65

Romance Completed 51694

"Firhan sukakan janda? Biar betul" Sharina bersuara selepas mendengar gosip dari ibunya.

"Apa taknya, ibu kan pergi rumah mama dia tadi. Dia seronok bercerita Firhan tu dah jumpa semula dengan perempuan yang dia suka masa kat U" Anisah galak bercerita.

"Ina yang menunggu dia ni sampai ke sudah tak layan, alih-alih dia pergi cari janda" Tegang suara Sharina.

"Itu yang ibu tak faham. Terang nyata lagi kita pun saudara. Dah tahu asal usul keluarga. Lagi nak pilih orang yang entah mana-mana" Ucap Anisah.

"Ibu, bila kenduri rumah mak lang tu?" Tanya Sharina. Dalam kepalanya sudah terangka 1001 idea untuk bertemu dan memaksa Firhan menerimanya walaupun mereka sepupu. Kali ni dia perlu cepat kerana Firhan sudah bertemu semula perempuan yang dicintainya hampir 6 tahun.

"Minggu depan. Dengar kata, mak lang nak ajak perempuan tu juga" Jawab Anisah.

"Cari nahas lah Firhan ni" Bentak Sharina. Hingga Anisah juga terkejut

"Ina nanti jaga perangai. Jangan macam ni dekat sana nanti" Anisah mengingatkan anak gadisnya.

"Ina tahulah. Ibu ingat Ina nak lepaskan je ke peluang untuk hidup senang? Selama ni perempuan tu tak ada pun Firhan tak pandang Ina. Ni kan perempuan tu dah ada balik, memang Ina kena kerja keras lah" Ina membaringkan diri disofa.

Selepas kematian ayahnya semasa dia berusia 3 tahun, perbelanjaan Sharina dan keluarganya ditanggung sepenuhnya oleh Tan Sri Hamzah dan Puan Sri Safiah, kakak ibunya. Asalnya dia tidak kisahkan Firhan, mereka begitu rapat sebagai sepupu. Namun setelah melihat Firhan bersungguh sukakan seorang perempuan di universiti, Sharina merasa tergugat.

Apatah lagi selepas Firhan tidak lagi berulang alik ke kampus, sebaliknya hanya tinggal dihostel untuk memudahkan dia bertemu dengan perempuan yang disukai dalam diam.

Perhatian Firhan tidak lagi pada Sharina. Sharina kini perlu bersaing dengan perempuan yang tidak diketahui namanya itu. Tidak bertemu Firhan maksudnya tiada lagi duit poket tambahan dari Firhan. Tiada lagi makan di restoran mahal dan tengok wayang secara percuma.

Sharina bangkit dari sofa dan masuk ke bilik tidurnya. Dia mencari album gambar yang mengandungi gambar dia dan sepupu-sepupu yang lain.

'Yesss! Nasib baik ada' Album itu akan dibawa ke kenduri mak lang nya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience