6

Romance Completed 51709

Pintu rumah keluarganya dibuka. Semenjak dia dan Julia bercerai, Ammar berpindah ke rumah itu semula. Hari dia melafazkan perkataan cerai itu merupakan hari terakhir dia melihat Julia. Urusan penceraian mereka juga hanya diuruskan oleh peguam yang dilantik oleh Julia mewakili dirinya yang tidak hadir.

Sedikit terkilan tatkala melihat kegembiraan mama babahnya setelah dia memaklumkan hal penceraian mereka. Masih teringat lagi ayat yang keluar dari mulut mamanya,

"Haaa baguslah. Buat apa simpan perempuan macam tu jadi bini? Dah la guna-gunakan anak mama sampai anak mama tergamak pergi nikah dekat Siam sana. Mujur juga mandul. Kalau Am ada anak dengan dia, ish geli. Tak boleh fikir mama. Geli nak pegang. Biar dia jelah bela tak perlu bagi kita".

"... Ma", tingkah Ammar. Dia dah cukup serabut memikirkan perbuatannya. Ya, hati kecilnya cukup mengakui hal itu. Dia yang curang. Bukan Julia. Tapi disebabkan keluarga Julia tidak setaraf dengan keluarganya, mentah-mentah cadangan Ammar untuk berkahwin dengan Julia semasa mereka di tahun 1 pengajian ijazah mereka ditolak keluarganya.

"Ni, Am dah balik, elok Am kerja dengan babah je. Buat apa nak susah-susah sambung belajar lagi. Buang masa je. Kerja dengan babah, bagitahu je nak gaji berapa. Mama beritahu babah nanti". Tangan anaknya diusap berkali, memujuk. Memang itu yang dia mahukan.

"Nanti Am tanya Shasabila bila kita boleh pergi berkenalan dengan keluarga dia. Mama suka Shasabila tu. Dia pun orang senang, setaraf dengan kita".

"Ma....." Ammar terus bangun dari kerusi berlalu ke tingkat atas. Serabut!

"Bieeeee, bila balik?". Terdengar suara Shasabila, manja menyapa Ammar, sekaligus mengembalikan dia ke alam realiti. Tangan Shasabila yang sudah merangkul tangannya ditolak perlahan. Tak selesa.

"Bila you sampai?". Matanya melilau mencari penghuni lain rumah itu.

"Tadi sebelum lunch mama you ajak I keluar beli barang dapur. Lepas tu I ikut mama balik sini. Kenapa you tanya, macam tak suka je". Muka Shasabila cemberut masam. Ammar dah lain semenjak dua menjak ni.

"I naik mandi dulu. Penatlah. Banyak kerja kena siapkan tadi". Tangannya yang dirangkul Shasabila ditarik semula.

"I ikut you naik atas okey". Matanya dikenyit pada Ammar.

"You jangan buat gila lah kat rumah ni. Tunggu je dekat bawah ni diam-diam".

"Kenapa you ni dah lain? You asyik tolak I je. You teringat dekat janda you ke apa?". Shasabila sudah menghentak kakinya, menunjukkan protes dan geram.

"Bell, apa masalah you ni? You tak faham ke I cakap I penat? I pergi kerja kot bukannya goyang kaki dapat duit". Hati Ammar mendongkol geram. 'Aku cakap elok-elok eh nak hentak-hentak kaki pula'.

"Bukannya penat sangat pun kerja you. You dah ganti babah jadi CEO kan, bukannya you kerja sambilan jadi pramusaji dekat majlis orang macam dulu-dulu. Kerja sekarang ni bukan pakai tenaga pun". Kakinya dihentak lagi. Tak puas hati!

"Cakap elok sikit Bell, jangan sampai aku halau kau dari rumah ni pula". Ammar merengus, dan terus naik ketingkat atas. Dia yang kepenatan pantang betul diganggu dan diasak dengan pelbagai soalan mengarut. 4 tahun dengan Julia, tak pernah pun Julia mendesak sebegini.

'Dah kenapa aku ni asyik fikir pasal Julia je'. Keluhan kasar diluahkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience