah gelak kuat-kuat macam ni" Tegur Fatimah.

"Opss, sorry ma'am" Balas Hafiz dengan tawa yang masih bersisa.

"Okey okey jom ambil gambar dengan pengantin, lepas tu kita balik" Ujar Ammar.

Maryam bersilih ganti dipegang Julia kemudian Ammar serta pasangan pengantin baru. Firhan mendekati Ammar dan bertanya,

"Boleh tak aku pegang Maryam pula untuk bergambar?"

"Eh apasal tak bolehnya. Kau kan baba dia. Nah, Maryam dengan baba pula untuk gambar kali ni ye" Maryam bertukar tangan lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience