71

Romance Completed 51694

"Firhan, apa yang you nak ni?" Julia mula meradang dalam hatinya namun nadanya masih sama.

"I nak you" Pendek sahaja jawapannya.

"I tak boleh. Kita tak sesuai. Kita tak sama taraf" Tutur Julia malas.

"Apa yang tak sesuai? Apa yang tak sama taraf?" Tanya Firhan.

"Yelah, tak sama taraf lah. Tengoklah family you siapa, family I macam mana. Tak sama" Jawab Julia.

"Ju, tu family I. Bukan I. I dengan you kira sekufu apa. Sama-sama kerja kan" Balas Firhan tenang.

"Lagi satu, status kita pun tak sama" Eeee buat tak faham pula Firhan ni. Apa lagi alasan nak kena bagi ni?

"Tak apa. Rasulullah pun nikah dengan Siti Khadijah yang lagi tua dan pernah nikah. Tak jadi isu pun"

"I ni banyak benda nak kena buat lagi. Nak kena fikir cara untuk berbaik semula dengan family, tak mudah. Baik you jangan tunggu I. Entah bila masalah nak selesai"

"I tolong lah you. I minta mama dengan daddy teman you dengan I pergi jumpa mak ayah you. Boleh?"

"Firhan, kenapa dengan you ni?" Julia sudah mula geram.

"Tak ada apa-apa. I nak you. Tu je"

Julia kehilangan kata. Dia mengeluh kasar sebelum bersuara.

"I don't love you"

"Tak apa. You will, later" Ada sahaja jawapan Firhan.

"Ju, I lost you 5 years ago. I don't want to lose you for the second time" Luah Firhan lagi.

"Ke, you masih tunggu Ammar?" Tanya Firhan lagi.

"I tak ada sesiapa pun. I nak fokus pada Maryam je" Jawab Julia.

"I tahu you takut, mungkin trauma juga dengan apa yang dah jadi. I tak janji bulan bintang, tapi selama I hidup, you dengan Maryam akan jadi keutamaan I" Tutur Firhan.

"You ada mama you, daddy, adik-adik, mereka yang patut jadi keutamaan you, bukan I dengan Maryam yang tak ada apa-apa pertalian darah dengan you pun" Isk, tak putus asa lagi seorang yang bernama Firhan ni.

"Betul, tapi masing-masing ada tempatnya dan taraf keutamaan tu. Mama syurga I, mestilah I utamakan juga. As you, I akan utamakan you sebagai isteri, Maryam sebagai anak I" Jelas Firhan.

"Firhan, you tak kisah ke? Maryam anak I, tapi dengan orang lain. Kalau you kahwin dengan I, I tak ada apa-apa yang istimewa pun untuk bagi dekat you. You deserve someone better, yang sama status dengan you" Maryam yang merengek ditepuk perlahan.

"Sama status dengan I? Betul lah, you bujang, I bujang. Ke, lain? Maksud you status teruna ke? Kalau sama-sama teruna maksudnya lelaki juga lah. Tapi I bukan gay" Firhan tergelak sendiri. Julia memberi pandangan tajam.

'Ewah seronok kau bergelak ketawa, main-mainkan aku eh'

"Okey, okey. I'm sorry. Habis dah you asyik bagi alasan je. Macam mana I nak buat you terima I?" Tanya Firhan.

"Tak ada apa yang perlu dibuat. Kita tak sesuai Firhan" Julia bertegas.

"Ju, tolonglah bagi I peluang. Walaupun sekadar nak mempergunakan I untuk kesenangan you dan Maryam pun tak apa. I don't mind. As long as you are with me" Mahu saya rayu bagaimana lagi sayang?

"Firhan, I'm not that kind of a person" Ya Allah, tolong lah fahamkan Firhan.

"Ju, macam mana, dan apa yang I kena buat supaya you suka I?"

"Firhan, kasih sayang, rindu, cinta, semuanya tak boleh dipaksa"

"Tapi boleh diberi peluang, kan?" Tanya Firhan lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience