70

Romance Completed 51709

~ 3 Januari 2020~

Dalam kekalutan wabak Corona Virus 2019 ataupun dikenali sebagai Covid-19, Ammar masih perlu berangkat ke Shanghai untuk bertemu pembekal mesin pencetak.

Ammar : Abang dah sampai Pudong, sekarang dalam keretapi nak ke Shanghai. How are you and Maryam?

Ammar melihat jam tangannya. Pukul 1.30 tengahari. Biasa waktu-waktu macam ni Julia masih disekolah.

Julia : Ju tak balik lagi. Ada mesyuarat di sekolah kejap lagi. Balik nanti Ju bagi gambar Maryam. And jangan lupa pakai mask.

Pendek sahaja Julia membalas mesejnya.

Ammar : Okay, take your time. Apa-apa beritahu abang. Thank you sweetheart.

Julia : Okey, thank you!

Selesai mesyuarat pukul 3 petang itu, Julia tergesa-gesa mahu mengambil Maryam. Baru sahaja dia mahu keluar dari perkarangan sekolah, kelihatan kereta Firhan sedang menunggu di luar pagar sekolah.

Julia hanya melalui melepasinya sahaja. Tidak berniat untuk berhenti. Apatah lagi diluar sekolah ini. Gila? Nanti jadi bahan bualan lagi. Melalui cermin pandang belakang, kelihatan Firhan sudah masuk kedalam kereta dan mula mengekori kereta Julia.

Sudah! Julia hanya meneruskan perjalanannya menuju kerumah pengasuh Maryam. Firhan masih mengikutinya dari belakang. Tatkala sampai dirumah pengasuh, Firhan hanya berhenti dan menunggu didalam kereta.

Sewaktu Julia sedang meletak Maryam kedalam Car Seat, kelihatan kereta Firhan sudah bergerak meninggalkan tempat itu. Fuh, selamat! Julia masuk kedalam kereta untuk bergerak pulang kerumah. Rupa-rupanya Firhan sedang menunggu Julia di simpang keluar.

Keretanya diberhentikan betul-betul di tengah jalan menyebabkan Julia tidak dapat melaluinya kerana ianya hanya jalan sehala satu lorong sahaja. Sebaik sahaja kereta Julia berhenti, Firhan berjalan kearahnya. Tingkap diketuk.

"Assalamualaikum. Boleh kita cakap sekejap?" Tanya Firhan. Julia sudah risau melihatkan ada kereta lain dibelakang keretanya.

"Waalaikumussalam. Aaaa, okey, tapi bukan kat sini. Orang nak lalu" Jawab Julia.

"So, kat mana?" Tanya Firhan.

"Kita jalan dulu. Nanti I call you. Cepatlah alih kereta you, orang nak lalu" Gesa Julia. Firhan tersenyum. 'Hah, nak kena buat macam ni baru boleh cakap'.

Keretanya dipandu ke suatu tempat yang lebih lapang dan berhenti disitu. Kereta Julia dibelakangnya. Sekejap kemudian, dia menerima panggilan dari Julia.

"I nak balik mandi dulu boleh? Lepas tu kita jumpa somewhere dekat mana-mana kedai. You choose" Tanya Julia.

"Okay, I'll wait for you somewhere. Nanti I bagi location" Jawab Firhan.

Jam tangan dilihat berkali-kali. Julia sudah hampir 15 minit lambat dari masa yang dijanjikan.

Firhan : You dengan Maryam okey tak?

Baru sahaja dia menghantar mesej itu, kelihatan Julia dan Maryam memasuki restoran makanan segera itu. Firhan segera berdiri dan berjalan menuju kearah Julia. Dia membantu membawa beg Maryam dan beg tangan Julia.

"Jom duduk" Pelawa Firhan. Julia mengambil tempat duduk dihadapan Firhan.

"Ada apa nak jumpa?" Tanya Julia. Dia malas mahu berlama-lama disitu.

"Nak makan apa-apa tak?" Tanya Firhan. Julia hanya menggeleng.

"Minum?" Tanya Firhan lagi. Pun Julia geleng.

"Tak apalah, I belikan coklat panas untuk you. Tunggu sekejap" Untung sahaja orang tidak ramai, 5 minit kemudian Firhan kembali dengan coklat panas dan kopi panas untuk dirinya sendiri.

'Isk, orang bukan datang nak minum-minum' Marah Julia dalam hati. Yang sebenarnya dia risau terserempak dengan guru-guru lain, atau jiran-jirannya. Entah apa pula kata mereka nanti. Sesuatu yang mahu dielakkan oleh Julia.

"Kenapa dah lama tak balas mesej I?" Tanya Firhan, membuka kata.

"Tak ada apa-apa sebab. Memang tak nak balas" Jawab Julia pendek.

"Kenapa?" Tanya Firhan lagi.

"Sebab tak nak balas lah" Jawab Julia lagi.

"Sebab sepupu I hari tu ke?" Duga Firhan. Julia hanya mendiamkan diri.

"Look Ju, you know how I feel about you. You know what my family thinks of you. You shouldn't be bothered with what other people said"

"I tak nak orang salah faham lagi. Lagipun dengan status I sekarang ni, rasa macam tak elok nak rapat dengan family you" Terang Julia.

"Jadi, memang betul sebab haritu lah ye?" Firhan tersenyum.

"Entah, mungkin lah salah satu" Jawab Julia bersahaja.

"So, apa sebab-sebab lain?" Tanya Firhan sambil meneguk kopinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience