33

Romance Completed 51694

Shasabila : Bie, you ada kat mana?

*Sent*
*Double grey tick*
*Double blue tick*

"Dia seen kan je WhatsApp aku!"

Shasabila : Bie baik you reply WhatsApp I. Jangan sampai I keluar dengan lelaki lain nanti!

*Sent*
*Double blue tick*

"Jantan ni dah melampau lah. Suka-suka dia je buat senyap macam ni" Telefon bimbit dihempas ke meja.

Ammar memasukkan telefon bimbitnya kembali kedalam poket seluar. Jujurnya hatinya susah tawar, tetapi memikirkan Shasabila pernah 'disentuh', dia harus bertanggungjawab.

Mungkin betul, setakat ini sahaja jodohnya dengan Julia. Ini bukan semata kerana takdir tuhan. Ini adalah angkara kebodohannya juga yang membuat kesilapan.

Kesilapan pertamanya, adalah ke kelab malam bersama rakannya yang dikenali ketika bekerja sebagai pramusaji katering. Dari situ, dia mengenali Shasabila sebagai rakan lepak Kamarul.

Hampir setiap minggu mereka ke kelab bersama. Sehinggalah pada suatu pagi, dia bangun pagi disebuah hotel bersama Shasabila. Dia kebingungan. Bagaimana semua ini berlaku?

Ugutan dari Shasabila juga mula menyerabutkan kepalanya. Gambar yang diterimanya adalah dia dan Shasabila berselimut setakat paras dada, tersenyum. 'Bila masa aku ambil gambar ni?'

Tidak mahu gambar itu sampai ke pengetahuan Julia, segala permintaan Shasabila ditunaikan. Duit gajinya habis dek kerana dibelanja Shasabila. Belum lagi Shasabila mula berani mendekati mama babahnya.

"Am, okey tak ni?" Tepukan Anuar dibahu mengejutkan Ammar dari lamunan.

"Okey babah" Dia tersenyum, menghalau galau yang bertandang. Anuar sudah tahu apa yang menimpa anaknya, namun dia menunggu sahaja sehingga anaknya meminta bantuan. Dia tidak mahu apa yang terjadi dulu berulang lagi. Biarlah Ammar membuat keputusan dan menyelesaikan masalahnya sendiri.

"Ju nak makan apa hari ni?" Tanya Anuar.

"Ju ikut je" Jawab Julia.

"Tak ada terasa nak makan apa-apa?" Tanya Anuar lagi. Julia hanya menggeleng.

"Kita makan pizza lah hari ni, boleh?" Tanya Anuar lagi sambil diperhati kedua anak menantunya. Ammar dan Julia mengangguk serentak.

Mereka memasuki restoran Pizza Hut di East Coast Mall itu. Sebaik duduk dan tempahan makanan diambil, Anuar mengeluarkan telefonnya. Teringat sewaktu dia ke rumah Julia pagi tadi untuk mengajak Julia keluar mencari kelengkapan bersalin.

"Kita berdua je ke?" Tanya Julia dengan polosnya.

"Eh mana boleh kita keluar berdua. Nanti orang ingat babah suami Ju. Haaa, nanti apa pula orang kata. Isteri muda, lakinya tua" Anuar tergelak sendiri. Geli hati.

"Elok bawa papa baby sekali. Boleh kita suruh dia bawakan barang" Sambung Anuar. Memberi alasan supaya Ammar dibenarkan ikut serta.

Maka disinilah mereka bertiga. Duduk menunggu makanan setelah penat berbelanja. Banyak yang ditegah Julia supaya tidak dibeli, tetapi bagi Anuar inilah masanya untuk dia berbelanja sakan menyediakan keperluan menantu dan cucunya yang bakal lahir nanti.

"Ju nanti jangka bersalin bila?" Tanya Anuar.

"19 November nanti babah" Jawab Julia. Dia sekadar menundukkan wajah. Tak selesa bila menyedari renungan Ammar terhadapnya.

"Okey, ni babah carikan orang untuk jaga Ju masa dalam pantang. Dia datang masak, mandikan baby urut semua lengkap. Ju duduk diam-diam je rehat nanti"

"Bulan November, sama macam Ammar lah ye?" Sambung Anuar lagi. Zappp! Ha ah lah, bagaimana Julia tidak teringat langsung hal itu. Sama bulan dengan Ammar.

"Am 21 haribulan babah. Beza 2 hari" Jawab Ammar. Julia kelihatan resah ditempat duduknya apabila sesekali mata mereka bertemu pandang.

"Tak apalah. Kira dapat hadiah birthday awal. Tak payah bagi hadiah dah tahun ni. Sebab dah dapat hadiah paling besar. Bertarung nyawa nak keluarkan satu"

Suasana kekok setelah Anuar mendiamkan diri dan menghadap telefonnya membaca berita hari ini, diselamatkan dengan makanan mereka dihantar ke meja.

How strange to dream of you even when i'm wide awake,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience