53

Romance Completed 51694

Julia yang sedang tidur dalam keadaan mengiring itu ditenung lama. Perut Julia diusap perlahan. Cuba merasa gerakan bayi yang dalam kandungan itu. Puan Sri Safiah keluar mendapatkan Firhan.

"Bang chik, kita bawa Ju pergi hospital. Mama tak sedap hatilah. Baby dia gerak tak aktif sangat. Badan Ju pun panas tu. " Adu Puan Sri Safiah.

"Kena tanya Fatimah ma" Jawab Firhan. Dia risau juga namun kerana tadi Julia berkeras mengatakan dia cuma perlukan rehat, mereka menghormati permintaannya. Lepas Maghrib tadi, dia terus terlelap. Fatimah dan Puan Sri Safiah menemaninya didalam bilik.

"Puan Sri, saya rasa ada yang tak kena dengan Ju. Dia berkerut-kerut dalam tidur. Dahi dia berpeluh" Beritahu Fatimah. Puan Sri Safiah segera masuk ke dalam bilik.

"Ya Allah Ju, Ju, dengar tak mama panggil ni. Ju sakit kat mana sayang?" Pipi Julia ditepuk manja.

"Perut sakit" Hampir tidak kedengaran suaranya. Dahinya sudah berkerut hebat.

"Kita bawa dia pergi hospital dulu. Beg untuk dia bawa ke hospital kat mana?" Tanya Puan Sri Safiah.

"Dalam kereta dia makcik. Saya pergi ambil sekarang" Fatimah sudah berlari mendapatkan kunci kereta Julia.

Firhan yang menunggu diruang tamu resah.

"Bang chik, kita kena bawa Ju pergi hospital sekarang" Puan Sri Safiah memaklumkan kepada Firhan. Firhan mengangguk faham. Dia segera ke kereta. Merebahkan kerusi depan supaya mudah untuk Julia berbaring.

Fatimah sudah mengambil segala beg persiapan ke hospital dan diletak kedalam kereta Firhan. Tudung sarung dicapai dan dipakaikan kepada Ju. Kemudian Firhan masuk dan tangannya pantas menyauk dan mencempung Julia. Terasa basah tangannya.

"Ma..." Panggil Firhan.

"Ya Allah bang chik, cepat bang chik. Ya Allah banyaknya darah tu" Jerit Puan Sri Safiah. Kelihatan darah merah membasahi katil Julia.

Perjalanan dari rumah Julia ke IIUM Medical Center mengambil masa hampir 15 minit. Firhan walaupun awal tadi terkejut, masih mampu mengawal perasaannya dan kekal bertenang.

Latihan demi latihan yang diterimanya semasa menyertai PALAPES dan TUDM seharusnya lebih mendebarkan namun, kali ni, dia dapat merasakan perasaan risaunya berganda. 'Semoga awak dan baby awak selamat'.

Sebaik tiba di hadapan wad bersalin, keadaan Julia dimaklumkan kepada jururawat dan dia terus dibawa pergi ke bilik pemeriksaan. Tangan dan baju Firhan usah ditanya, sememangnya bercorak dengan kesan darah.

"Bang chik pergi cuci tangan dulu. Lepas tahu keadaan Ju nanti bang chik balik tukar baju ya" Tutur Puan Sri Safiah. Firhan tak membalas apa-apa, dia hanya mengangguk dan terus berjalan mencari tandas.

Firhan duduk di kerusi menunggu. Dia sudah menukar bajunya yang dipenuhi darah Julia itu tadi dengan sehelai t-shirt yang diberi oleh pengawal keselamatan yang secara kebetulan mempunyai baju lebih dalam simpanannya yang disediakan untuk hari hujan.

Julia sedang menjalani pembedahan kecemasan kerana masalah urinya yang dikenali sebagai Placenta Rupture. Keadaan itu merbahaya buat kedua Julia dan bayinya. Maka mereka perlu menjalankan pembedahan secepat mungkin.

Fatimah : Ju dah selamat bersalin. Saya ada call, tapi tak dapat. Bila dah baca WhatsApp ni boleh datang IIUM Medical Center.

Mesej dari Fatimah pukul 12.00 tengah malam tadi dipandang tanpa sebarang kata. Ammar meraup mukanya. Dia terlepas kelahiran anaknya kerana begitu sibuk menjelaskan keadaan kepada mamanya. Mamanya sampai sekarang masih belum menerima penjelasan dari dia dan babahnya walaupun sudah ditunjukkan segala gambar dan bukti. Sempat lagi mamanya mengecam mengatakan bahawa gambar itu telah diedit.

Menyesal dia mematikan telefonnya hanya untuk menyendiri dari semua orang dengan apa yang telah berlaku dirumah Julia. 'Ju, kita secara rasminya terputus hubungan secara mutlak hari ni'. Air mata yang mengalir dibiarkan sahaja. Dia tak kuat. Tak mampu kuat. Dengan lemah longlainya, Ammar bangun untuk segera bersiap setelah Solat Subuh.

Bagai tidak percaya, dia yang diberi penghormatan untuk mengazankan serta mengalunkan iqamat buat bayi perempuan itu.
'Assalamualaikum sayang. Selamat melihat dunia bersama bonda'

Firhan menghadiahkan satu ciuman kecil di pipi gebu bayi Julia. Mamanya dan Fatimah juga turut teruja. Julia yang sudah sedar hanya melihat sahaja sehinggalah matanya terpejam kembali. Masih terlalu penat, mungkin juga mamai kesan dari ubat bius.

Alhamdulillah bayinya baik-baik sahaja. Tiada yang perlu dirisaukan setelah dipantau dari sebaik lahir. Pagi ini, bayinya dihantar ke bilik Julia. Bayi seberat 2.6kg itu menggeliat kecil dan menguap. Comel!

"Teringat mama masa baru-baru dapat cucu. Sukanya lahai" Bayi itu berubah pangku, kini dia dipelukan Fatimah, walaupun awalnya dia menolak kerana bayi Julia kelihatan begitu kecil. Namun setelah diyakinkan oleh Puan Sri Safiah, dia mencuba walaupun kekok. Sekeping gambar telah dikirim kepada Hafiz. Teruja!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience