54

Romance Completed 51709

Melihatkan Puan Sri Safiah membantu menyapu minyak panas diseluruh tubuhnya membuatkan Julia merasa sayu. Dia terkenangkan uminya. Seronok mendengar dan membaca pengalaman kawan-kawan berpantang dijaga ibu sendiri atau ibu mertua. Sedangkan dia?

Air mata Julia yang mengalir, Puan Sri Safiah lapkan dengan tuala kecil.

"Mama urut kuat sangat ye? Mama perlahankan sikit. Mama minta maaf" Dia masih menyapu minyak panas dibadan Julia. Lepas bersalin normal dulu pun dia masih merasa sengal-sengal dan sakit badan, apatah lagi Julia yang dibedah ini.

"Tak, mama, tak payah lah buat semua ini. Ju okey" Terasa lega badannya diurut minyak panas. Tetapi, Julia segan. Mana boleh seorang yang lebih tua dan berpangkat sebegini melakukan hal yang sebegini. Sedangkan dia bukanlah sesiapa.

Puan Sri Safiah juga tidak segan silu membantu menukar pampers anaknya yang lahir lebih awal pada 37 minggu itu. Alhamdulillah keadaan anaknya baik-baik sahaja walaupun sebaik lahir dia dikejarkan ke NICU.

"Tak apa Ju. Ju rehat dulu. Nanti kita tanya doktor macam mana nak tutup luka bedah tu masa mandi nanti. Lepas tu baru Ju mandi ya. Sekarang ni mama pakaikan stokin dulu. Biar hangat sikit badan" Stokin dipakaikan dikaki Julia.

Terasa ingin sujud syukur disitu juga. Dia sememangnya memerlukan bantuan dari orang lain. Apatah lagi sejak kesan bius semakin menghilang, makin perit luka perutnya dirasakan. Kakinya juga terasa kebas berpanjangan. Buat masa sekarang dia masih memakai beg untuk air kencing jadi dia tidak perlu ke tandas.

Namun nanti apabila beg itu sudah dicabut, pastinya dia perlu menapak ke tandas sendiri. Walau tidak jauh, pasti itu merupakan suatu penyeksaan buatnya.

"Ju jangan nangis. Ju kan kena susukan baby. Kalau Ju bersedih, nanti baby pun boleh jadi macam tu juga. Baby boleh rasa emosi ibunya" Pujuk Puan Sri Safiah. Air mata dan muka Ju dilap lagi demgan tuala yang dibasahkan dengan air suam.

"Ju hutang banyak dengan mama, dengan Fatimah, dengan Firhan juga. Tak termampu Ju nak balas jasa dan budi baik semua orang" Ujar Julia dengan perasaan sebak.

"Julia tak perlu balas apa-apa. Mama buat semua ni untuk Ju dan baby. Tak perlu balas" Pujuk Puan Sri Safiah lagi.

Ammar hanya mengintai dari pintu bilik Julia. Hendak masuk, dia tiada kekuatan. Seharusnya dia yang sepatutnya berada di sisi Julia. Menemani setiap detik kelahiran puteri mereka. Membuat semua yang dilakukan oleh Puan Sri Safiah, kerana umi Julia dan mamanya belum tentu mahu menjaga.

"Masuklah, tengok baby, walaupun tak boleh lama-lama sebab belum waktu melawat" Ammar dikejutkan dengan suara Firhan.

"Aku tak kuat. I've lost her" Tutur Ammar lemah.

"Bagi dia masa untuk ubati hati dia, andai ada jodoh, pasti kau bersatu semula dengan dia" Balas Firhan.

"Terima kasih bro. Sebab tolong bawa Ju. Aku selalu kecewakan dia. Semalam pun, aku kecewakan dia lagi. Aku tak mampu jaga dia, pertahankan dia dari mak aku"

"Susah nak buat pilihan antara mak dan orang yang kita sayang. Doakan yang terbaik. Aku tak ada ditempat kau tapi aku doakan kau dan Ju bersatu semula" Meskipun perit, Firhan masih mampu menuturkan ayat itu. Dia ikhlas. Dia mahu Julia bahagia. Walau bukan bersama dia.

Saya akan menunggu sehinggalah tibanya hari dimana saya mampu melupakan awak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience