42

Romance Completed 51709

Julia : Lepas habis kenduri nanti singgah rumah kejap.

Takutnya lahai. Tapi digagahkan juga jari untuk membalas mesej Julia.

Ammar : Okey boss.

Maka disinilah Ammar. Berada di rumah Julia dan mengambil tempat di kerusi yang memang ada di beranda rumah Julia. Dia duduk disitu, segak berbaju Melayu dan berkain pelikat. Berkopiah.

Secawan kopi diletakkan di atas meja kecil yang ada.

"Wah kopi. Dah lama tak minum kopi sedap ni. Terima kasih" Suaranya diceriakan. Tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu. Jangan lah nanti Julia menghalaunya semula. Berkawan begini sudah cukup untuk mengubati hatinya.

Hal rujuk juga sudah tidak diungkit dan ditanya lagi. Dia bimbang kalau-kalau Julia bosan dan menyuruhnya mula menjauh. Suasana malam yang sunyi dan sedikit sejuk menimbulkan persekitaran yang sesuai untuk duduk berbual sambil mengopi.

"Kenapa tak beritahu Ju pasal kenduri doa selamat tu?" Sudah, soalan yang paling ditakuti sudah ditanya.

"Arrr, abang....abang....abang..." Sejak bila kau gagap ni Ammar?

"Abang apa?" Tanya Julia garang.

"Abang takut Ju marah lepas tu tak bagi abang dekat dengan Ju lagi" Jawab Ammar selepas terkejut dengan gertakan Julia.

"Macam-macam jelah awak ni" Ujar Julia. Dia menyandar di kerusi rehat itu. Matanya dipejamkan. Tenang.

Ammar pula perlahan-lahan menghirup kopi sambil menunggu soalan seterusnya.

"In a way, Ju rasa lega juga bila Ju jumpa abang lagi. Sebab Ju kan tak ada keluarga yang sokong Ju dalam keadaan Ju sekarang. Seeing a familiar face somehow makes me relieved"

"Tapiiiii, kalau jadi apa-apa dekat Ju masa lahirkan baby nanti, Ju dah minta Imah jaga baby" Sambung Julia. Ammar meletak kopinya ke meja.

"Takkan ada apa-apa jadi, Ju dengan baby, dua-dua akan selamat. Ju yang akan jaga baby, tak perlu minta Imah jagakan" Ucap Ammar perlahan.

"Abang tak nak tanya kenapa Ju nak bagi baby dekat Imah?" Pancing Julia.

"Tak perlu. Ju akan selamat. Ju akan jaga baby. Abang akan datang jenguk korang hari-hari"

"Mama abang tak suka Ju, Ju macam yakin sikitlah yang dia takkan bagi abang jaga baby. Kalaupun abang jaga, nanti mesti dia takkan terima baby sebagai cucu" Jawab Julia.

"Tiada apa-apa pasal terima tak terima. Ju kan yang akan jaga baby kita" Tegas Ammar berkata.
Kenapa dengan Julia ni? Melalut je bercakap.

"Abang pun dah nak kahwin lagi kan? Ju tak nak baby susahkan abang dengan wife abang nanti"

"Tak ada siapa pun nak kahwin. Lainlah kalau Ju nak rujuk abang balik" Sempat lagi Ammar berseloroh.

"Eh ke situ pula. Kenapa pula abang tak jadi kahwin?" Saja nak kepoh, jadi Julia bertanya.

"Tak pernah sayang pun dekat orang tu" Pendek sahaja jawapan Ammar.

"Tapi macam mana pun, abang kena bertanggungjawab juga" Tingkah Julia.

"Kita tak payah lah cakap pasal ni" Balas Ammar.

"Abang balik hotel dulu. Esok abang datang lagi. Terima kasih untuk kopi. Dah, pergi masuk dulu"
Ammar bangun dan bercekak pinggang.

"Yelah yelah" Cawan kopi diambil Julia dan dia terus masuk ke dalam rumah.

"Ada apa-apa call je abang" Sebaik sahaja Julia mengunci pintu gril, Ammar masuk ke dalam kereta dan terus bergerak ke hotelnya.

Kita adalah pasangan yang sempurna, Cuma situasi kita tidak sempurna untuk cinta kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience