36

Romance Completed 51694

"Tuan Anuar?" Sapa seorang lelaki berbangsa India.

"Sanjay kawan Syazwan?" Tanya Anuar. Sanjay mengangguk.

"Terima kasih banyak-banyak sanggup jumpa saya hari ni tuan" Ucap Anuar.

"Tiada apa-apa tuan. Panggil saya Sanjay sahaja. Kebetulan saya ada masa kosong hari ni" Sebuah sampul surat berukuran saiz A4 ditolak menghala ke Anuar.

"Dalam tu ada semua maklumat yang tuan perlukan" Sambung Sanjay. Dia yang merupakan penyiasat peribadi telah mengumpul segala bukti yang Anuar perlukan untuk membuktikan anaknya tidak bersalah.

"Sebenarnya, sindiket ni dah lama ada tuan. Mangsanya akan diperas ugut untuk mendapatkan wang. Ada yang sampai ke tahap berkahwin juga. Lepas berkahwin, suami atau isteri itu ghaib.

Banyak juga kes yang berlaku dimana setelah menyerahkan cek wang hantaran, pihak pengantin perempuan tidak dapat dihubungi. Mereka bergerak secara berkumpulan. Sasaran mereka ialah lelaki atau wanita yang sudah berkeluarga kerana lebih mudah untuk diugut.

Cukup dengan mengatakan mereka akan menyebarkan gambar tidak senonoh mereka itu kepada suami, isteri atau keluarga bagi yang bujang. Mengikut maklumat yang saya dapat, ada salah seorang dalang di sebalik sindiket ni sudah ditangkap. Tapi dia enggan memberi kerjasama untuk memastikan sindiket ini tumpas sepenuhnya"

Segala isi sampul surat itu dikeluarkan. Terdapat gambar disamping beberapa benda lain. Gambar itu diteliti lama satu persatu.

"Saya kenal yang perempuan ni. Yang lelaki ni pun saya pernah lihat" Maklum Anuar.

"Ya, mereka ini antara dalangnya tuan" Ujar Sanjay.

"Mereka juga sekarang sedang diperhatikan pihak polis. Sebaiknya, tuan menjauhkan diri dari mereka. Takut terpalit sama" Sambung Sanjay lagi.

"Tak sangka seteruk ini kesnya" Ujar Anual kesal.

"Saya rasa, tuan boleh mohon anak tuan beri makluman kepada pihak polis bahawa dia menjadi mangsa sindiket ini secepat yang mungkin" Tutur Sanjay.

"Saya tak pasti anak saya sudah tahu mengenai ini atau tidak. Saya rasa mungkin saya perlu terangkan kepada dia terlebih dahulu tentang ini"

"Tuan kenal perempuan ini dari anak tuan, atau memang tuan kenal dia sendiri dari sesuatu urusan yang lain seperti permohonan kerja?"

"Anak saya yang kenal. Melalui Kamarul ni. Ammar kenal Kamarul dari kerja sambilan dia. Mungkin disebabkan merekalah rumahtangga anak saya musnah, selain dari saya sendiri penyebabnya" Kepalanya terasa seakan berdenyut dihempap kenyataan itu.

Your task is not to seek for love, but merely to seek and find all the barriers within yourself that you have built against it - Rumi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience