Epilog

Romance Completed 51694

~11 November 2020~

"Aku terima nikah Julia Shazana Binti Mohamed dengan maskahwinnya RM3000.00 tunai"

"Apa yang membuka hati Ju untuk terima abang semula?" Tanya Ammar yang sedang memangku Maryam sewaktu mereka sedang mengambil angin diluar rumah.

"Allah yang tunjukkan begitu" Pendek sahaja jawapan Julia.

Sebulan bergelar suami isteri buat kali kedua, hari-hari Julia diasak Ammar untuk tahu sebab dan alasannya dia menerima Ammar semula. Kadang Julia hanya membalas, manusia layak dapat peluang kedua.

Atau jawapan seperti diatas tadi. Allah yang tunjukkan begitu. Akhirnya, Ammar hanya mencari jawapan sendiri.

Sebulan tinggal serumah dengan Ammar, dapat Julia lihat perubahan Ammar. Semakin ringan tulang. Tak lokek mengucap kata cinta dan sayang. Tak merungut bila perlu menjaga Maryam sendiri tatkala Julia dibebani tugasan-tugasan untuk pengajian diplomanya.

Paling mengharukan, Ammar sendiri mengejutnya untuk solat. Setiap kali sempat, mereka pasti berjemaah. Kata Ammar, dia tak mahu mengulangi kesilapan yang lalu. Suami isteri yang jauh dari Allah, jauh dari boleh mendapatkan cinta yang ikhlas yang boleh membawa ke syurga.

Usai Isyak, Julia masih belum membuka telekungnya. Ammar yang melihat keadaan Julia begitu, tertanya-tanya. Dia duduk di hadapan Julia.

"Ju ada nak beritahu abang apa-apa? Ada masalah?"

Julia hanya menggeleng.

"Ada satu malam tu, Ju mimpi. Dan melalui mimpi tu, Ju dapat jawapan. Cliché je kan" Tutur Julia. Sambil tertawa kecil. Menyembunyikan debar dihati.

"Ju mimpi apa?" Tanya Ammar. Ingin tahu.

"Ju mimpi pergi Mekah. Ju dengar orang baca Talbiah tu. Ju nampak Kaabah depan mata Ju. Masa tu hujan. Ju tawaf sekeliling Kaabah" Julia terhenti disitu.

Ammar mengusap tangan Julia perlahan.

"Tak apa kalau sayang tak sedia lagi nak beritahu abang"

Julia masih jeda seketika.

"Ju nampak Maryam. Lepas tu ada orang pegang telekung Ju. Pimpin Ju masa tawaf sambil dukung Maryam" Julia diam seketika.

"Orang tu Firhan. Kemudian dia serahkan Maryam dekat abang. Dia pegang tangan abang, suruh abang pegang telekung Ju. Suruh abang jaga Ju masa tawaf. Lepas tu dia hilang"

Julia diam seketika, sebelum menyambung kembali.

"Cliché, kan? Tapi mungkin, I was never meant to be with Firhan after all. Mungkin, I was meant for you all along. Tak kira macam mana ramainya orang yang muncul lepas kita dah tak ada apa-apa. Sebab dalam hati Ju tak pernah ada orang lain. Ada abang je. Memang tempat dalam hati Ju ni kepunyaan abang"

"Dan kali ni, abang takkan buat apa-apa tindakan bodoh yang boleh jauhkan Ju dan Maryam dari abang. Semoga Allah panjangkan jodoh kita dua kali ni sampai hujung nyawa"

When you loved someone and had to let them go, there will always be that small part of yourself that whispers, "What was it that you wanted and why didn't you fight for it?" Much love, N

Share this novel

Hawani Hashim66
2022-03-29 19:05:19 

tammat dah ke ..

Syifa Umairah
2021-01-06 16:13:13 

tamattt


NovelPlus Premium

The best ads free experience