31

Romance Completed 51694

"Nama mak cik, Ruqayyah. Boleh panggil Mak Cik Yah. Siapa nama?"

"Saya Julia. Boleh panggil saya Ju". Jawab Julia pendek.

"Mak Cik Yah banyak kali dah nampak Ju. Tapi tak bertegur sapa. Lagi pun, muka Ju selalu muram je. Ada masalah?" Teka Mak Cik Yah. Julia tersenyum sahaja. Menggeleng tidak, mengangguk juga tidak.

"Ni anak sulung?" Tanya Mak Cik Yah lagi. Julia mengangguk.

"Anak sulung, insya Allah jika dizinkan. Ni kandungan saya yang keempat" Terang Julia.

"Hebat Ju ye. Ujian demi ujian Allah beri untuk dekatkan Ju dengan Dia. Mak cik beruntung dapat berkenalan dengan Ju malam ni"

"Tak hebat saya mak cik. Ada masanya saya hampir gagal menerima ujian yang Allah beri"

"Tak apa, kita manusia. Ada masa rebah juga. Tapi dalam keadaan rebah tu, kita kena mohon doa yang baik-baik. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita dengan asbab ujian yang Dia beri"

"Mak cik, mak cik percaya pada peluang kedua?" Soalan rambang ditanya. Jujurnya, Julia mahu mendengar pendapat dari orang yang lebih tua. Dia terkenangkan abah uminya, namun tentulah mustahil kerana mereka tidak mahu menerimanya kembali.

"Kenapa tidak? Hari-hari Allah beri kita peluang untuk mati seketika dan bangun kembali esoknya untuk bertaubat. Tapi terpulang pada kita apa yang nak kita buat dengan peluang yang kita dapat tu. Ju ada masalah rumahtangga?" Duga Mak Cik Yah.

Julia sekadar mengangguk.

" Jadi sebenarnya Ju dah tahu jawapan tu. Betul tak? Ju cuma nakkan kepastian"

Julia mengangguk lagi.

"Ju lebih kenal suami Ju tu orangnya macam mana. Samada berbaloi atau tidak untuk diberi peluang kedua. Dah cuba pergi untuk kaunseling rumahtangga?"

Julia menggeleng. Dia menarik nafas panjang.

"Sebenarnya mak cik, saya dah diceraikan bulan 2 hari tu. Cumanya tak tersangka, pada masa saya diceraikan tu, Allah kurniakan rezeki yang paling indah buat saya. Yang memanjangkan juga tempoh 'iddah saya. Baru-baru ni saya bertemu dengan bekas suami semula. Dia datang mencari saya"

"La hawla wala quwwata illa billah. Tiada daya dan upaya melainkan dengan keizinan Allah. Ju ada jawapan itu. Tapi minta lah Allah yang bantu"

"Bekas suami pujuk saya untuk rujuk semula. Tapi sakitnya masih terasa mak cik. Sebab tu saya lari dari dia. Saya tak nak ingat semua lagi apa yang dia dan keluarga lakukan dekat saya dahulu"

"Ju, jika hari ini kita sudah berjaya asbab kita mengingati setiap keburukan yang kita terima dahulu, jadi bila sudah senang ambillah kembali kebaikan yang kita ketepikan tadi untuk mudah kita memaafkan.

Kadang ada bekas suami yg baik, tapi keluarga mentua yang kurang baik. Ada keluarga mentua yang baik, tapi bekas suami yang kurang baik.

Allah Maha Tahu, bahkan setiap apa yg berlaku adalah dalam pengetahuan dan sudah tertulis, berimanlah dengan qada dan qadar. Bahawa apa yang berlaku kini dan pada masa akan datang adalah dalam aturanNya. Tapi kita sebagai hamba, taubat dan memaafkan adalah satu perbuatan yang cantik dan baik.

Rezeki anak adalah amanah dan anugerah. Walau Ju dengan suami berpisah anak perlu dibesarkan dengan positif tanpa sikit pun terlibatnya bahagian negatif ibu dan ayah bercerai, jika boleh, pastikan hubungan anak dan keluarga bekas suami dapat terus dijaga. Andai si ayahnya abaikan nafkah anak, yakin rezeki ada dan Allah adalah sebaik-baik pemberi.

Wanita mudah masuk syurga jika taat pada suami, jaga solat dan ibadahnya, jaga puasanya. Tapi paling mudah juga masuk neraka jika derhaka. Allah akan kurniakan yang terbaik buat hambaNya dan pasti tiap kesabaran ada ganjararan di syurga.

Suami isteri ni ikatannya luar biasa, jadi bila bercerai memang sangat menyedihkan. Ikatan yang terlerai bukan senang mahu disambung semula. Mak cik faham. Ambil lah masa Ju untuk fikir. Nak atau tidak, itu hak Ju. Tak perlu fikir demi anak. Sebab Ju perlu fikirkan diri Ju dulu" Belakang Julia diusap lembut. Mengingatkan Julia kepada bonda.

Satu lagi malam ni :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience