57

Romance Completed 51694

"Ju ada nak singgah R&R tak?" Tanya Puan Sri Safiah sambil berpaling kebelakang melihat Julia.

"Tak ada ma" Jawab Julia. Firhan masih memandang ke hadapan, fokus dengan pemanduan.

Semata untuk memastikan Julia selesa dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pertunangan Fatimah dan Hafiz, Firhan memohon cuti dan meminjam Toyota Vellfire bapanya. Ammar tidak dapat membantu membawa Julia dan Maryam kerana mamanya dimasukkan wad akibat dari insiden dirompak Shasabila yang kini telah ditahan reman.

"Maryam okey tak tu?" Tanya Puan Sri Safiah lagi.

"Okey ma. Lena je tidur ni dari tadi" Balas Julia. Kak Tini tidak ikut serta. Dia diberi cuti dan akan menyambung semula tugasnya apabila Julia kembali ke Kuantan hari Ahad nanti.

"Cucu-cucu yang lain tak sabar nak tengok baby. Maklumlah, dah lama tak ada baby. Yang paling kecik pun dah 4 tahun"

"Mama kalau dapat cucu lagi, kena bersedia berjaga malam lah" Sampuk Firhan sambil tergelak.

"Eh kalau mama dapat Maryam jadi cucu mama, mama tak risau. Maryam baik aje budaknya" Balas Puan Sri Safiah, terlanjur kata. Suasana bertukar kekok sehinggalah terdengar suara Maryam merengek mahukan susu.

"Baru sikit nenek puji, dah tunjuk perangai ye Maryam" Tutur Julia. Firhan mencuri pandang melihat Julia melalui cermin pandang belakang.

"Nanti sampai, Ju makan lepas tu rehatlah. Esok pagi baru kita ke rumah Fatimah" Puan Sri Safiah memaklumkan. Julia hanya menurut memandangkan dia menumpang rumah keluarga Firhan nanti selama 2 malam.

"Terima kasih mama, terima kasih juga Firhan. Banyak tolong Ju" Ucap Julia.

"Ju jangan cakap macam tu. Dari dulu lagi mama dah anggap Ju macam anak mama sendiri. Lepas ni, jangan lah hilang macam tu je ye. Ada apa-apa, Ju beritahu mama. Beritahu Firhan. Insya Allah, mama dengan Firhan sentiasa ada untuk bantu Ju dengan Maryam. Jangan simpan sendiri" Tutur Puan Sri Safiah.

Dia tahu Firhan masih menyayangi Julia. Tak pernah Firhan cari pengganti. Dia juga suka andai Firhan dan Julia boleh memulakan hubungan yang baru. Siapa pun Julia, dia terima. Asal anaknya bahagia.

"Mama tak sangka macam tu sekali perangai dia" Adu Azian.

"Am kan dah beritahu mama, pasal kes Bell tu. Mama lah lebih pilih nak percaya orang lain. Tak nak percaya anak sendiri, suami sendiri" Ammar memulangkan paku buah keras kepada Azian.

"Mana lah mama tahu. Mama ni bersangka baik je. Tengok dia macam dari keluarga yang baik-baik. Nasib baik dah kena tahan. Kalau tak, entah apa lagi dia nak rompak dari mama" Azian mempertahankan diri.

"Aih, menantu awak yang dah tentunya baik tu awak tak nak bersangka baik pula. 4 tahun jadi menantu masih tak mampu nak bersangka baik. Dengan orang luar entah mana-mana, sibuk nak bersangka baik" Suara Anuar memecahkan sunyi.

Azian hanya mendiamkan diri. Terlalu ego untuk mengakui kesilapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience