34

Romance Completed 51694

"Lama Bell tak datang. Mama ingat Bell dah tak sudi datang" Azian membuat minuman untuk Shasabila.

"Alah biasalah. Bell sibuk lah mama. Bell kan kerja. Lagipun Bell merajuk dengan Am, asyik tak balas je mesej Bell. Ni entah mana pula perginya. Asyik hilang je. Hari tu dah hilang seminggu, ni hujung minggu hilang lagi" Shasabila mula mencucuk jarum.

"Biasalah Bell, Am kan baru ambil alih syarikat babah tu. Ni babah nak buka cawangan dekat Kuantan. Itu yang Ammar banyak pergi sana. Nak cari bangunan, nak selesaikan hal cari staff semua tu. Kali ni dia pergi dengan babah pula" Terang Azian.

"Habis Bell ni asyik ditinggalkan je. Bila nak melepas rindu kalau macam ni sibuknya" Tisu dilap ke matanya. Pura-pura menangis.

"Kena berkorban lah sikit Bell. Nanti baru boleh hidup senang. Am buat ni pun, mesti untuk Bell juga. Untuk kesenangan lepas kahwin nanti" Pujuk Azian.

"Bell pun harap macam tu. Harap cepat selesai, Bell dah tak sabar nak jadi menantu mama. Kita boleh pergi shopping sama-sama, pergi spa, pergi salon. Best kan ma?" Shasabila mencucuk jarum lagi. Yang sebenarnya dia sudah terdesak mahu berkahwin dengan Ammar. Untuk membayar hutang dengan peminjam wang berlesen dan wang jualan butik tempat dia bekerja.

"Bah, Am ingat nak sewa rumah dekat-dekat rumah Ju. Nanti bila dia dah bersalin, kami dah sah bercerai sebab 'iddah dah tamat. Kalau Am nak jenguk baby, siang boleh lah. Malam, Am tak boleh tidur kat rumah tu walaupun ada penjaga nanti.

Nak ulang alik hotel, Am rasa jauh sikit. Susah nak tengok-tengokkan mereka juga" Luah Ammar.

"Buat lah Am, apa yang Am rasa betul. Tapi babah nak ingatkan juga, cepat-cepatlah berterus terang Am. Kalau perlu babah tolong, babah boleh tolong" Jawab Anuar. Ammar tercengang. 'Apa yang perlu aku berterus terang? Hal pasal nak rujuk tu ke? Tapi kan Ju dah cakap tak nak!'

"Babah nak balik KL dulu. Minggu depan babah datang lagi dengan Am. Ju jaga diri, ada apa-apa terus call Am" Julia menghulur tangan menyalami tangan Anuar.

"Insya Allah Ju okey kat sini. Babah tak perlu susah-susah datang setiap minggu. Ju okey" Senyuman diukir buat Anuar.

"Ju kan anak babah juga. Mestilah babah kena datang. Jenguk Ju. Ju jangan salah faham, babah bukan berbaik semata nak cucu. Bukan! Babah memang nak minta maaf dekat Ju. Dosa babah dengan Ju banyak sangat. Babah layan Ju teruk-teruk selama ni" Suasana hening lewat petang itu menambah sayu di hati Julia.

Banyak betul kurniaan Allah kepadanya.

'Ya Allah, terima kasih. Satu satu persatu doa aku dari 4 tahun lepas Kau makbulkan'.

"Abang balik dulu. Ada apa-apa Ju beritahu abang. Kalaupun kita dah bukan suami isteri, kita masih boleh kawan, kan?" Tutur Ammar perlahan. Julia hanya mengangguk. Tidak kuat untuk membalas pandangan Ammar terhadapnya. Masih ada cinta dan kasih sayang yang bersisa.

" Insya Allah. Abang, drive elok-elok" Laju sahaja ayat itu keluar dari mulut Julia. Berbunga hati Ammar mendengarnya.

"Minggu depan abang datang lagi. Jangan rindu abang" Ammar tergelak menyembunyi rasa. Julia hanya tersenyum dengan usikan itu.

"Duit abang bagi tu, Ju gunalah. Itu memang nafkah Ju. Hak milik Ju dengan baby. Abang tak mampu nak buat apa-apa yang lain dah. Itu je yang abang mampu" Jelas Ammar. Pandangannya ditundukkan kebawah.

"...hari tu abang nampak kaki Ju bengkak. Nanti malam-malam jangan lupa pakai stokin yang abang belikan" Pesan Ammar lagi. Saja mencari alasan untuk berlama-lamaan disitu.

"Kesian babah dah tunggu lama dalam kereta. Abang pergilah balik dulu" Tutur Julia.

Langkah diatur lambat-lambat sebaik sahaja selesai memberi salam.

"Sebak ke rasa nak tinggal?" Usik Anuar. Ammar tersenyum tawar.

"Insya Allah, Am siapkan kedai kat sini cepat-cepat. Nanti babah bagi Am pindah sini" Pujuk Anuar.

"Cari je orang yang boleh buat kerja renovate tu cepat-cepat. Mahal sikit pun tak apa asal siap cepat. Babah pun senang nak jenguk cucu" Sambungnya lagi.

"Bah, mama macam mana?" Tanya Ammar, risau.

"Pandai lah babah uruskan nanti. Am tak payah risau" Paha Ammar ditepuk perlahan.

No matter how hard I try, I won't be able to look at you and pretend that I feel nothing!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience