13

Romance Completed 51709

"Terima kasih Encik Hafiz diatas sumbangan encik untuk Bilik Media sekolah kami". Ucap guru besar SK Taman Cemerlang.

"Eh bukan saya cikgu. Saya wakil bos saya je". Ucap Hafiz.

"Sampaikan salam dan ucapan terima kasih saya kepada bos encik. Secara jujurnya saya tidak menyangka yang kami akan dapat menyiapkan Bilik Media kami secepat ini".

"Saya rasa sebenarnya Cikgu Julia yang lebih layak menerima kesemua pujian ini. Sebab walaupun dalam keadaan mengandung macam tu, masih lagi mampu menyiapkan kertas kerja dengan idea yang sangat menarik. Tak dapat dinafikan, kertas kerja dia yang membuatkan kami terfikir, kalau bukan sekarang kami menyumbang untuk anak bangsa kami, bila lagi. Saya amat berharap sumbangan ini akan mampu memberikan motivasi supaya para pelajar lebih bersemangat".

"Itu yang membuatkan saya sangat gembira. Sebab selama 3 bulan Cikgu Julia kesana kesini menghantar kertas kerja ini, tapi tidak membuahkan hasil kerana kesemua syarikat itu mahu saya menyediakan dokumen mengatakan sumbangan ini boleh mendapat pengecualian cukai. Itu sememangnya diluar bidang kuasa saya".

"Tak apa, bos saya cakap hal itu dia yang akan uruskan. Cikgu, bos saya ada cakap sesuatu mengenai nak sumbang untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ni. Saya berurusan dengan cikgu juga ke?" Tanya Hafiz.

"Kalau untuk PIBG, saya akan minta tuan yang dipertua (YDP) PIBG untuk hubungi encik. Saya kira lebih mudah begitu kerana PIBG pun ada akaun dan bendahari mereka sendiri". Terang guru besar.

"Baik, saya faham. Terima kasih cikgu". Balas Hafiz.

"Memandangkan hari ni Cikgu Julia cuti, saya akan minta Cikgu Fatimah dan Cikgu Salmah untuk membawa encik melihat keadaan bilik yang akan dijadikan Bilik Media" Ujar guru besar.

"Boleh encik. Terima kasih banyak-banyak". Tutur Hafiz seraya meminta diri untuk keluar bertemu Fatimah dan seterusnya melihat keadaan bilik kosong itu.

"Am, aku dah tengok keadaan bilik tu. Nanti aku hantar gambar. Aku rasa elok kita cat semula bilik tu dengan warna putih. Nampak luas sikit. Sekarang mereka pakai mozek warna oren, aku rasa macam tak berapa nak sesuai kalau kita nak jadikan bilik tu putih. Lantai tu macam aku nak letak karpet pejabat warna kelabu". Lapor Hafiz

"Kejap aku tengok gambar" Aplikasi WhatsApp dibuka.

".....aku pun rasa warna putih sesuai. Tapi bab karpet tu aku tak setuju. Sebab nak guna untuk budak-budak kan. Takut air tertumpah ke apa ke, nanti bilik tu bau kepam. Rasany elok guna Vinyl Flooring. Ambil yang tebal sikit, macam 3mm ke. Aku rasa warna macam kayu tu okey. Haaaa betul yang macam kayu tu tapi warna yang cerah sikit. Boleh buat bilik tu nampak luas. Aircond kau tengokkan sekali. Kalau tak cukup 1, tambah lagi satu. Aku nak mereka semua selesa guna bilik tu".

"Okey. Nanti aku cari orang area sini. Berapa lama aku boleh stay sini?" Tanya Hafiz. Dalam kepalanya sudah berkira-kira apa yang perlu dibuat. Esok hari Selasa bersihkan dulu, kemudian hari Rabu cat. Petang tu dia boleh beli perabut yang diperlukan. Alatan elektronik boleh dibeli terus hari ini.

"Kau stay sana siapkan semua dulu tak apa. Kerja kau aku dah minta Muzammil siapkan" Balas Ammar.

"Okey bos. Arahan diterima. Tapi yang pasal sumbangan PIBG tu, kau kena datang sendiri kesini Am. Jumpa YDP PIBG sekolah ni". Maklum Hafiz.

"YDP?" Tanya Ammar.

"Ha ah. Tuan yang dipertua untuk PIBG sekolah. Macam pengerusi gitu lah kot eh? Entahlah, itu je yang guru besar bagitahu aku. Aku tak tahu sangat, mana lah ada anak sekolah lagi nak terlibat dengan benda-benda macam ni". Hafiz ketawa sendiri.

"Ha ye okey. Nanti kau bincang lah tarikh dan masa untuk kami jumpa". Balas Ammar.

"Okey bos. Nanti apa-apa perkembangan aku maklumkan lagi. Sekarang ni, aku nak ikut Fatimah pergi makan nasi ayam yang paling sedap di Kuantan katanya. Tak sabar aku!" Tutur Hafiz yang teruja.

"Ciskek betul lah kau, makan sedap, boleh dating, kerja office tak payah buat, duduk hotel. Haa apa lagi?". Usik Ammar. Hafiz sudah tergelak besar.

Okey dah habis exam. Enjoy reading :) Dah makin hampir dah hari untuk pertemuan Julia dengan Ammar. Nanti kita tengok Julia terima Ammar semula atau tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience