79

Romance Completed 51694

Kata babah, Maryam mungkin terselamat kerana Carseat nya berada dibelakang Ammar. Impak kemalangan mengena Firhan, Ammar dan Julia yang duduk dibelakang Firhan yang memandu. Mungkin juga kerana Maryam masih kecil, maka diselamatkan oleh malaikat-malaikat yang sentiasa mengelilinginya.

'Subhanallah, Maha Suci-Mu ya Allah, Maha Besar dan Maha Menguasai segala sesuatu, terima kasih ya Allah kerana anakku selamat tanpa sebarang kecederaan'. Bisik Ammar dalam hati. Airmatanya meleleh dipipi.

Selesai melawat Maryam, Ammar ditolak perlahan menuju ke bilik yang menempatkan Julia. Terlihat lebam dan luka-luka kecik diwajah Julia. Kakinya berbalut simen dan terdapat alat yang berupa seperti aerial televisyen untuk memegang tulangnya.

Selain Firhan, Julia merupakan orang kedua yang cedera teruk. Lebih teruk jika dibandingkan dengan Ammar. Masih tidak dapat diterima berita tentang pemergian Firhan. Otaknya masih mencerna berita yang dirasa bagai mimpi itu.

Baru sahaja dia reda akan penerimaan Julia akan Firhan. Dia yakin juga, Firhan boleh menjadi baba yang baik, menjaga Maryam bagai anaknya sendiri. Mereka juga sudah mula bersahabat.

"Saya nak balik bilik saya" Tutur Ammar perlahan. Jururawat itu hanya mengangguk. Kerusi roda Ammar ditolak perlahan.

Sampai dibiliknya, Ammar berteleku sendiri. Tiada pelawat lagi.

'Fir, patut kau bagi aku drive hari tu. Kalau aku drive, mesti kau ada kat sini lagi. Kau adalah peluang kedua untuk Julia merasa hidup berbahagia'

Air mata mengalir laju. Bingung. Tidak tahu apa yang boleh dilakukan. Babahnya bercadang untuk memindahkan dia ke hospital swasta, tetapi bila difikirkan semula, bila dia keluar dari hospital ini, dia tidak dapat menjenguk Maryam dan Julia lagi. Jadi cadangan babahnya ditolak.

Deringan bunyi telefon mengejutkan Ammar. Nombor yang tidak dikenali itu ditenung lama. 'Siapa ni?' Panggilan itu akhirnya dijawab.

"Assalamualaikum" Ucap Ammar sebaik sahaja menjawab panggilan tersebut.

"Waalaikumussalam. Ni Ammar?" Kedengaran suara lelaki disebelah sana talian.

"Ya saya Ammar. Ini siapa?"

"Saya ayah Firhan, pak cik dapat tahu yang Ammar dah sedar. Keadaan Ammar macam mana sekarang?" Jawab Tan Sri Hamzah, dan bertanya keadaan Ammar.

Ammar sudah menangis hingga teresak.

"Tan Sri, saya minta maaf. Kalau saya yang drive, keadaan takkan jadi macam ni. Firhan mesti akan ada lagi. Saya minta maaf Tan Sri" Hambur Ammar dengan tangisan yang menggila.

"Astaghfirullah hal azim. Ammar jangan macam tu. Tak baik. Ini takdir Allah, kemalangan itu hanya asbab sahaja. Tak ada salah sesiapa" Jawab Tan Sri Hamzah.

"Saya minta maaf Tan Sri. Kalau lah saya bertegas untuk drive. Saya minta maaf sangat-sangat" Ammar masih menangis.

"Ammar, tak ada salah sesiapa. Hakikatnya, Ammar, Julia dan Maryam terselamat pun adalah satu rahmat. Allah memberikan peluang untuk kamu masih hidup. Jangan sia-siakan dengan memikirkan hal yang bukan-bukan. Fokuslah untuk jaga diri Ammar sampai sihat. Julia dengan Maryam macam mana?" Tanya Tan Sri Hamzah.

Mengalih perhatian Ammar walaupun dia sendiri sudah mengetahui keadaan Julia dan Maryam dari babah Ammar. Mereka kekal berhubung bermula dari saat mereka berjumpa dihospital apabila kemalangan itu berlaku.

Tangisannya masih bersisa namun tidak seteruk tadi.

"Julia tak sedar lagi. Operation dia okey, sekarang tunggu dia sedar. Maryam baik-baik sahaja. Setakat ini tak ada apa-apa kecederaan pada Maryam" Lapor Ammar.

"Alhamdulillah, baguslah kalau macam tu. Ammar pun jaga diri. Jangan fikir apa-apa. Jangan rungsing, jangan salahkan diri. Ada apa-apa yang boleh pak cik bantu, Ammar beritahu sahaja dekat pak cik"

Setelah berpesan sedikit. Panggilan telefon itu ditamatkan.

'Kehilangan anak ni sakit ya Allah, tapi aku percaya perancangan-Mu adalah lebih baik. Syukur ya Allah kerana mereka bertiga terselamat'

Air mata Tan Sri Hamzah membasahi pipinya. Puan Sri Safiah disebelahnya sudah teresak. Ditarik isterinya kepelukannya.

"Saya rindu bang chik" Tutur Puan Sri Safiah.

"Abang faham. Abang rindu bang chik juga. Macam tak percaya bang chik dah tak ada. Tapi, kita kena reda. Anak kita baik sangat, Alhamdulillah. Sebab tu awal Allah ambil dia semula" Terasa sebak. Sesak nafasnya menuturkan ayat itu.

"Sakit sangat saya rasa. Apa yang boleh saya buat untuk redakan sakit ni? Saya rasa tak mampu nak tanggung semua ni" Ucap Puan Sri Safiah.

Air matanya masih belum berhenti mengalir. Sejak pemergian Firhan, tiada hari tanpa air mata mengalir walau sebaik mungkin cuba ditahan.

"Doa banyak-banyak sayang. Moga Allah redakan kesedihan kita ni. Abang ada untuk awak, Firhan dah pergi ketempat yang lebih baik. Doakan semoga semua amalan dia diterima oleh Allah. Sekarang ni, kita uruskan hal amanat dia biar cepat-cepat selesai" Isterinya dipeluk erat. Cuba melegakan kesakitan yang dirasa.

'Ya Allah, sesungguhnya aku telah reda dengan Firhan sebagai anakku. Ampunilah dia. Sayangilah dia. Jauhi dia dari siksa kubur'

Al-Fatihah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience