52

Romance Completed 51694

"Betul ke kita nak ikut mereka ni ma? Bell takut nanti kantoi" Tangannya kejap memegang stereng.

"Ikut je, mama pelik ni. Takkan lah cari kedai sampai setiap minggu nak berulang alik. Ni sampai babah pun ikut sama. Dah banyak kali dah mama nampak mereka berbisik. Ni mesti ada nak sorok apa-apa ni" Jawab Azian.

"Mama rasa kenapa ma?" Tanya Shasabila.

"Mama takut perempuan sihir jahat tu dah guna-gunakan Ammar semula. Bayangkan Bell, sampai babah pun boleh nak bangkang cakap mama sekarang" Cerita Azian.

Kereta Ammar dihadapannya diikuti dari jarak yang agak jauh tapi masih dalam pandangan matanya. Kereta Myvi yang disewa oleh Azian itu dipandu berhati-hati.

3 jam kemudian, mereka tiba di tol Kuantan. Ammar yang masih belum menyedari dirinya diekori terus menghala ke rumah sewa Julia.

" Kalau ikutkan, nak pergi Hotel Zenith kena pergi straight. Kenapa mereka belok kiri?" Tanya Azian.

"Bell tak tahu ma. Mereka ikut jalan lain kot? Bell tak biasa jalan Kuantan ni" Jawab Shasabila.

Pemanduan selama 15 minit itu berhenti sebaik tiba di destinasi. Ammar meletakkan keretanya dihadapan rumah sewanya yang terletak bersebelahan dengan rumah Julia.

Ammar dan Anuar dua-dua keluar dari kereta dan meluruskan badan setelah 3 jam lebih berada didalam kereta. Mereka masuk kedalam rumah dahulu untuk Solat Asar. Shasabila dan Azian masih berada di dalam kereta yang diparkir jauh sikit dari kereta Ammar.

"Rumah siapa pula tu?" Azian melilaukan pandangan matanya kearah rumah sewa Ammar. Hampir 15 minit menunggu, Ammar dan Anuar yang memegang satu sampul surat keluar dari rumah itu dan pergi ke rumah sebelah. Mereka terus masuk ke dalam pagar dan mengetuk pintu berkali-kali.

Sebaik sahaja tuan rumah keluar, dapat Azian rasakan darahnya mendidih sehingga naik ke kepala.

"Kurang ajar punya betina. Aku dah agak dah. Patutlah laki dengan anak aku dua-dua membantah cakap aku. Tak habis lagi kau dengan ilmu hitam kau tu. Kau tunggu, dasar manusia kurang ajar. Ikut mama Bell!" Mereka berdua keluar dari kereta dan terus menuju ke rumah Julia.

" Oh, patutlah awak bantah cakap saya. Awak cakap buruk-buruk pasal Bell. Betina ni jampi awak pula ya" Tempik Azian.

Ammar dan Anuar terkejut. Julia apatah lagi.

"Awak buat apa kat sini?" Tanya Anuar. Shasabila ditenung tajam.

"Kenapa? Saya tak boleh datang? Ooo, patutlah awak buruk-burukkan Bell dekat Ammar. Sampai ke laki aku kau jampi ye, dasar betina tak tahu malu" Tempik Azian lagi. Julia terdiam. Fatimah yang berada dalam bilik keluar sebaik sahaja terdengar kekecohan yang berlaku diluar rumah.

Fatimah mendekati Julia. Risau kalau-kalau tetamu yang tidak diundang itu mencederakan Julia. Kemudian, Fatimah teringatkan Firhan. Kalut dia masuk kedalam rumah dan mencari nombor telefon Firhan di telefon Julia.

"Assalamualaikum Firhan.. Awak boleh datang rumah Ju tak? Bekas mak mentua dia datang menjerit-jerit depan rumah ni. Saya hantar location rumah dekat WhatsApp awak. Datang sekarang ya!" Fatimah terus memutuskan penggilan.

Dia keluar mendekati Julia semula.

"Awak cakap baik-baik sikit Azian. Tak boleh cakap elok-elok ke? Nak menjerit tak tentu pasal ni kenapa? Tak malu?" Marah Anuar.

"Buat apa saya nak malu. Bukan saya yang jampi laki orang. Ni betina ni yang patut malu" Jerit Azian lagi. Jiran-jiran sudah mula terjenguk-jenguk. Tebal muka Julia melihatkan situasi itu.

"Ma, tak ada siapa jampi siapa pun. Am dengan babah nak selesaikan urusan je sikit dengan Ju" Jelas Ammar.

"Urusan apa lagi yang tak selesai? Dah 8 bulan dekat 9 bulan dah bercerai, apa lagi yang belum selesai?" Jerit Azian lagi. Shasabila disebelahnya cuma terdiam melihatkan Azian begitu. Takut melihat sisi lain perangai Azian.

"Awak tak nampak ke Ju tu tengah mengandungkan cucu awak?" Tanya Anuar.

"Mengandung? Betina ni mengandung? Betina ni mandul. Mana boleh dia mengandung. Lagi pun, awak yakin tu anak Am? Entah-entah dia dah berzina dengan jantan lain lepas sedap-sedap hati nak cakap ni anak Am" Suara Azian makin naik.

Hati Julia terasa sakit dituduh begitu. Namun dalam keadaan terkejut diserang, dia tak mampu mengeluarkan apa-apa kata. Nasib baik Fatimah ada menemani dirinya.

"Astaghfirullah hal 'azim. Jaga sikit mulut awak tu Azian. Jangan sesuka hati menuduh" Marah Anuar lagi.

"Kau lah punca semua ni. Sukalah kan kau tengok laki aku marah aku macam ni. Anak aku tak dengar cakap aku sampai sekarang" Marah Azian.

"Azian! Awak nak diam atau awak nak saya ceraikan awak kat sini juga?" Marah Anuar lagi.

Azian terkedu. Namun itu hanya menambah marahnya pada Julia.

"Dasar betina kurang ajar. Sini aku kerjakan kau. Kau batalkan sihir kau dekat laki aku sekarang. Dekat anak aku. Sebab kau, keluarga aku kucar-kacir" Azian sudah menerkam kearah Julia. Walaupun ditahan dengan badan Fatimah, dan dihalang oleh Ammar dan Anuar, sempat lagi beberapa pukulan singgah ke badan Julia terutama perutnya.

Julia sudah melorot jatuh. Firhan yang sempat melihat Julia dipukul berlari keluar dari kereta menuju kepada Julia. Membantu Julia berdiri bersama Fatimah. Kelihatan Puan Sri Safiah juga ada bersama. Dia menerpa kearah Julia.

"Ada sakit mana-mana tak Ju?" Tanya Puan Sri Safiah. Julia hanya menggeleng lemah. Mukanya sudah kelihatan pucat.

Saya akan tunggu awak lama macam mana sekalipun, janji dengan saya yang awak akan datang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience